Balik raya - Patuhi peraturan-peraturan di pam minyak

Salam,

Alhamdulillah hari ni hari terakhir persekolahan sebelum kita memulakan cuti panjang sempena hari raya. Murid sekolah dan para cikgu sudah boleh balik kampung, tapi masih ada ibu bapa yang bukan cikgu masih berbaki 2 hari bekerja sebelum boleh bercuti hingga hujung minggu depan.

Seperti biasa para pengguna jalan raya diminta mematuhi jalan raya dan bagi mengelak jem, kita disuruh merancang perjalanan balik ke kampung untuk mengelak kesesakan tersebut. Biasalah, arahan setiap tahun oleh polis dan pihak lembaga lebuhraya Malaysia tapi masih juga berlaku jem, kemalangan dan kecuaian di jalan raya atas sikap sambil lewa di kalangan kita.

Satu lagi peraturan yang mesti dipatuhi dan jangan dilupakan - jangan menggunakan telefon bimbit anda di petrol stesen! Beberapa kejadian telefon meletup ketika berada di stesen minyak wajar dijadikan pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati. 


Kenapa dilarang menggunakan telefon ketika mengisi minyak?
Telefon bimbit boleh meletop ketika mengisi minyak berpunca daripada pelepasan wap gas petrol yang diisi ke dalam tangki kenderaan terkena elektrik statik dari bateri telefon.

Kepada para isteri dan anak-anak, tolong pesan kepada suami, ayah atau pemandu kereta kita supaya mematuhi peraturan ini dan memastikan mereka tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan pihak stesen minyak. Ini susulan telah berlaku beberapa kejadian letupan dan kebakaran disebabkan ketidakpatuhan tersebut.

Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Encik Samsol Maarif Saibani, insiden wanita melecur disebabkan telefon bimbitnya disambar api ketika mengisi minyak, perlu dijadikan pengajaran semua pihak.

"Kita mendapati pelanggan sering leka dan alpa untuk mematuhi peraturan semasa berada di stesen minyak yang dipanggil 3L iaitu lalai, lupa dan leka.

"Masih ramai yang mengambil mudah peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di stesen minyak," katanya kepada Bernama, mengulas insiden yang menimpa seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah stesen minyak di Setapak Indah, Rabu.
Katanya, banyak pengguna kereta, lori, bas dan dan motosikal sengaja mengundang musibah apabila tidak mematuhi larangan menggunakan telefon bimbit atau alat telekomunikasi lain ketika mengisi minyak di stesen minyak.

"Stesen minyak menetapkan tiga peraturan utama untuk pemilik kenderaan ketika berada di pam minyak iaitu dilarang merokok, mematikan enjin kenderaan dan tidak menggunakan telefon bimbit di pam minyak.

"Malah sikap acuh tidak acuh atau tahap kesedaran keselamatan yang rendah dalam kalangan pengguna di stesen minyak yang sentiasa terdedah kepada risiko kebakaran, bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah pengguna lain," katanya.

Menyentuh mengenai sama ada telefon bimbit yang digunakan mangsa jenis klon, Samsol berkata kejadian itu tidak mengira sama ada telefon bimbit itu tulin atau tiruan.

"Tidak kisah telefon itu tulin atau klon tetap menghasilkan radiasi yang sama, dan dan jumlah radiasi yang dihasilkan tidak ada perbezaan sama ada menjawab panggilan, membalas whatsapp atau menghantar mesej.

"Sekiranya perlu menjawab panggilan, pengguna boleh masuk ke dalam kedai di stesen minyak, atau mencari kawasan yang tertutup. Sebaiknya tunggu sehingga berada di luar kawasan tersebut," katanya.

Katanya ia adalah kes pertama yang melibatkan kebakaran berpunca daripada telefon bimbit dan menasihatkan pemilik kenderaan supaya sentiasa menyimpan alat pemadam api berkapasti satu atau tiga kilogram dalam kenderaan mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Telekomunikasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr Kamaludin Mohamad Yusof berkata insiden itu mungkin berpunca daripada gelombang 'Electro Magnetic Field (EMF)' yang dihasilkan melalui hubungan dibuat melalui 'signal' telefon bimbit mangsa dan sistem pemancar atau pencawang telekomunikasi.

"EMF ini akan mencetuskan kebakaran kerana ia agak sensitif dengan minyak ketika mangsa menggunakan telefon bimbitnya semasa mengisi minyak," katanya.

Dalam kejadian 1.25 tengah hari itu, mangsa T. Sarishna dari Taman Samudera, Batu Caves di sini, melecur 60 peratus di bahagian badan akibat disambar api berikutan tindakannya mengisi minyak dan cuba menjawab telefon bimbitnya.

Mangsa dipercayai membuka pintu belakang sebelah kiri keretanya untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang berdering, sambil tangannya memegang muncung minyak petrol.

Berita penuh oleh Mstar Online 

Review episod akhir drama Lambaian Ramadhan

Salam,

Berakhir sudah drama Ramadhan TV3 tahun ini yang berjudul 'Lambaian Ramadhan.

Puteri Balqis sebagai adik
Adik akhirnya meninggal dunia ketika solat terawih. Dia menghidap leukemia. Memang sudah dapat diagak endingnya bila adik buat permintaan macam-macam pada mama dan papa.

Scene akhir, mama dan papa baca surat peninggalan adik

Setiap ahli keluarga membaca surat yang ditulis sebelum Adik meninggal. Adik pesan supaya papa tak buat mama menangis lagi dan jangan kahwin dengan makcik lain. Adik bagitahu mama,  dia tunggu mereka sekeluarga di syurga. Surat kepada abang lupa pulak dia cakap apa tadi, tapi kepada abang Is adik ucapkan terima kasih sebab selalu membuat dia rasa gembira. Watak Is ni pun best. Dia sangat sayang kan adik dan cepat sensitif kalau ada apa-apa terjadi kepada adiknya. 

Walaupun drama ini best, tapi ia bukan drama terbaik Ramadhan yang pernah bersiar di TV3. Produksi kali ini terbitan Dato' A. Aida. Dia beruntung sebab mendapat pelakon hebat seperti Balqis, Elizad dan Ady Putra. Scene Elizad lempang Adam memang siut jer. Kemudian bila Adam jadi romantik memang cairlah hati perempuan. Mula-mula Ila jual mahal juga. Kemudian, anda sendiri boleh agak kan. Bila ada mainan isu suami curang, kita memang sakit hati jugalah menengoknya. 

Seperti drama Ramadhan yang lepas-lepas, wajib ada aksi sedih, konflik rumahtangga dan watak yang sakit. Klise. Lepas semua watak bergaduh bagai nak rak di awal episod, akhirnya mereka akan berbaik-baik, insaf dan watak yang memegang peranan sakit akan mati atau ending yang tak tunjuk watak tu mati tapi kita boleh agak camtulah akhirnya nanti. Macam watak Aeril Zafril tahun lepas dalam drama Hidayahmu Ramadhan.

Antara pelakon yang pernah bawa watak mati edisi khas Ramadhan ini ialah Tasha Shila dan paling saya suka watak Eja dalam drama Seputih Kasih Ramadhan (kalau tak silap). Antara watak antogonis paling best lakonan Ellie Suryati dalam Pada Syurgamu Ramadhan (yeke tajuknya?). Shila Rusly pun boleh tahan juga bila jadi mak mertua yang garang. Tidak lupa juga lakonan Ifa Raziah dan Syatilla Melvin.

Moga tahun depan ada lagi Ramadhan untuk kita. InshaAllah:)

Ya ALLAH, rezekikan kami LAILATUL QADAR :)


Terjemahan:
[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr
[97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?
[97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan 
[97 : 4] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) 
[97: 5] sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.


Ameen...


Raya: Perlu ke balang kuih baru?

Salam,

Pada pagi hari raya, perkara pertama yang mesti emak akan suruh buat sebelum pergi Solat Aidilfitri ialah isi kuih raya ke dalam bekas. Maklumlah raya puasa ni disunatkan kepada kita makan terlebih dahulu sebelum ke masjid. Kalau raya korban, sebaliknya pula. Kita digalakkan makan selepas balik dari masjid. Dan lagi, bila balik je dari masjid, mesti berduyun dah tetamu datang. Kalau sudah berhidang awal, senang kerja nanti.

Bila tengah duk keluarkan balang kuih dari kabinet, baru perasan ada balang yang macam retak sikit, ada bekas plastik yang terkoyak atau penutup yang dah missing in action. Ni mesti kes pecah masa raya tahun lepas tapi tak ingat. Jadi, mestilah tak cukup nak isi kuih yang kita dah plan cukup-cukup untuk jumlah balang kuih yang ada. 
Hasil carian imej untuk balang kuih raya corelle
Korang ada plan nak beli balang kuih raya tak? Memanglah jika sebagai isteri, kerja membeli belah keperluan hari raya terserah kepada kita. Tapi jika para suami dan anak-anak bujang nak beli untuk emak mereka boleh jugakan. Jadi di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan ketika membeli balang kuih.

1. Tidak mudah pecah


Mengapa kita perlu memastikan balang kuih raya tidak mudah pecah? Perkara ini sangat penting kerana tetamu kita terdiri daripada pelbagai golongan iaitu orang dewasa dan kanak-kanak. Dalam kesibukan kita melayan tetamu adakalanya hal-hal yang tidak terduga seperti balang kuih raya terjatuh dan sebagainya. Oleh itu, dari ciri-ciri keselamatan pilihlah material yang baik dan tidak mudah pecah.


2. Bertutup rapat


Bekas ataupun balang kuih raya yang baik ialah yang dapat ditutup dengan kemas, rapat dan tidak longgar. Keadaan balang kuih raya yang tidak bertutup rapat memudahkan serangga seperti semut akan mudah mengerumuni biskut-biskut anda.


3. Kaca telus pandang


Sebaik-baiknya pilihlah bekas kuih raya yang mudah kelihatan isi dalamnya. Ini memudahkan tetamu untuk membuat pilihan biskut raya yang diingini tanpa perlu membuka kesemua bekas kuih raya yang ada.


4. Kedap udara


Jika anda perhatikan, anda sesetengah balang kuih raya yang tidak memiliki getah untuk menjadikan permukaan balang lebih kedap udara.Oleh itu, pilih balang kuih raya yang mempunyai getah ataupun dirasakan air tight (kedap udara) yang lazimnya akan ditulis pada bekas/kotak balang  ini kerana ia akan membuatkan biskut anda lebih tahan lama dan tidak menjadi lemau (masuk angin)



5. Rekaan Cantik


Bekas kuih raya yang cantik dan menarik merupakan suatu 'attraction' kepada tetamu yang berkunjung. Nampak lebih berselera dan salah satu cetusan dekorasi.


6. Mudah dibuka dan ditutup


Sesetengah rekaan balang kuih raya ada yang agak ketat dibuka, perlu dipusing-pusing dan apabila bekas diangkat atau dipegang, ia mudah jatuh kerana permukaan licin. Sebagai persediaan rapi, perhatikan teknik buka dan tutup balang kuih raya tersebut dan cari bekas yang mempunyai tekstur agar tidak mudah terlepas dari tangan.



7. Mudah dibasuh


Kalau anda perasan, terdapat banyak aksesori seperti balang kuih raya yang menggunakan reben, manik, labuci dan sebagainya ia memang nampak menarik dan salah satu effort menceriakan suasana raya. Apa-apa pun pastikan ia mudah dibasuh, dibilas dan digunakan.

Tips di atas kredit kepada SUMBER ini.


Moga dengan tips ini dapat membantu anda memilih yang terbaik. Mesti emak dan isteri anda terkesima kejap bila melihat balang kuih yang cantik pemberian anak atau dibeli suami menepati citarasa dirinya. Senyum puas-puas.


Zaibo dan isteri - bertukar peranan

Salam,

Suka sangat membaca kisah-kisah rumahtangga bahagia. Moga ia menjadi inspirasi kepada kita yang sedang menjalani alam perkahwinan atau yang mahu mendirikan masjid kelak.


Jika Mak Mah menjadi penoreh, pelakon dan pelawak Zaibo pula menjadi 'suri rumah' menggantikan isterinya yang bertugas ke luar sebagai sukarelawan. Alhamdulillah pasangan bahagia ini hidup aman damai biarpun ada suara-suara negatif berlegar di sekeliling mereka. Abaikan. Inilah faktor kerukunan rumahtangga uncle Zaibo dan isterinya, Siti Hawa. Yang penting mereka saling memahami peranan sebenar mereka dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Zaibo kini menetap di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas berkahwin dengan ibu tunggal beranak sembilan iaitu Siti Hawa Shawal, 51, pada 3 Disember 2010.


Sementara itu, Zaibo berkata, dia tidak berasa malu digelar suri rumah, malah menghargai setiap detik membesarkan lima orang anaknya itu.


"Saya tahu mungkin akan ada rakan artis yang pandang serong kepada saya, tapi saya tidak peduli janji saya bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang.


"Saya bersyukur dan menganggap ia merupakan peluang yang Allah bagi untuk merasai tanggungjawab sebagai bapa kepada lima orang anak dan saya melakukannya dengan cara saya sendiri," ujarnya.

Berita penuh di Mstar Online. Semoga perkahwinan ini berkekalan bahagia sampai syurga. Amiin.

Mak Mah dan suami - Gembira di hujung usia

Salam,

Pada mula membaca tajuk utama berita 'Dari seorang pelakon, Ruminah Sidek kini seorang penoreh getah' - mengambarkan kehidupan susah yang terpaksa dilalui oleh beliau. Namun sebaliknya, Mak Mah bercerita kehidupannya masa kini sangat membahagiakan dan dia gembira dapat melakukan pekerjaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.
 Alhamdulillah, tabik dengan Mak Mah. Bukan semua orang dapat melakukan perkara demikian. Perkara susah yang kita bayangkan, rupanya tidak menyusahkan empunya  diripun. Malah ia menjadi asbab kebahagiaan rumahtangga seseorang. Yang penting kehidupan kita sentiasa bersandar pada Tuhan Yang Satu dan setiap pasangan tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tambah Mak Mah lagi:

Katanya, sejak berkahwin dia tidak pernah berasa susah hati terutamanya dalam hal menguruskan kehidupan.

"Hati saya senang sahaja, tidak fikir masalah dan tidak fikir duit cukup atau tidak kerana semua suami yang uruskan.

"Sampai baju atau keperluan harian lain dia yang uruskan, setiap kali saya mahu keluarkan duit, dia tidak benarkan," ujarnya.

Tambah Ruminah, perkara-perkara berkenaan juga membuatkan berat badannya kini meningkat sehingga 70 kilogram.

"Orang kampung kata saya sudah berisi sekarang, bila timbang memang sudah 70 kilogram daripada sebelum ini hanya 64 kilogram.

"Saya ingat sudah tidak boleh gemuk, rupa-rupanya bila hati senang dan gembira badan kita boleh naik juga," ujarnya.

Ruminah berkata, dia bersyukur kehidupannya kini dianggap sebagai hadiah Allah dalam menghabiskan sisa hidupnya.

Dia juga tidak pernah membayangkan dapat menjalani kehidupan sebegini indah pada akhir-akhir usianya.

 Berita penuh di: Mstar Online

Semoga rumahtangga Mak Mah dan suami sentiada dirahmati Allah dan aman bahgia di dunia sampai akhirat sana. Amiin.

GPS Tracker

Salam,

Bila terjadi kejadian murid 'hilang' beberapa hari lalu, ada cadangan supaya anak-anak dibekalkan dengan jam tangan yang mempunyai GPS tracker supaya memudahkan ibu bapa memantau keberadaan anak-anak mereka. Walaupun cadangan ini sangat baik dan dilihat munasabah, ianya tidak dapat dibenarkan kerana jam tangan itu juga mempunyai fungsi lain seperti boleh menelefon dan sms. Bukan berciri fizikal seperti telefon pintar biasa pun, tetap tidak diizinkan dibawa ke sekolah walaupun ada ibu bapa yang memberitahu sudah membelikan satu untuk keperluan anak-anak mereka.

Hasil carian imej untuk jam tangan gps tracker


Pelbagai warna yang menarik memang sangat mencuit hati. Ada hikmahnya juga ia tidak dibenarkan untuk dipakai oleh anak-anak di sekolah, takut nanti ada yang menyalahguna dan tidak fokus untuk belajar. Namun, ibu bapa boleh memakaikan anak-anak mereka apabila bukan di waktu persekolahan. Tiada siapa pun nak larang.

Inspirasi deko - Dapur Prof. Muhaya

Salam,

Kalau ada rezeki lebih, ruangan dalaman rumah yang terlebih dahulu saya akan ubahsuai ialah dapur! Tiada tema tertentu dan warna yang ingin dipilih. Asalkan cantik mata memandang dan berpatutan dengan bajet yang ada.

Saya tinggal di apartment yang mempunyai ruang dapur kecil dan agak sempit. Jika barang banyak, memang nampak serabut dan bersepah. Segan jika tetamu datang masuk ke dapur nak basuh tangan. Baru-baru ni sinki di dapur menghadapi masalah. Nampaknya itu 'hint' awal bahawa urgent  bahagian dapur perlu dikemaskini!

Haha, nak hantar proposal kepada Mr. Husband lah camni... sambil tu berangan dulu dan cari ilham dengan melihat dapur orang lain. Jom lihat dapur Prof. Muhaya nak? Cantik woo...mesti setanding fulusnya juga. Rezeki masing-masing.

Dr. Muhaya Mengubah suai Dapurnya Dari Jenis Klasik Kepada Sebuah Dapur Berkonsepkan Moden



Lagi banyak gambar dekat sini


Anak hilang - False alarm

Salam,

Semalam, ketika saya sibuk memasak untuk berbuka puasa, mesej di WhatsApp berdesup masuk. Lepas satu, satu bunyi mesej kedengaran. Rupa-rupanya ada kes budak hilang. Seorang murid lelaki dari sekolah kebangsaan anak saya tak sampai ke rumah sebaik tamat waktu persekolahan sekolah agama sesi petang.

Beberapa ahli grup sama-sama memviralkan kejadian itu. Habis 3 grup ksib, 3 grup kelab duk update benda yang sama! Ada sejam jugalah berlarutan sehingga waktu melangkau jam 7 petang. Saya sambil memasak, sambil membaca perkembangan semasa dari telefon. Berdebar jugalah menanti berita terkini.

Syukur, Alhamdulillah. Sebelum waktu berbuka masuk, admin grup memberitahu murid yang hilang sudah pulang ke rumah. Diceritakan, ia dihantar pulang oleh seorang lelaki yang menjumpainya di stesen minyak tidak jauh dari sekolah agama. Dekat pun, dalam 10-15 minit juga jarak berjalan kaki ke tempat ia ditemui dan mungkin lebih bagi seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.

Selepas itu, macam-macam versi dan anggapan timbul ekoran kejadian tersebut. Termasuk gossip kononnya murid ini telah dilarikan tetapi penculik tersebut takut apabila berita kehilangannya telah diketahui ramai. Maka, dia memutuskan menghantar pulang ke rumah.

Fakta sebaliknya. Murid itu keluar sekolah bersama-sama kawan-kawan tanpa menunggu ibunya datang menjemput di sekolah. Dalam perjalanan mereka berpisah. Sambil merayau-rayau, dia melintas jalan besar tanpa mempedulikan keselamatannya sehingga kelibatnya dilihat oleh lelaki yang menghantar pulang ke rumah. 
Hari ini, seorang murid perempuan juga dari darjah 1 'hilang' selepas tamat sesi persekolahan pagi. Selepas viral di grup WhatsApp,  dia dijumpai selamat di dalam kawasan sekolah. Rupa-rupanya salah faham berlaku apabila tiada di tempat yang sepatutnya dia bertemu ibunya yang menjemput. Macam dalam drama tv, agaknya dia ke kanan ibu ke kiri, Cikgu cari kat depan, dia dah ke belakang. Akhirnya mereka bertembung jua. 

Klimaknya camne cite tu? Bila ibunya jumpa dia. Dia peluk2 nangis kerrr atau buat muka selamba?

Tu mesej salah seorang bapa dalam grup. Macam-macam...

Tak habis di situ, sesi petang ada lagi kes murid missing in action. Alkisahnya, bila parents datang lambat, ada kawan pelawa naik van sekolah. Van tu pulak pusing-pusing hantar orang lain dahulu. Bila sampai di rumahnya, dah nak pukul 7 petang. Mana tak gelisah ibu bapanya sehingga meminta pertolongan di grup WhatsApp.

Kejadian hilang yang berturut-turut dalam masa 24 jam ini menjadikan setengah dari ibu bapa trauma. Ada yang mengambil cuti sehari bagi menghantar sendiri anak mereka, sambil hendak mengingatkan anak-anak supaya berhati-hati dan menunggu di dalam kawasan sekolah sahaja jika mereka terlambat.

Ada juga menjadikan faktor bulan puasa sebagai punca kejadian-kejadian ini. Anak-anak penat dan fikiran jadi sedikit kacau untuk berfikir dengan jelas. Konfius - komen beberapa orang di kalangan ibu bapa.
Hasil carian imej untuk kids and school cartoon
Saya sendiri pernah juga mengalami kejadi seperti ini. Anak ketinggalan van dan ada orang menelefon memberitahu anak berada di stesen bas dan meminta datang menjemputnya pulang. Syukur, jika anak-anak bertemu orang baik-baik. Namun, malang tidak berbau. Keselamatan paling utama!!!

1. 
Semestinya bila kejadian sebegini terjadi, pihak sekolah dan cikgu akan menasihati anak-anak murid. Di pihak ibu bapa sendiri mereka perlu juga mengambil tanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak supaya hanya duduk di dalam sekolah jika mereka terlambat tiba. 

2. 
Pastikan anak-anak menghafal nombor telefon ibu bapa atau menulisnya di dalam buku nota atau catat di mana-mana bahagian pada beg sekolah anak. Mudah untuk dihubungi jika sesuatu tidak diingini terjadi. Ia pasti mengambil masa jika guru kelas nak semak dalam fail peribadi murid kan? Jalan paling cepat ialah mesej di grup WhatsApp!

Biarpun false alarm  mengundang kecoh dan ketakutan pada sesetengah orang apabila ia menjadi viral, namun dari sudut positifnya, ia mengingatkan kita kembali supaya memerhati keselamatan anak-anak dan mengutamakan mereka. 

3. 
Jangan lambat menjemput anak sekolah, dan beritahu sekali lagi dan lagi  jika kita terlambat supaya anak-anak menanti di dalam kawasan sekolah. Begitu juga jika tertinggal van sekolah, kembali ke dalam sekolah, lalu hubungi cikgu atau pakcik/makcik pengawal keselamatan di pagar sekolah. 

4. 
Peringatan juga, agar jangan mengikut sebarang orang dikenali/tidak dikenali tanpa memaklumkan kepada ibu bapa atau guru sekolah tentang pemergian mereka. Hal ini cepat sahaja mengundang panik ibu bapa.

5.
Pesan juga kepada pemandu van. Jangan tinggalkan anak-anak kerana kita membayar tambang van setiap bulan. Mereka perlu bertanggungjawab memastikan keberadaan anak-anak di dalam van sebelum bergerak.

6.
Minta tolong pada rakan anak-anak memastikan mereka sentiasa bersama. Nasihati anak-anak supaya buat perkara yyang sama terhadap rakan mereka. Sentiasa saling menjaga satu sama lain dan jaga perangai.



Nak tanya, term mana lebih tepat - Hilang anak atau anak hilang ye :)


Wordless Wednesday : Acar ikan kurau masin

Resepi