Wordless Wednesday: Original Copy letter of Victor Lopez and Hishamuddin Tun Hussien

Link 1
Link 2


Kucing pun selsema?

Salam...

Meh, meh, nak cerita sikit...

Tadi adik saya whatsapp tanya petua apa nak bagi kat kucing dia yang tengah batuk dan selsema. Mulanya saya gelak juga membayangkan macam manalah rupanya kucing tengah selsema. Batuk pernahlah tengok. Itupun jenis yang batuk-batuk manja sebab makan gelojoh sangat. Atau,kes tercekik tulang ikan...Serius, seumur hidup tak pernah tengok. 

Lepas ttu adik saya beriya minta petua macam mana nak tolong kucingnya yang sedang sakit tu. Apa lagi terus aja Google yang jumpa posting Namee Roslan tahun lepas punya pasal kucing dia yang juga kena selsema. Alhamdulillah memang terbaik punya tips dari Namee. 

Antara tips dari Namee yang menarik hati saya ialah dengan cara menstimkkan kucing tersebut. Macam mana kita steam  muka baby supaya hingusnya meleleh keluar, begitu juga boleh diaplikasikan kepada kucing. Cuma caranya berbeza sikit sebab dia kucing.

Nak tahu lebih lanjut masuk blog Namee kat sini.

Paling penting, kalau tak tahu nak buat macam mana, bawalah kucing jumpa pakar veterinar :)

Surat Victor Lopez dari Paris untuk H2O

Telah diterjemahkan:

"Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda. 



"Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih, 

Yang ikhlas, 
Victor Lopez." 



"Ke hadapan Victor, 
saya harap ini akan sampai kepada anda dengan selamat. Terima kasih kerana menulis kepada saya dari Paris. Ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti anda memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menerajui usaha mencari MH370. 

"Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat melawat Malaysia 'Truly Asia' sekiranya ada peluang. Belajar rajin-rajin!," demikian isi kandungan surat itu. 

Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya iaitu: "Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan dalam Twitter, @HishammuddinH20." 


Sumber