*Salam Sejahtera*
Kalau baca tajuk di atas semua orang yang dibebel mesti jadi tension kan?Almaklumlah pagi Isnin harus dimulai dengan suasana yang ceria dan bersemangat. Barulah hari pertama minggu yang baru dapat dimulai dengan senyuman dan senyuman..dan senyuman..dan senyuman...(tak perlu kata apa-apa)
Dalam pada menyiapkan anak-anak ke sekolah, baru teringat kuku mereka tak berpotong hari Jumaat lalu. Appada! saya ni memang selalu terlupa nak potong kuku anak. Dah pesan dah pada diorang supaya tolonglah ingatkan ibu ni supaya potong kuku. Tapi diorang pun duk sibuk ke bermain, buat dek aje kuku tu panjang.
Maka, apa lagi membebellah mulut ibu ni macam bertih jagung.
pic paste from godcenteredmom.com
"kenapa tak ingatkan ibu"
"kuku kalau panjang kotor. Celah kuku tu ada kuman"
"tu pasallah tak gemuk. Kuman tu makan...bla ..bla..bla..."
mmm banyak lagilah ayat yang terkeluar masa tu. Diam je memasing mendengar.
Potong kuku guna gigi
Ni dah jadi habit sesetengah budak Ada juga yang sampai ke tua duk dengan habit mengigit jari. Yaww..
"ni tengok kuku dah tak lawa sebab gigit lah ni" bebel saya pada Almustofa.
"Tau tak celah kuku ada kuman. Nanti masuk perut" Almustofa diam je.
"selalu pandai sangat potong guna pengetip kuku.." bebel saya lagi. Emmm mesti tak jumpa pengetip kukulah tu agaknya, maka guna gigi. Senang amat kan?
Anak saudara saya sebaya dia juga punya habit yang sama. Habis 10 jari tangannya tak sempat nak panjang memang pendek selalu sebab suka gigit kuku.
"Kak dia punya kuku semua pendek. Tak panjang-panjang pun" mengadu bibiknya.
"yelah dia suka gigit kuku" jawab kakak ipar saya. Nak kata apa lagi. Malah si anak tu boleh gigit sampai ke kuku kaki! Kalau nampak memang kene tegurlah, tapi budak ni bijak. Carilah port yang orang tak nampak kan. tau-tau je kuku dah pendek. Hehe kuku kaki dia tu....
Macam-macam bebudak ni....
~Potong ~kerat ~ketip kuku , mana satu yang tepat?
Saya suka gunakan perkataan 'kerat' untuk cakap;
"mengapa tak kerat kuku" , "jom kerat kuku" dll...Ini menjadikan bahan ketawa orang sebab kerat tu katanya macam nak kerat orang jadi 18 jerk!
Kalau zaman belajar dulu macam tulah. Sokmo kena gelak dek kawan-kawan. kekadang bahasa tu dah biasa digunakan seharian. Macam perkataan 'bela'. Selalu orang guna perkataan untuk merujuk membela=memelihara=menternak. Saya guna bela=baiki. Contohnya;
"tolong bela antena tv tu"
"tolong bela cadar tu elok sikit"
Nasib baik ada kawan senegeri yang tolong back-up. Tapi, sebenarnya tak semua orang senegeri yang guna perkataan untuk maksud yang sama.
Jadi untuk kuku, biasanya orang guna perkataan 'potong' kan? Tapi untuk nail clipper tak pula dikatakan pemotong kuku tapi pengetip kuku. Yeke? Korang guna apa?
Cun, yang kaler pink tu. Dah macam rupa steppler pulak kan?
Ahhaha...ni bukan untuk potong kuku. Nak umpil kuku boleh kot.Hehe saja paste sebab gambar ni keluar masa google nail clipper.
Huih...ni nak potong kuku cemana ek?
cool
Selepas Luqman dan Almustofa potong kuku baru gerak keluar rumah. Puas hati membebel kat anak baru sedar..
"aku lah salah. Asyik terlupa nak kerat kuku anak.."
Ya, ampun memang lupa betul bukan dibuat-buat lupa. Sampai adik ipar dah sound, "awak tu dah nyanyuk!" iskkk sampai hati you! Mana taknya, dah 2 minggu dia pesan supaya 'cop tempat' untuk tempah baju raya. Sekarang dah penuh, padan muka aku!
Isskkkk...sesekali bila diri ini dibebel pula oleh orang lain memang sadis. Mencucuk lubuk hatiku! Macam tulah agaknya perasaan anak-anakku bila dibebel agaknya...:(
"aku lah salah. Asyik terlupa nak kerat kuku anak.."
Ya, ampun memang lupa betul bukan dibuat-buat lupa. Sampai adik ipar dah sound, "awak tu dah nyanyuk!" iskkk sampai hati you! Mana taknya, dah 2 minggu dia pesan supaya 'cop tempat' untuk tempah baju raya. Sekarang dah penuh, padan muka aku!
Isskkkk...sesekali bila diri ini dibebel pula oleh orang lain memang sadis. Mencucuk lubuk hatiku! Macam tulah agaknya perasaan anak-anakku bila dibebel agaknya...:(
0 comments:
Post a Comment