Tua tapi beranak kecik

*Salam Sejahtera*

Kisah 1
Masa mak saya lahirkan adik bongsu umurnya 38 tahun. Selepas tu mak dah tak beranak. Katanya dia memang dah tak mengandung selepas itu dan bukan sebab ambil apa-apa ubat atau pakai injet atau implan untuk elak mengandung. Nak jadi cerita, abah saya pergilah mendaftar surat beranak dan kononya pendaftar  terkejut sebab abah saya dah tua masih beranak kecik.

"Nak daftar cucu ke pak cik" tanya pendaftar.

"tak lah, anak" jawab abah. Pendaftar tu senyum. Dia tengok ic mak dan tengok umur baru 38. Oooo katanya. Maksudnya bini pak cik ni muda lagi.

Abah dan mak gap umur 10 tahun Abah saya cepat beruban dan simpan janggut serta jambang yang dah beruban juga.Jadi masa umur 48 tahun tersebut, dia kenampakan agak lebih berusia dari umur sebenarnya.

Salah ke orang tua nak beranak kecik???


Kisah 2
Pak Long beristeri 2. Isteri mudanya beranak lagi. Kali ini yang ke4. Anak-anak sebelumnya berumur 10, 7, dan 5 tahun. 

"Huh, payahnyelah dah tua-tua beranak kecik. Sibuk nak menghantar ke klinik ...."kata abah saya kepada pak long. Pak long diam, dia paham maksud abah. Biarpun begitu dia juga ada masa untuk menambal amal ibadat pada usia yang masih berbaki....

Mana taknya, umur pak long dah masuk 67 tahun tahun ini. Anak dengan isteri pertama sudah menjangkau 43 tahun dan anak bongsu 25 tahun. Tapi, pak long buat tak endah kata orang lain. Yang penting dia masih sihat dan mampu menyara anak-anak bersekolah. Biarpun dia punya pencen yang tidak sebesar mana jumlahnya, tapi pak long juga ada bisnes kecil-kecilan yang memberinya pendapatan sampingan.

Kisah 3
Pak Tam kerjanya memandu teksi. Dia juga beristeri 2. Isteri tuanya suah berusia 50-an dan dia pula 60-an. Isteri kedua Pak Tam pula berusia awal 40-an.

Baru-baru ini isteri kedua pak tam mengandung lagi. Pak tam susah hati dan menggeleng kepala kerana pada firasatnya isterinya itu ada mengambil pil perancang dan mustahil boleh mengandung lagi.

"Saya mau cuci ajelah bang. Katanya di Sentul ada klinik yang boleh buat. Tapi, bayarannya 700.."kata Mak tam muda. Cuci maksudnya ialah menggugurkan anak.

Maka, berpenatlah Pak tam bawa teksi mencari pelanggan sampai ke malam semata-mata nak mengumpul 700 ringgit. Dia memang tak mahu anak dengan isteri ke2. Memandangkan usianya sudah lanjut, dia berasa mungkin jika beranak kecil, dia tak sempat pun nak melihat anak itu membesar. Makanya, dia dan isteri kedua sepakat tidak mahu beranak lagi. Tambahan pula mak tam muda sudah ada 2 anak yang bersekolah rendah. Jadi, pendapatan yang ada cukup makan menampung persekolahan anak-anak tirinya.

Sebenarnya bukan sekali. Ini sudah 2 kali mak tam muda mengandung. tapi pada kali pertama mak tam guna cara sendiri. Mana tahu kali ini sudah sebulan lebih, cubaannnya masih tak berhasil. Maka pak tam perlu segera sediakan duitnya.

Tak nak anak, tapi sampai hatikah bertindak kejam membunuh mereka?

Kisah saya
Hehehe usia masih muda untuk beranak. Encik Mat P pun masih berangan nak ada anak lagi. Hak hak..tapi bila melihat kenakalan anak-anak yang memeningkan rasanya macam nak pencen dah. Tambahan pula dengan 4 orang hero, ramai yang sibuk suruh saya beranak perempuan pulak. Aduyai...macamlah kita boleh rancang gender anak pilihan kita. 

Lelaki atau perempuan, mana-mana pun boleh. Asalkan dapat anak dan mereka sihat. Anak-anak rezeki dari Allah dan amanat buat kita menjaga mereka sebaik mungkin. Anak yang soleh dan solehah bakal memberi syafaat buat ibu bapa di akhirat kelak. Doa anak-anak amat kita harapkan sesudah mati kelak.

Buang anak dan bunuh anak dalam kandungan perkara yang berdosa. Saat masih ramai yang mendambakan suara anak kecil di dalam rumahtangga mereka, semakin ramai pula yang menjadi kejam membunuh zuriat sendiri.

Moga kisah-kisah yang diadaptasi dari kisah benar ini menjadi pengajaran kepada kita semua...

so cute these baby girl rite?

2 comments:

Hans Hanis said...

wah
4 hero ekkk
memang nakal2 lah kan sebab masing2 aktif punya berlari sana sini

Aina said...

Hans,
hehe a'ah 4.rezeki..