Bismillah...
Pada hari jadi abah, saya minta anak saya tuliskan ucapan selamat untuk atok mereka. Bersama-sama sebotol Jus Anona untuk sakit lututnya saya selit sepucuk surat ucapan yang ditulis cucunya.
Saat abah membaca, meleret ke telinga senyumannya. Aduh, bahagia rasanya melihat senyuman itu. Moga Allah memberkati dia dan merahmati hidupnya dengan kemurahan rezeki, kesihatan yang baik serta hati yang tenang dan sentiasa mengingati Allah robbul'alamiin.
PEREMPUAN PEMBAWA SIAL
-
PEREMPUAN PEMBAWA SIAL. Astagfirullah.. Hari jumaat ni dok menghamun sapa
pulak ni? Takkan hari jumaat ja tak boleh menghamun kan.. Hari lain boleh
ke? Han...
1 day ago

