Untung orang nampak, untung sendiri kita selalu tak sedar

Menyaksikan kebahagiaan orang lain kadang-kadang membuat hati kita berasa betapa beruntungnya orang itu berbanding diri kita. 

"Untung lah awak, suami pandai jaga anak, buat susu, basuh berak anak...bla..bla..bla.."

"Awak untunglah anak semua masuk U, anak aku hemmm...tak seorang pun berjaya!"


"untunglah kau mak mertua sayang...mak mertua aku, pandang pun tidak"

"Bini ko layan ko macam raja? huhu bertuahnya badan...."

"best lah kau. Asal cuti sekolah family semua pegi makan angin. Aku duk lepak tido je kat rumah..."

"Asyik asyik dia je dapat no1...bila tah nak bagi orang pulak merasa!"

Dan macam-macam lagi dialog yang boleh keluar di kalangan kita....Pernah tak kita berfikir semula yang kita juga bertuah, malah mungkin lagi bertuah? 

Google image




Memang betul si polan dan polan itu bertuah mendapat suami, isteri, anak, mertua, boss, atau ipar duai yang menyenangi hati mereka. Memang benar juga yang si polan yang itu pulak bertuah sebab dapat apa mereka ingini, sentiasa berjaya dalam hidup, bertuah sebab dilahirkan dalam kemewahan, bertuah itu...bertuah ini dll.


Cuba kita berfikir lagi dan lagi, lebih mendalam.... Sesungguhnya tidak semua hal juga kita tidak beruntung! Tersangatlah kita beruntung sebenarnya kerana mempunyai suami, isteri dan anak yang kita miliki sekarang ini. Walaupun tidak beruntung besar, pasti ada juga keberuntungan kita perolehi berbanding orang lain. Jadi maknanya kita juga bertuah! 
  • di saat orang lain sibuk mencari-cari pasangan hidup, kita sudah berumah tangga. Hidup berumah tangga ada pahit, manis dan cabaran. Namun, itu bukanlah penghalang kepada kita mengecap kebahagiaan.
  • di kala pasangan berkahwin berusaha keras untuk memiliki anak, anda sudah pun mempunyai anak untuk dibelai dan dimanja. Walaupun kadang kala memeningkan kepala kerana kenakalan mereka, namun senyuman mereka itulah penawar di kala duka. Didiklah sedaya dan sebaik mungkin supaya dapat beroleh syafaat dari mereka di akhirat kelak. 
  • di saat orang mati kelaparan kita ada makanan dan minuman untuk disuap ke mulut.
  • ramai orang menganggur kerana tiada pekerjaan, kita merungut dapat boss yang teruk nak mampus. Sebenarnya mana-mana tempat kerja ada cabarannya. jadi bersyukurlah kerana ada pekerjaan dan berusahalah memenangi hati boss.
  • dan lain-lain lagi...
Sama ada untung sikit, banyak dan tiada untung langsung itu sebenarnya terpulang kepada diri kita sendiri. 

Bersyukur dengan apa yang ada akan membuat kita berasa bertuah dan beruntung. Tidak bersyukur akan menyebabkan timbul ketidakpuasan hati yang menyebabkan dengki dan iri hati terhadap orang lain.

Cuba tanya pada diri sendiri...:

"Adakah aku sudah sempurna sebagai isteri?"

"Adakah aku ibu yang baik?" 

"adakah aku anak yang telah berbakti kepada ibubapaku?"

"Adakah aku berkerja dengan rajin dan membantu syarikat untung?"

"adakah aku sudah berusaha 100% untuk mencapai impian hidup?"

Jangan merungut dan meminta yang lebih dari kemampuan orang yang kita berharap sesuatu darinya. Jangan merungut pada orang itu jika diri sendiri juga tidak pernah memberi balasan baik terhadap mereka. Dalam erti kata lain kita pun 2 X 5...


Janganlah kerana orang lain sudah berjaya mencapai apa yang kita impikan, maka kita berasa cemburu dan khianat. Cemburu dan membuatkan diri mahu meningkatkan lagi usaha itu bagus. Jangan sampai cemburu khianat yang membawa diri kita menjatuhkan maruah orang lain, memfitnah, mengejek, dan mencela kesilapan kecil orang lain semata-mata untuk membuatnya nampak tak baik di mata umum.


Saya tertarik kepada perbualan 2 sahabat ini:


Alynn: Mak oii, hensemnya Aaron Aziz tu kan. Untung bini dia... 
Chieku: Tak delah biasa jer...
Alynn: Elleh ko tu tu cakap jer. Dalam hati mesti ko cakap dia hensem kan. 
Chieku: Ya..ya ..memang dia hensem.Puas hati kau? Tapi sehensem-hensem Aaron Aziz, hensem lagi laki aku. Hahaha
Alynn: (aku tengok tak hensem mana pun laki dia tu)
Chieku: Ko ni kan, sebelum puji laki orang better ko puji laki sendiri dulu tau. Walaupn dia tak sehensem mana, sepatutnya dalam hati kita dialah no.1...
Alynn: iyolah tu...laki aku lagi hensem dari Aaron Aziz...dan lebih hensem dari laki ko!
Chieku: Mana ada. Laki aku lagi hensem dari laki ko! 
Alynn: Mana ada. Laki aku lagi hensem dari laki ko! 
Chieku: Laki aku lagi hensem dari laki ko! 
Alynn: Tak! Laki aku lagi hensem  
Chieku: Laki aku lagi hensem laa.. 
Alynn: laki aku hensemmmmmm!!

Aduiii..jadi bergaduh pulak 2 sahabat tu kan. Hehe sekadar hiburan. 



Tips blogging dari blogger:





2 comments:

hyemynameisrasyid said...

a'ar., btoi3.,
kekadang kita tgok tuah pada org.,tuah kita sndri xnmpk.,erti kata lain.,xbersyukur.,hmm.,astafirullah~

Alahai~ jemput la ye^^

Aina said...

tulah sifat manusia.selalu lupa nak bsyukur.cuma jangan sampai kufur nikmat sudah