Alamak dia kencing!

*Salam Sejahtera*

Cantik benar cuaca pagi ni kan? Lena tak tidur korang malam tadi? Agaknya mimpi indah semua kan? Alhamdulillah.....Dan harapnya anak-anak tu, tiadalah yang terkencing di tempat tidur. Kesian maknya nak cuci tilam...Ke ada yang tak cuci?

Oppss, apa cer ayat di atas tu?

Haaa...tulah pasal. Siapa ada masalah dengan anak-anak yang suka kencing malam? Kalau usianya setahun jagung oklah, tapi kalau sudah masuk sekolah rendah itu teruk. Dan kalau sampai ke sekolah menengah, itu penyakit namanya!


Teringat seorang sepupu saya dulu. Kasihan dengannya. Kalau nak ke mana-mana mesti mengusung lapik plastik untuk alas tilam sewaktu tidur malam. Ia sesuatu yang memalukan dirinya kerana tika itu usia sudah pun mengjangkau remaja. Dia selalu tersipu-sipu malu bila emaknya berkata:

"Susah sikitlah nak tidur rumah awak. Along tu malam-malam kencing di tempat tidur"

Sehinggalah kadang-kadang kalau dia datang rumah mesti dalam hati kami kerisauan takut kalau-kalau malam nanti dia ter'beser'...Bukan apa, penat weh nak usung tilam tebal bawak pergi basuh dan jemur. Kalau ada pagar senang lah. Sumpit air kat situ terus...dan rumah saya tiada pagar ye.

Masa di hostel, adik saya pernah sekatil dengan member yang ada masalah kencing malam. Setiap pagi sebelum ke sekolah kawannya akan menukar cadar yang basah. Kasihan sangat kan?

Buat masa ni, anak-anak saya belum mengalami masalah ini. Cuma anak yang berusia 4 tahun tu kalau tidur malam masih juga menggunakan pampers kerana dia tak terjaga untuk ke tandas. Masalahnya pula, anak saya tu debab sedikit  orangnya. Maka dipakaikan pampers XXL. Itupun masih berlaku kebocoran. Alahai....rasa nak pakaikan yang adult punya jer...Kejam tak akak?

Betapa susahnya duk rumah flat nak basuh dan jemur bawah bumbung macam ni...hapak:(

Oklah nak masak sarapan dulu yer...kejap lagi hulubalang sumer bangun tidur nak mintak makan:)

Bacaan untuk masalah anak kencing malam


0 comments: