Bersosial dan bercampur dengan orang menjadikan masyarakat bersatu dalam kumpulan. Kalau anda susah, ada orang boleh membantu. Kalau orang lain susah kita pun turut membantu. Kalau hidup di bawah tempurung masing-masing seperti katak, kelak ada kesusahan malu pulak nak terhegeh-hegeh jumpa orang nak mintak bantuan. Silap-silap kita mati sorang-sorang dimakan ulat, dah berbau baru orang sedar....Nauzubillah.
Bila bermasyarakat...kenalah ambil berat satu sama lain kan:)
"Apsal mak cik sibuk nak jaga tepi kain saya ni?mak saya pun tak heran saya lepak kat sini sampai lewat malam tau"
"Aku tak pernah amik tahu hal rumahtangga ko, ko jangan sibuk nak masuk campur hal rumahtangga aku"
Kekadang bukan nak ambil tahu, tapi dalam bermasyarakat kalau ada kepincangan depan mata apa salahnya kita saling tegur menegur, dan menasihati. Tegur secara baik tapi tetap disalahertikan. Berdosakah kalau masuk campur? Kalau jadi kes dera, mati dll di rumah jiran, kita jugak disoal siasat polis kan.
Betul kita mati kubur lain-lain, tapi jika kita pejam mata melihat kemungkaran depan mata akhirnya nanti seluruh masyarakat juga yang akan turut sama terpalit masalahnya. Contoh, kalau 'bala' datang, agak-agak 'bala' tu jatuh atas kepala individu tu je ker???

Bila tak bercampur orang...gelaran untuk orang macam ni ialah kera sumbang. Ke pemalu???heeeeee..
"kau meh lah join grup aku....nanti banyak aktiviti jalan-jalan, tapi sponsor sendiri maa"
"janganlah geng dengan dia tu. Dia tu kan...bla bla bla"
"usrah kami minggu ni dekat rumah Ustazah A, marilah join sekali"
"usrah kami minggu ni dekat rumah Ustazah A, marilah join sekali"
Dalam masyarakat juga ada berpuak-puak. Kekadang puak-puak ni wujud mengikut parti politik, darjat seseorang, atau ajk mesyuarat tingkap yang berkumpul semata untuk mengumpat, bergossip dan menjaja cerita dan gossip jiran lain.
Salah ke kalau tak follow grup tertentu yang matlamatnya untuk memecah belah sesama sendiri? Silap haribulan, hari ni kita bercakap dengan A, esok si B mula tak nak tegur kita dah.....Ada kumpulan yang elok seperti kelas mengaji, usrah dll tak nak pulak ikut serta.

Akhirnya bila hidup dalam zon selesanya sendiri, kita dikatakan antisosial....Hidup dalam masyarakat sebegini harus ada kebijaksanaan supaya dapat 'masuk' bercampur baik dengan semua pihak. Kalau ada kematian, kesusahan dll jiran setempat itulah yang pertama datang menghulurkan salam dan bantuan. Biarlah berbeza idealisme dan pendapat tetapi sebagai 1bangsa, seagama dan 1Malaysia sikap hormat menghormati seharusnya menjadi keutamaan dan elakkan perpecahan.
4. Kerjaya
"What?ada degree tapi duduk rumah jaga anak jer?sayangnya..."
"Kenapa jadi petani? bukan ko ada degree in electrical engineering ke?"
"Pengarah? Wow mesti mak ko bangga giler ni anak jadi officer"
"OMG kak pah, kenapa biarkan anak kak pah kerja kfc?baik jadi cikgu.Gaji pun lebih besar..."
"OMG kak pah, kenapa biarkan anak kak pah kerja kfc?baik jadi cikgu.Gaji pun lebih besar..."
Ada kerja salah dan kalau tak bekerja lagilah salah. Bukan takat kita kena kutuk, mak bapak pun kene smash sekali bila anak tak menjadi orang. Berdosakah emak dan ayah tu bila mana anak-anaknya mahu yang memilih jalan dan membuat keputusan sendiri?
Seelok-eloknya, jika itu jalan kebaikan marilah kita sama-sama sokong dan jika jalan itu jalan yang sesat kita bimbinglah kepada kebenaran. Jangan dilepaskan mereka sendirian berjalan sendirian walaupun itu pilihan mereka. Pantau dan ambil tahu perkembangan mereka...

Bila tak bekerja..
"tulah dulu malas belajar. Sekarang tengok susah nak dapat kerja bagus"
"What? ko keje posmen jerk? tak penat ke kerja hantar surat?Adoooii berpanas pulak tu...aku kerja bawah aircond tau"
Berdosakah kalau tak berkerja bagus macam orang lain tapi duk rumah buat kerja rumah, tak bekerja sementara sebab nak jaga ayah sakit dll. Kekadang ada 1001 alasan juga sebab tak bekerja. Ayat tu kena betul, BUKAN TAK NAK BERKERJA...dengan TAK NAK BEKERJA(malas) dua statement berbeza.
Bila bekerja yang tak setaraf orang lain atau tak mengembirakan orang lain maka berdosa jugak ke? Mungkin ada sesetengah kerja macam mengangkat sampah, cuci lantai, mekanik kereta dll nampak kotor di mata orang, tapi yang penting ia sangat HALAL...Terbaek kan? Kalau tiada orang cuci tandas awam tak denya kita sukarela offer diri wat keje cuci cuci tukan?
Syukur dan berterima kasih sangat kepada buruh dan tukang cuci semua yang sanggup bekerja mencuci kekotoran dan buruh tu sanggup berpanas untuk bina banggunan dan menara kebanggaan negara.
5. Hidup dan mati
"Aku tak pernah minta lahir ke dunia"
"Salah ke aku lahir cacat begini?"
"Aku ke yang mintak lahir sebagai anak luar nikah?"
"Berdosakah aku lahir sebagai anak penagih dadah?"
Manusia suka judge manusia lain berdasarkan luaran. Tak semestinya anak penagih juga menagih dadah. Tak semestinya anak perompak juga merompak dan tak semestinya anak luar nikah itu kotor seperti ibu bapanya. Anak terpaksa menanggung dosa dan kesilapan orang tuanya. Adilkah begitu?
Tidak cukup menjadi penganalisis orang, kita menjadi seperti hakim pulak, lalu menjatuhkan hukuman.
"Hidup kamu ni banyak dosa. Elok mati disambar petir jer"
"Hidup menyusahkan orang.Kecik-kecik tak nak mampos"
"Masa hidup menyusahkan orang, dah mati pun susahkan orang jugak!"
"Masa hidup menyusahkan orang, dah mati pun susahkan orang jugak!"
Ada setengah orang berasa macam dah perfect berbanding manusia lain sampai merasa dosa orang tu lebih besar berbanding dirinya. Jika korang ada perasaan macam tu walaupun sekelumit, eloklah banyakkan beristighfar dan bertaubat. Hidup dan mati bukan ditangan kita menentukan. Kalau manusia mencabut nyawa manusia lain sekalipun, kalau Allah nak panjangkan usianya, kena sembelihpun masih boleh diselamatkan....Tak payah buat pelik bin ajaib.
5 perkara ni tak berdosa tapi boleh menjadi berdosa bila.......bersambung lagi
0 comments:
Post a Comment