"Saya turun 11 kilo"

*Salam Sejahtera*

Hari ni giliran sekolah Luqman buat serahan kad laporan prestasi kepada ibu bapa. Maka petang tadi jam 3 saya pun pergilah ke sekolah dia....Saya pergi naik teksi ye. Macam biasalah sebab kami tak de kete...

Masa nak sampai dekat simpang sekolah banyak kereta di luar. Maknanya sudah ramai ibu bapa yang dah sampai terlebih dahulu. 

"Kenapa? Ada apa ni?" tanya pemandu teksi. Dia golongan pak cik  yang mungkin baya-baya abah saya. Dia bukan melayu. Mengikut namanya yang saya lihat kat dashboard nama Islam, dan kemungkinan keturunan pakistan kot. 

"hari ni ada kena ambil kad laporan anak" jawab saya.

"Itu perempuan banyak gemuk lah"Tiba-tiba dia menunjuk kepada seorang perempuan yang berjalan di bahu jalan. Saya berpaling ke kanan dan melihat ke luar tingkap.


"orang gemuk ni mesti banyak sakit-sakit" katanya lagi.

Amboi kemain lagi pak cik teksi ni mengata pompuan tu. Dia pun bukannya kurus sangat....huhu fikir saya dalam hati.

"sebenarnya dulu saya pun gemuk. Sekarang saya sudah turun 11 kilo" terangnya.

"wow banyaknya....macam mana tu?" serius je saya bertanya pada dia. kot-kot ada tips boleh pakai kan:D

"kalau saya cerita mesti semua orang gelak"katanya sambil ketawa. Lagilah saya berasa nak tahu....cam ne ek?

"saya kawen. saya baru 5 bulan kawen" 

"ye ke..." saya pun turut gelakkan dia...dalam otak banyak soklan tak leh nak tanya timbul. Hehehe..

Masa itu juga teksi sampai depan pintu pagar sekolah. Saya bayar tambang RM5..Alahai tak sempat tanya lebih lanjut. Banyak persoalan masih berlegar dalam kepala otak. Emmmm ...apa korang fikir? Hehehehe....Dia kawen baru dapat turun berat 11 kilo dalam 5 bulan jer! Pergh...

2 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

salam singgah.tima kacih follow blog cik ina


lapas kahwen makan hati kot,sebab tu drastik badan dia turun.

Aina said...

hehe entah lah cik ina.x sempat nak tanya banyak dah sampai sekolah.

thanx jugak kat cik ina sbb sudi memollow sampai sini.

etceli dulu2 ms x aktif blogging sy pernah jumpa blog cik ina ni.bekenan sungguh sy dgn dodo cheng.smlm baru terjumpa semula..:)