Persediaan berSAHUR

*Salam Sejahtera*

Hanya beberapa jam sahaja lagi pengumuman keputusan melihat anak bulan oleh penyimpan mohor besar raja-raja akan keudara di tv. Ahha, selok amat kan. Hari pun belum senja nak melihat anak bulan. Insha Allah kita bersabar ye, kalau dah tahu nanti cepat-cepatlah bergegas ke masjid untuk bersolat terawih....

Lepas terawih, mmmm nak kena pikir apa nak dimakan bersahur. Penting ke nak pikir? Puasa pun tak mula lagi?

Pada akak permulaan berpuasa, menu untuk bersahur amat penting. Ini dapat menggalakkan seisi rumah bangun bersahur walaupun minum air seteguk. Nabi s.a.w bersabda tentang kelebihannya:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).  
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).  
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Tamar atau kurma makanan sunnah. Tapi, anak-anak ni bukannya suka makan. Akak sendiri pun kalau yang terlalu manis tu, makan sutir pun dah cukup.

Permulaan nak puasa ni mungkin semua orang juga bersemangat. Jadi tak de masalah sangat. Mungkin pagi buta tu penuh je kedai makan dan kedai mamak di waktu pagi. Sebagaimana penuhnya saf-saf di masjid tatkala menunaikan solat terawih. Lama kelamaan sahur pun missed.

Yang dewasa ni tak payah nak citer panjang sebab boleh fikir baik buruk. Jadi akak nak bagi tips untuk menggalakkan anak-anak bangun sahur terutama yang baru nak belajar.

1 - Bertanya terlebih dahulu apa diorang nak makan pada waktu sahur nanti. Tak kisahlah kalau ayah, kakak, abang dan adik nak makan lain-lain, Insha Allah ibu cuba tunaikan. Opp bermakna si ibu harus bangun lagi awal sebelum mengejutkan suaminya dan anak-anak. Jangan tidur mampos udah ler ye...hehe

2 - Beli jam loceng (jika tiada). Letakkan jam loceng disisi mereka supaya bangun sendiri apabila tiba masanya. Tak perlu ibu susah-susah kejut. Kalau diorang tak bangun barulah ibu datang jirus air kejutkan.

3 - Seisi keluarga tidur awal supaya tidak mengantuk bangun pagi. Biasanya si ibu paling lewat tidur. Jadi kesiankan dia juga nak bangun paling awal. Apa kata kalau ibu betul-betul tak dapat nak tidur awal, waktu pagi si ayah tolong kejut si ibu? hehe.. cam ni, 


.......macam akak ni selalu tidur lambat. Jadi selalu suruh Encik Mat P kejutkan awal dalam 4.30 cam tu. Lepas kejut, dia tidur semula. Selepas akak dah sediakan meja makan barulah semua ahli meja bulat dijemput makan dalam kul 5++. Sahur sunat dilambat-lambatkan kan?

* Maksud kat sini ialah seisi keluarga harus tolong menolong. Jangan semua benda jatuh kat bahu si emak. Kalau si isteri tak bekerja macam akak ni oklah lagi. Kalau yang bekerja tu kesian kan...At last, seisi rumah tak bangun sahur.Kesian anak-anak. Kata nak ajar diorang puasa. Tak pun  nanti sahur pukul 1 malam. Yakni sahur sebelum tidur...huhu...


* Pengalaman akak mengandung masa Ramadhan - memang ada waktunya mood swing, badan tak larat, kemalasan dll. Encik Mat P tawarkan diri pergi membeli makanan sahur kat kedai makan, tapau dan bawak balik. Nasi pun dia tapau dari kedai. Bagus tak laki ai?? hehe bukan nak memuji terlebih cuma, boleh jadikan pengalaman akak ni sebagai teladan/sempadan untuk saling toleransi. Nak kejar pahala sunat berganda biar sama-sama dapat. Kalau housemate malas bangun sahur sebab malas nak ke kedai makan, tawarlah diri untuk membeli untuknya...


Sekadar pendapat okeh.

Soal jawab agama:
Soalan: Dr Asri yang dihormati, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan. Saya tinggal serumah dengan beberapa orang kawan. Ada kalangan kami yang berpuasa tetapi selalu tidak bangun sahur. Katanya ‘dia tahan’ walaupun tak bersahur. Ada yang sahur terlalu awal, seawal jam 2 pagi. Ada yang sahur ‘siap-siap’ sebelum tidur kerana malas hendak bangun. Ada yang jika bangun hampir waktu subuh, dia kata dah tamat waktu sahur, sekalipun belum azan lagi, dia tetap tak mahu sahur. Saya cuba berikan nasihat kepada kawan-kawan sekadar yang saya faham. Bolehkah Dr Asri nasihatkan kami apa yang terbaik?
Nak tahu apa jawapan ustaz. [BACA DI SINI]

4 comments:

Unknown said...

wah.bestlaa k.aina dpt incik mat p.. memahami.. ^_^

Aina said...

sue,
sekadar berkongsi pengalaman.mana yg elok boleh jdkan teladan.kalau x bagus jdkan sempadan...:)

bersahur tak pg tadi?

juanita said...

salam, selamat berpuasa,
ju ksrs

Aina said...

Juanita
Salam juga kat awak.selamat berpuasa..:)

ooo dr ksrs ye.oh lama betul akak x jengah kat sana....