KUALA TERENGGANU 5 Julai – Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan segera kepada keluarga kembar perempuan yang ditemui mati berpelukan dalam kebakaran di Kampung Durian Mas, Manir di sini, hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terharu dengan nasib keluarga itu berkata, pihaknya akan berunding dengan pegawai pembangunan Dewan Undangan Negeri serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) negeri bagi membantu keluarga berkenaan.
Katanya, bantuan itu termasuk berkaitan proses pembinaan rumah baru di tapak yang sama selepas ini selain beberapa bantuan sampingan yang lain.
"Saya turut berdukacita dengan apa yang berlaku dan kita akan cuba membantu setakat yang terdaya," katanya kepada pemberita ketika menziarahi keluarga mangsa di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, mayat Nor Fatin Farzana Hamid dan kembarnya, Nor Fatin Farzanah Hamid, 3, ditemui di atas timbunan pakaian dalam sebuah bilik di rumah mereka [sumber]
*Salam Sejahtera*
Siapa bace atau tengok dan dengar berita ni semalam kat tv, radio atau paper? Memang menyayat hati sangat bila ibu kembar tu cerita anaknya minta dicium sebelum dia pergi kerja. "mak nak tium..nak tium" cerita si emak sambil menangis. Hati saya pun sebak mendengar citer beliau di berita NTV7 tengah hari semalam. Alhamdulillah dia telah mencium keduanya buat kali terakhir....
Tengok rakaman berita, jelas nampak arwah dalam keadaan mengerekot berpelukan, walaupun visual berkenaan diblurkan. Baguslah jika kerajaan negeri mahu membantu. Walaupun tidak dapat mengubat kedukaan keluarga tersebut yang hilang dua anak sekaligus namun tak banyak tapi sedikit membantu beban keluarga tersebut yang mungkin trauma buat masa sekarang. Emaknya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah dan tak pasti bapanya bekerja atau tidak sebab dia sakit. Semoga roh anak-anak tersebut aman di sana dan Insha Allah menuggu kelak ibubapanya di pintu syurga.Amin.
Lagi sedih mendengar berita ibu dan 7 anaknya meninggal dalam kebakaran. Kejadian berlaku di luar negara, tak ingat pulak di negara mana....
Sebut tentang kebakaran, elok juga kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan keselamatan di rumah. Jangan biarkan anak-anak bermain dengan mancis dan pemetik api dengan meletakkannya di tempat yang tak dapat dicapai oleh mereka walaupun setelah naik atas kerusi. Kalau macam anak-anak saya tak dapat capai dengan tangan, diorang tarik kerusi. Dah naik atas kerusi, dan masih tak dapat capai dengan tangan, diorang cari hanger baju untuk capai apa diorang nak. Itu belum lagi isu di dapur. Si kecik saya yang tak cukup umur 2 tahun tu dah pandai buka dapur gas sendiri. Memang selalu kena perhati dan berjaga-jaga bila seorang tak de depan mata. Mesti ada 'kerja' dia sedang lakukan.
*Teringat kebakaran rumah MIL saya pada
Ogos 2004.Nasib baik SIL yang tinggal sendirian
sempat lari keluar dari rumah.Kalau dia berlengah nak
capai atau ambil apa-apa, mungkin dia pun cedera.
Kebakaran berpunca dari litar pintas cepat memakan
rumah dan isinya. Sekelip mata hangus di depan mata....
Nauzubillah min zalik
0 comments:
Post a Comment