Mengapa upah gunting rambut perempuan lebih mahal dari lelaki?

*Salam Sejahtera*


Alhamdulillah cukup selesa dan gembira sebab hajat nak memotongkan rambut pendek dah tercapai. Cari cari cari akhirnya jumpa salon untuk wanita sahaja. Kedai Arissa yang terletak ditingkat 1, deretan bangunan kedai di Setiawangsa berhampiran pejabat KRU yang lama. So, kali ni tak yah pergi jauh-jauh sampai Taman Permata.

Balik rumah, Encik Mat P tanya berapa upah mengunting. Akak pun bagi tahulah RM18. 

"Huih mahalnya! Saya menggunting rambut pun tak delah semahal tu. Siap boleh mencukur lagi..."

"Memanglah mahal...Rambut saya kan lebih panjang, lebat". Dia diam. Memang pun. Pernah sekali saya menggunting di Taman Permata, nyonya tu siap bagi tahu rambut saya lebat sangat jadi bayarnya lebih sikitlah.

Memang upah rambut lelaki lebih murah. Sedangkan menggunakan mesin cukur elektrik. Salon yang saya pergi pula hanya pakai manual - gunting. Tapi apsal mahal? Tetiba rasa tak puas hati...
Bila difikir-fikirkan semula, kedai Wak yang tempat selalu Encik Mat P pergi tu kedai tepi jalan je. Salon yang saya pergi tu selain menggunting rambut, segala macam jenis treatment untuk kaum hawa ada disediakan. So, dari aspek itu bolehlah dikatakan itu penyebab kenapa upah menggunting rambut perempuan lebih mahal. Sewa salon pun mesti lagi mahal dari kedai tepi jalan kan?

Korang punya pendapat pulak macam mana? Biasa menggunting rambut di mana? kedai mamak best boleh dapat servis picit-picit dan urut free kan? Untungnya lelaki....

3 comments:

syazwan aizad bin abdul mutalib said...

untung nyer jadi lelaki..kan kan?hee :P

hyemynameisrasyid said...

kebetulan baru gunting rambut tadi.,
kene charge mcm biasa je.,salon cina.,xmahal dan tak murah.,hasil memuaskan hari.,pergi potong ngan mak.,mak pon potong rmbut dia jgk.,dan.,HARGA KITORANG SAMA. hehehee~ ^^
-mybe kedai tu jenis adil kot.,hehe

Aina said...

syazwan,
pompuan untung part lain:)

rasyid,
kena caj berapa rm?sbb kat salon tu...ce rasyid gunting kat kedai tepi jalan je.<10 hengget tau.siap boleh nak trim janggut , misai , picit2 bahu bagai.haha