Masak dah pandai, try menjahit pulak

*Salam Sejahtera*


Bab memasak rasanya kebanyakan perempuan sejak azali ada skills memasak tu. Asalkan rajin ke dapur dan kenal semua benda dalam dapur kan. Tapi kalau mereka yang tak pernah petik dapur gas, tak kenal beras, tak kenal senduk dan kuali sudah tentu lah payah nak memasak kerana yang mereka tahu cumalah makan aje...Aduyai malang kalau perempuan macam tu kan?

Zaman sekarang lelaki lagi terrer dari kita bab memasak. Sampaikan artis muda Fizo Omar pun dah buat buku masakan berjudul 'Air Tangan Fizo Omar'. Hatta bab menjahit pun, kekadang golongan lelaki juga lagi kedepan dari kita. Tak begitu?
namun bukan semua perempuan lahir je pandai menjahit. Kekadang nak masukkan benang ke dalam jarum pun tak lepas Mana taknya, masuk benang ke dalam jarum peniti memang sampai kiamat takkan masuk!

Anak MJ nak jadi pelakon

   
Comel kan anak-anak MJ? Terutama yang bungsu si Blanket tu muka sebijik ayahnya

AMARAN dari Pusat Racun Negara

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek. [Mstar Online]
Alamak, seram jugak dengar amaran ni. Tapi biasanya kita ni sekali dua je gerun lepas tu buat semula. Alasannya 'sayang nak buang'. Akak memang tak pakai sekali. Biasanya, 3 kali baru buang. Kalau sekali dah nampak kotor, mestilah buang terus.

Pasal minyak masak 1 kg tu, orang di kampung kebanyakkannya guna kot. Kalau mak-mak akak kat kampung memang itulah brand yang digunakan sebab senang didapati di kedai runcit. Alasannya murah. Akak pula kalau membeli suka brand Saji atau Alif. Kekadang jenama Giant. Beli terus yang 5kg. Boleh pakai sebulan lebih.

Ada baiknya kita ambil perhatian serius pasal benda ni. Ini bertepatan dengan statistik yang diwar-warkan oleh pihak Kementerian Kesihatan hari ini.

Seri Paduka Baginda YDPA ke -14

*Salam Sejahtera*


Hari ini bakal mencatitkan satu lagi sejarah kepada Malaysia, di mana YDPA ke-14 akan dilantik menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah selamat berangkat pulang semalam. Untuk 5 tahun yang akan datang, giliran Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan memegang tampuk yang teratas di dalam kepimpinan negara Malaysia.


Inilah riwayat hidup bakal YDPA kita yang baru. 


Nama Penuh: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi 
                  Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum  
                  Sultan Badlishah 


Tarikh keputeraan (DOB): 28hb. November 1927


Pendidikan: Sekolah Melayu Alor Merah
                Sekolah Melayu Titi Gajah
                Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1946 – 1948).
                Wadham College, Oxford London (1952)

Sultanah: (1) Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah (berkahwin pada Mac 1956 di   
              Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus)
              Almarhumah adalah merupakan Puteri sulung kepada Yang diPertua 
              Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad(YDPA 
              pertama Persekutuan Tanah Melayu)
              3 puteri (Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku 
              Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz)
              Baginda telah mangkat pada 26 Ogos 2003.

             (2) Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun (berkahwin pada      
             25 disember 1975) 
             9 Januari 2004, beliau telah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah yang 
             baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. 
             Beliau dilahirkan di Bagan Serai Perak, Darul Ridzuan.

Kenapa tak suka buat ni?

*Salam sejahtera*

YES...

YES...

Year End Sale...hehe boleh shopping baju kan? Almaklumlah diskaun harga sampai tahap maksimum gitu. Jom pakat tambah koleksi pakaian yang ada dalam almari kita. Saper banyak duit bolehlah go on. Macam akak ni bajet pun dah tadek. Tak lama lagi persekolahan sesi baru akan bermula. Banyak barang keperluan anak-anak mesti dibeli. Heee...ingat ye, kita idop mesti kadar ke diri. Kalau tak, susahlah sikit...

OK bukan nak citer bab tu. Nak tanya sikit. Ada 1 masalah ni. Boleh dikatakan kebanyakan kita punya masalah yang sama ni. Jadi sebab Akak pun tak tahu jawapannya, akak nak tanya korang lah kan...

Masaalahnya macam ni.....

Kita bila pakai baju, then bila baju tu busuk atau kita nak tukar baju lain, maka mesti baju tu kita akan basuh kan?

Bila kita dah basuh baju, mesti kita akan sidai kan?

Bila baju dah sidai ia akan menjadi kering kan?

kenapa banyak 'kan' daaaa

Bila kering kita angkat baju kan?

Dah angkat baju, lepas tu letak dalam bakul. Maka baju-baju itu siap sedia untuk dilipat dan disusun di atas rak baju.

Kenapa masuk part MELIPAT BAJU aje mesti jadi MALAS ek?

Ujian atas keazaman

*Salam Sejahtera*

Perasan tak? Sedar tak, bila masa kita berazam nak buat sesuatu mesti susah je nak buat/laksanakan azam kita tu. Macam ada je halangannya di depan menanti.

Contohnya, kita berazam nak kurus, tiba-tiba ramai pulak yang menjemput kenduri kahwin.  Bila kita berazam nak rajin berjimat cermat, banyak pulak sales 70%. Bila mana kita berazam nak jadi seorang penyabar, haih anak-anak saja pulak duk pecahkan pasu kesayangan, kencing dalam seluar, bergaduh sesama mereka dll. Ada pulak tu tiba-tiba ada kawan buat jahat kat kita. Kemudian, bila kita berjanji dah tak nak mengumpat orang, ada pula datang cerita gossip artis yang kita nak tahu juga ambil tahu...

Ok, itu sekadar contoh. 

Rupa-rupanya....Rupa-rupanya, Allah nak test kita atas azam baru kita, dan masa itulah kita dinilai setakat mana istiqamahnya kita dalam berusaha mencapai kejayaan. Bila mana kita gagal di dalam test Allah tersebut, maka keazaman kita tergendala di tengah jalan, kita menjadi orang yang berputus asa dan tak berubah-ubah seperti yang dikehendaki. 

Kebiasaan, masuk tahun baru, barulah nak tekadkan azam itu semula. Tapi macam mana setengah orang tu ye, nak buat azam baru tapi azam lama tak tercapai-capai?




*Pppssstt: Ujian? ujianlah jugak...tetapi kebanyakkannya ALASAN / SIKAP MALAS dan kalau orang itu betul-betul nak jadi lebih baik mesti dia akan terus berusaha kan tanpa menyalahkan nasib atau orang lain sebagai punca kegagalannya....

Epal buah ajaib?



Artikel ini dipetik dari Majalah wanita. Menurut kajian, kandungan serat dalam epal dapat menurunkan kadar kolesterol sehingga 35 peratus.

Menghina atau bergurau?

*salam sejahtera*

Petikan pantun:

" Kerana pulut santan binasa,
sebab mulut badan binasa..."

Baru ni kecoh ada artis nak saman menyaman bila mulut tak berlapik tu terlepas kata menyebabkan tercalar perasaan orang lain. Lebih teruk, ia dikatakan menghina dan mengaibkan. Kemudian, isu lawak yang menggunakan peribadi dan keadaan fizikal seseorang sebagai bahan gelak ketawa di pentas. Rasanya ini bukan perkara baru, kerana kita sering gelak sekali bila ada komedi yang menampilkan orang yang gemuk, hitam metalik, jongang, sengau dan sebagainya...

Barangkali, ketandusan idea atau sikap sopan santun sudah hilang dalam diri kita? Jangan kata artis, pelawak, pelakon, ahli politik(?) bahkan kita orang biasa juga suka bergurau menggunakan 'MO' yang sama. Kekadang silap orang kita nampak sangat tapi sebenarnya kita pun ada buat silap yang sama...kenapa ek jadi macam tu??? Akhirnya keluar kenyataan.."sebenarnya saya tak berniat untuk menghina sesiapa pun" atau "'ini sekadar bergurau aje" dll. 

Persoalannya, kenapa ada masa kita gelak sekali dan ada masa kita marah dan tak setuju dengan 'gurauan' sedemikian? Ada orang cakap, "bergurau boleh, tapi biarlah bertempat". Oooooo maknanya, nak gurau a.k.a kutuk orang kat pentas tak boleh, kat tv tak boleh, twitter/muka buku pun tak boleh tapi cakap belakang bolehlah? Cakap kat kedai kopi, kutuk kat tepi padang atau mengumpat di tepi longkang elok sangat lah?? Haaaaa...tu pasal mulut pun bau longkang!

Bukan di kalangan orang peringkat rendah (IQ), tapi ada golongan cerdik pandai dan belajar tinggi yang dua kali lima jugak. Mungkin kita label atau letak term molek sikit sebab orang itu kita suka. Kita pun gelak sekali sebab orang kesukaan kita tu bergurau 'manja' je, dan lagi pula dia bercakap pasal fakta. Jika pada orang yang kita tak suka pulak, kita cakap dia tu bodoh. Oppss...

Itulah kita ni kan...dabel standard? Pilih kasih?

Tak perlu lagi buat urine test untuk kesan dadah

*Salam sejahtera*

Dengar tak berita baru-baru ni tetang seorang penagih dadah yang menyimpan air kencing isterinya dan dibawa bersama bagi mengelakkan dikesan dadah di dalam air kencingnya sekira dicekup polis. Namun perbuatan 'cerdik' kononnya itu terbongkar dan dapat dikesan juga.

Kali ini ada cara terbaru untuk mengesan dadah. Tak perlu lagi buat urine test tetapi boleh dikesan melalui rambut si penagih. Tahniah kepada pengkaji. Syabas!

Datuk Nicol ahli sukan paling berjaya dalam sejarah?

Nicol wajar dijulang tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) ketika ucapan ringkas mengenai penghargaan yang diberikan untuk Ratu Skuash Negara Datuk Nicol David (kiri) pada satu perjumpaan bersama Perdana Menteri di Pejabatnya. Hadir bersama, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak (kanan) dan ibu-bapa Datuk Nicol, Ann Marie dan Desmond David. - fotoBERNAMA (05/12/2011)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) ketika ucapan ringkas mengenai penghargaan yang diberikan untuk Ratu Skuash Negara Datuk Nicol David (kiri) pada satu perjumpaan bersama Perdana Menteri di Pejabatnya. Hadir bersama, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak (kanan) dan ibu-bapa Datuk Nicol, Ann Marie dan Desmond David. - fotoBERNAMA (05/12/2011)
PUTRAJAYA: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara apabila mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah negara. 
"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nicol," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pemain nombor satu dunia itu di pejabat beliau di sini hari ini. [baca berita selanjut di sini]

Tahniah Datuk Nicol. Beliau memang patut dapat pengiktirafan sedemikian atas usaha gigihnya selama ini dan mengharumkan nama Malaysia.

Biodata:
Nama penuh: Nicol Ann David
DOB: 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang
Tinggi: 1.63 m
Bapa: Desmond David  (jurutera, berketurunan India)
Ibu: Ann Marie David (guru, berketurunan Cina)
Adik-beradik: 3 orang (Lianne & Cheryl)
Agama: Kristian
Sekolah: SMK Green Lane, Penang (PMR - 7A, SPM - 7A)
Status: Bujang

Pencapaian:

'Anak mak' nak kahwin

*Salam Sejahtera*

Musim cuti sekolah sekarang, sana sini kenduri kahwin. Bila melihat pasangan pengantin makan beradap teringat zaman akak dedulu. Makan beradap sambil main cubit-cubit bawah meja. Biasalah jadi raja sehari, ramai yang mengusik dan kita pun malu-malu kucing konon kan...

Teringat ada satu drama kat tv di mana ada sorang anak tunggal (lelaki), anak kepada sorang ibu tunggal berkahwin. Huru hara rumahtangganya apabila si ibu mertua sibuk masuk campur nak uruskan anaknya sehingga menimbulkan cemburu dan rasa tak puas hati si menantu. Tambah pula si suami tersebut banyak mendahulukan emaknya dalam segala hal.....Soooo anak emak. Memang semua orang anak emak bapak diorang tetapi 'anak emak' di sini ialah anak manja yang masih bergantung harap kepada emaknya dalam segala hal. Cakap mudah ialah 'duk berkepit bawah ketiak mak dia jer'.

Adalah adik akak sorang ni, dah besar panjang dan dah kerja pun. Tiap minggu kalau boleh memang dia asyik nak balik kampung jumpa mak. Homesick katanya. Kalau tak balik mau meraung sesorang kat rumah sewanya. Gelak akak dibuatnya. So, kahwin nanti macam mana? Tersipu-sipu malu pulak dia. Tandanya nak kahwin ler tu....heeee:)


Ada juga 'anak mak' yang jenis angguk je apa mak suruh. Nak jadi anak soleh yang taat kata mak ayah konon. Alhamdulillah, bagus tetapi kalau semua benda mak minta dibelikan sampai berhutang, alamatnya nak kahwin tak cukup duit...lepas kahwin tersepit di antara permintaan emak dengan permintaan isteri. Isteri yang anak emak merajuk sikit balik jumpa emak. Emak pulak tegakkan keadilan untuk anak. Suami yang anak emak pulak memang wajib dahulukan emak tapi kalau bukan pada perkara yang betul, akhirnya hak isteri terabai dan emak emas itu jadilah semakin lemak dan berlagak dialah satu-satunya berhak ke atas anak lelakinya....akhirnya tercetuslah 'perang dunia'.


Ada setengah orang tak berkepit di bawah ketiak mak, tetapi kepit 'bantal busuk', teddy bear, dan macam-macam toys kesayangan. Akak tak de, korang ade?

Ryan (Drama Arrayyan) dapat 'hidayah'

*Salam Sejahtera*

Takbir! (Allah Akbar)

Syukur pada -NYA. Lagi artis kita dapat hidayah Allah. Yeke artis kita? Yelah dia kan orang putih. Asal Australia, namun telah mula bertapak sebagai pelakon di Malaysia. Dia ialah Geofrey Perrin William.

Masa pertama kali menonton lakonannya di sisi Raja Farah dalam Cerekarama Arrayyan, masa tu ingat dia seorang muallaf kerana lakonannya sangat berkesan sebagai muallaf. Rupanya bukan. Geofrey masa tu belum Islam dan hanya baru-baru ini aje dia telah mengucap 2 kalimah syahadah. 

Kini dengan nama Islam Muhammad Jufri Rayyan William sedang mendalami sebaik mungkin ajaran Islam. 

“Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadan dan membaca Al-Fatihah,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun dia tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza.
“Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Setiap bulan, saya perlu melapor di Jawi untuk menilai sejauh mana progresif saya mendalami Islam,” katanya.
Jelas Rayyan, banyak perkara yang membuatkan dirinya nekad memeluk Islam.
“Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.
“Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam.
“Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya,” jelasnya panjang lebar. [SUMBER]
Insha Allah tak de siapa nak gelakkan saudara baru mengaji tak betul. Hatta ramai sekali umat Islam yang tak pandai mengaji Alquran sebenarnya.....how sad:(
Sori cilok kat fb Rayyan.Kot le ada yang tak kenal kan...

Tips belajar memandu

*Salam sejahtera*

Segan nak bertanya....tapi,

kata orang, malu bertanya sesat jalan kan?

Macam ni....boleh tak bagi tips kat akak untuk belajar memandu? atau lebih tepat lagi petua mengatasi rasa TAKUT nak belajar memandu kereta. Baru belajar, belom memandu betul-betul di jalan raya tu.

Setiap orang ada fobia masing-masing. So do I. Akak ni fobia dengan jalan raya. Hatta naik basikal kat jalan tu pun boleh turun tolak basikal untuk melintas jalan. Dekat trafik light turun melintas jalan. Kalau tak turun pun jalan slow tolak dengan kaki. Huhu...

Tambahan masa hubby eksiden dulu, terus fobia tu menjadi-jadi. Pernah sekali naik teksi seram perut menahan takut. Kekadang guna brek kaki bila kereta/teksi yang dinaiki hendak u-turn atau masuk simpang. 


Tak larat dah nak dengar nasihat orang keliling suruh belajar memandu. Ada jugak lah turunkan petua sikit-sikit tu. Ada sesiapa nak bagi tips lain tak?

Harap korang dapat membantu. Thanks in advance.

*Pppsssttt: Semangat jadi merudum bila baca berita kemalangan jalan raya dan kutukan orang terhadap pemandu wanita. Mmm tak sanggup rasanyaaa...:(

Blogwalking juga akhirnya

*Salam Sejahtera*

Petang tadi banjir di Kajang. Memang terkejut betul masa tengok berita di tv dan lepas tu cepat-cepat telefon adik yang tinggal di sana. Manalah tahu kot kot dia tengah di kelilingi air bah ke....Alhamdulillah rupa-rupanya dia on the way balik kampung. Cuma yang sedikit merisaukan ialah, apa khabar keadaan rumahnya? katanya saat mereka meninggalkan kawasan perumahan, kelihatan air berlumpur memenuhi jalan....Insha Allah kita doakan aje semuanya selamat ok.


Alhamdulillah...Kali ni dapat blogwalking. Malam ni tidur lewat sikit. Sempat melawat beberapa blog dan membaca entry yang menarik.

Berikut antara blog yang sempat dikunjungi. Kepada sesiapa yang ada  masa free dan kesempatan tu, jemputlah berkunjung ke rumah sahabat-sahabat blogger ini ye. Ada info menarik menanti di sana tau....

Wordless Wednesday: Test drive

Susahnya nak jumpa 'dia'

*Salam Sejahtera*

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan...

Saat aku nak jumpa dia....teramatlah payah.

Payah sangat-sangat!

Kucari...kucari....menjejak kasih

Rupa-rupanya menyorok kat sini.

Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.

Namun, mana cukup dengan sekali pertemuan. Kucuba atur pertemuan lain pula. Namun gagal....jejak kasihan sungguh.

Tapi aku tak mengalah. Kucuba lagi di hari lain. Kali ini bertemu saudara tiri beliau sahaja...

Lantas aku sedar. Di situ bukan rumahnya. Bukan lubuknya. Aku cari di lubuk lain. Akhirnya kutemui di Giant! Hahahha puas hati ma...kasi borong setahun berg :D

Tahniah Harimau Muda, Juara bola sepak Sukan SEA-26!

*Salam Sejahtera*


Syukur lillah...


Subhanallah...

Pingat emas bola sepak Sukan SEA kekal milik Malaysia. Tahniah skuad Harimau Muda Malaysia! 

Tadi sempat shoot scene Baddrol ambil penalti yang terakhir. Sorrylah sebab mutu video 'amat kureng' sebab record guna phone camera jer....sebab tu lip lap lip lap imejnya...takpelah ni sendiri punya. Malas nak selongkar orang lain punya kat Youtube.


video
Jaringan kemenangan oleh kapten Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar. Huih masa ni memang cemas lah. BP pun rasa macam tinggi jerrr...kepala pening aih. Namun gol!!!!! Hehe syukur....
(suara latar En. Mat P dan Luqman)


video
Lagu negaraku gah berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno

Hari ini tak boleh blues!

*Salam Sejehtera*

Syukur masih panjang usia untuk menyambung urusan dunia kita...Thanks to Allah Tuhan Semesta Alam.

Biasa Isnin mesti blues ajekan? Since cuti persekolahan sudah bermula, akak pun sedikit merasa nikmat 'kemerdekaan' walaupun sebenarnya tugas sebagai ibu, isteri dan suri rumah itu tiada cutinya. Hari sekolah ataupun cuti sekolah sama juga! Kalau ibu bekerja, lagilah sibukkan? Balik rumah, harus 'bersilat' di dalam rumah pula....kecuali mereka yang ada pembantu rumah lah kot?

So, ada yang blues? emm janganlah weh. Hari ini kita kena semangat. Malam nanti 'harimau muda' kita nak gempur Stadium Bung Karno untuk lawan 'garuda'. Huih, cuak je rasanya...boleh ke garuda ditumpaskan. Tumpas sekali lagi! Lagi sekali!

Pertembungan jam 8.30 malam ini ialah bagi merebut pingat emas bola sepak Sukan SEA XXVI. Dianggap, juara bukan sahaja mendapat medal dan title, tetapi paling utama maruah tercalar dek kekalahan sebelum ini menjadikan Indonesia benar-benar terdesak untuk memenangi perlawanan. Sikap fanatik penyokong tuan rumah rumah harus dibenamkan di bumi mereka sendiri supaya tidak egois dan angkuh bila isu -isu semasa melibatkan Malaysia-Indonesia dipalit bersama dalam kancah sukan. Huh sangat tak sehat pemikiran itu! Apa jua masalah luar padang, harap pemain bermain penuh kesukanan dan profesionalisme.

Kepada yang tidak minat bola sepak, marilah bersama mendoakan supaya pasukan Harimau Muda kita dapat mempertahankan kejuaraan sebelum ini. Insha Allah.

Haihhh....memang tak sabar tunggu malam ni. Wajib settle segala urusan sebelum  wisel mula berbunyi! Hehe semangat..semangat okmeh weh

Hormom kortisol berlebih punca diet kurus gagal

*Salam Sejahtera*

Entri pasal nak kurus, cara nak kurus cepat, tips untuk kurus dan langsing dan lain-lain yang berkenaan ada di dalam post sebelum ini. Ramai yang berhasrat nak kurus dan langsing, termasuklah yang menulis ni haaa. Hehe.....Kita nak kurus bukan semata untuk kecantikan aje, tetapi juga untuk kekal sihat. 

Dengan pelbagai kaedah, rawatan dan cara digunakan ramai juga yang gagal mencapai matlamat yang disasarkan. Tapi, kalau tengok dalam tv dan program realiti untuk kurus, semuanya pasti berjaya dan comfirm kurus kan? Mana taknya,  mereka mempunyai moderator, konsultan dan pihak yang bertanggugjawab untuk guide dan monitor perkembangan mereka. Jadi, elok juga kita melihat ini sebagai suatu saranan baik untuk diri sendiri mencari konsultan bertauliah untuk guide kita atau paling tidak berjumpa doktor untuk mendapat nasihat sebelum mengikuti sesuatu program dan mengambil ubatan secara sendirian. 

Hormon kortisol berlebihan mewujudkan masalah kesihatan yang kita tak sedar bahawa hormon tersebutlah punca segala masalah. Hanya selepas berjumpa doktor kita dapat mengenalpasti sama ada hormon kortisol kita berlebihan ataupun tidak. Individu yang memiliki hormon kortisol berlebihan biasanya menghidap sindrom CushingMereka tidak akan berjaya menguruskan badan secara normal seperti yang lain. Mereka perlukan nasihat doktor untuk memilih diet yang sesuai.

Budak kota yang berusaha menjadi budak kampung

*Salam Sejahtera*

Apa celup? no no...ni bukan celup. Memang dah asal ibu dan abahnya orang kampung, maka darah orang kampung sudah mengalir di diri mereka. Kalau sudah namanya budak kampung, mesti lah pandai panjat pokok, tak geli meredah paya dan tak takut dengan pacat atau lintah kan....kan.... Lihat aja usaha anak-anakku yang cuba nak menjadi budak kampung:)

Alkisahnya pada cuti Aidil Adha yang sebentar aja tu, kami balik kampung Jengka 14. Untung aki mereka ada pokok-pokok buah yang membesar di sebelah rumah sahaja. Maka bolehlah cucu-cucunya belajar memanjat pokok. Kat kota, mana ada pokok buah untuk dipanjat? Kalau ada pun pokok 'hiasan' tu...nak buat apa dipanjat kan...

Klinik Pergigian Zalinda

*Salam Sejahtera*

Sebelum ini saya ada menulis tentang klinik Pergigian di Taman Permata Ulu Kelang. Ada 3 buah yang saya pernah kunjungi di sana. Berikut ialah:

Klinik Pergigian Nooriah
Klinik Pergigian Zalinda
Klinik Pergigian Hazwan & Alia

Baru-baru ni berkunjung lagi ke klinik gigi. Mula-mula ke klinik Nooriah tetapi terlalu ramai orang menunggu. Tak mahu menunggu lama akhirnya kami ke klinik Zalinda di tinggat atas selang beberapa tangga dari klinik Nooriah.

Kali ini saya kongsikan gambaran klinik yang menjadi kesukaan anak-anak saya. Mana taknya, lihat sahajalah yer...

Nak sampai ke sini, sila mendaki beberapa anak tangga yer:)

Dah grad dah....

*Salam sejahtera*

Semalam bertempat di Dewan Serbaguna AU2 berlangsung konvo tadika Almustofa. Alhamdulillah selamat dah pengajian tadikanya selama 2 tahun. Tahun depan masuk darjah 1 pulak ye anak. Jadi, wajib tingkatkan usaha untuk bersaing di kelompok yang lebih besar. Khabarnya SKS, tahun 1 aje akan ada 12 kelas. Wow.....patutlah sekolah KL ni semua 2 sesi. Kalau tak, mana  muat nak menampung kebanjiran anak-anak yang hendak bersekolah.

Jom layan gambar sekitar majlis. 


 


 











Apapun, terima kasih yang tidak terhingga buat semua kakitangan tadika yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tahun ini. Terutama para guru yang mendidik Almustofa sampai pandai membaca, menghafal, mengaji, menulis dan mengira. Terdahulu, Luqman juga bersekolah di sini. Insha Allah Salahuddin juga akan dimasukkan di tadika ini tahun depan. Kalau ada rezeki Alfatih  pulak lagi 3 tahun saya pun nak masukkan dia ke tadika ini...hehe bagus tak bagusnya tadika ni.

Nak tahu kenapa saya puas hati?

Good job!

*Salam Sejahtera*

Apa khabar semua? harap korang sehat dan bergembira....

Semenjak dua tiga menjak ni susah sikit nak meluangkan masa dan mendapat masa blogging macam awal tahun dahulu...keadaan sekarang seolah-olah kembali seperti setahun sebelumnya. Semua lembab. Haih, ditambah dengan musim tengkujuh  yang dah pun datang. Tempias sampai sini kot? hehe...anggap jelah begitu.

Apa-apa pun, terkini, tahniah buat pasukan Harimau Muda kita yang berjaya mara ke separuh akhir bola sepak sukan SEA-26. Pemburuan pingat emas bola sepak yang dianggap sebagai 'ibu' bagi segala pingat emas di temasya sukan kali ini meletakkan harapan seluruh rakyat Malaysia dikepala semua pemain dan bahu jurulatih serta semua yang terlibat di padang. Berpeluh juga lah bersorak dan menyokong mereka malam tadi. Alhamdulillah, tak sia-sia menyumbang suara  nan merdu ini...hihi
Terdahulu, berita 'kemenangan' anak saudara mendapat 5A di dalam UPSR menceriakan hati kami seluruh keluarga terutama mak dan bah (mertuaku).  Mana taknya, cucu itu dibela sejak usia 2 tahun, yakni semenjak arwah ibunya, Kak Sam meninggal dunia. Tahniah, Muhammad Ikram! Hari ini aki dan nenek mengalirkan airmata kegembiraan. Nanti cuti datang KL ok. Ayteh dan mak teh belanja makan. Makan apa sahaja kecuali KFC hehe ..Insha Allah.

11.1.11

*Salam Sejahtera*

Alhamdulillah istimewanya tarikh hari ini. Jatuh pula dihari Jumaat yang mulia. Suasana pun ceria juga. Ditambah dengan cuaca yang cerah dan angin sepoi bahasa yang beralun di jendela rumah saya di tingkat 10....melewati pandangan di jalan raya, seakan segalanya mengiyakan kata hati ini.  Trafik yang lancar, senyuman mak cik penjual nasi lemak dan lambaian anak untuk ke sekolah. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Allah kerana masih bernafas di muka bumi-Mu ini...


Google Image....

Penerang Hati

Penerang Hati - 6ixth Sense ft Saujana 


Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu


Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Memuja-Mu by ST12

bila ku lihat bintang
semua begitu indah
terbentang di langit

*courte

jika ku lihat bulan
sungguh begitu indah
membentang di langit

semua apa yang ku lihat
hanya Tuhan yang bisa 
menciptakan semua

* Tuhan memberi keindahan
yang terindah
seisi langit dan bumi ciptaanMu Tuhan

biarkan aku berada di sini
biar ku tahan laju angin
ajarkan aku bersujud padaMu
ajarkan aku untuk hiduo

tiada tuhan selain Allah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
ijinkan aku bersujud padaMu
ku agungkan kebesaranMu


Spongebob The Pirate shopping at Aeon AU2

Kenapa hari Rabu?

*Salam sejahtera*

Hari ini hari Rabu, yakni hari wordless sedunia..tapi saya nak mulakan dengan berkata-kata terlebih dahulu.. 

Tiada kata seindah bahasa. Bahasa yang indah tidak perlu kita berlagak bagaikan sasterawan atau pujangga. Bibirnya yang sentiasa basah dengan puisi dan madah pujangga mengasyikkan telinga. Bahasa yang merdu tidak perlu dialun  bersama irama untuk menarik mata memandang. Bahasa yang cantik juga tidak memerlukan wajah yang cantik sahaja menuturkannnya. Bahasa jiwa bangsa. Selagi kita berkata untuk kebaikan, berpesan demi kebaikan, bercakap dengan niat baik dan  ikhlas, selagi itulah kita akan dipandang elok, dihormati dan disukai orang. 

Pendiam tidak semestinya pula dibenci. Diam itu lebih baik berbanding berkata yang menyakitkan hati. Diam itu lebih baik dari bercakap perkara melalaikan. Diam itu lebih baik jika kata-kata yang akan terpacul hanya menambah dosa dan fitnah berleluasa. Diam bukan sekadar diam. Diamlah dan berikan senyuman, tak perlu kata apa-apa. Ini, cukup mengambarkan perasaan tulus seseorang dan menjangkitkan suasana ceria dalam persekitaran.

Hari ini hari Rabu. Okehlah nak buat Wordless Wednesday punya entri. Tapi, kenapa hanya hari Rabu aja ye?

Orang sebelah

   Suasana malam sunyi sepi. Bunyi cengkerik bercengkarama dan berdrama sesama mereka memecah sunyi....sesekali kedengaran bunyi suara orang bergelak ketawa. Entah dari bilik sebelah, bilik tv, bilik study ataupun dari blok asrama sebelah. Dari arah mana jua, segalanya mungkin. Lisa melihat jam di tangan. Sudah 12.30 tengah malam. Dia keseorangan di bilik, dan masih meneliti baki nota ekonomi di meja studynya. Peperiksaan jam 2 petang esok. Dia mesti lulus cemerlang. Ini adalah semester dan tahun akhir untuknya di universiti.

   Tiba-tiba telefon bimbitnya di atas meja berdering. Lisa terkejut besar. Vibrate telefon itu aja hampir menyebabkan nota-nota ekonomi ditangannya bertaburan di lantai. Missed call. Lisa melihat nama pemanggil. Khairul. Teman baiknya yang belajar di sebuah universiti di pantai timur.  Lisa senyum. Khairul memang suka meninggalkan panggilan tidak berjawab. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Alasannya, bergurau dan supaya Lisa ingat padanya sebelum tidur. 

   Kekadang sikap Khairul itu membuat Lisa terfikir mungkinkah teman baiknya yang juga teman sekampung dan sesekolah itu ada menaruh hati terhadap dirinya? Namun mereka jarang berbual lama di telefon. Juga jarang mengirim sms. Mereka bukanlah pasangan kekasih untuk bercerita panjang kisah seharian. Mereka sekadar berkawan. Bak kata orang masakini, teman tapi mesra...
   

Can You Handle It?

*Salam Sejahtera*



Wah wah...lagi mau tanya kan. Can you handle it? of course YES!!!

Yummy... yummy... yummy...!


Nampak sangat mengiurkan kan???  so can you handle it?
lawat PizzaHut.Com.My untuk keterangan lanjut..

Pesanan penaja

*Salam Sejahtera*

Beberapa iklan lama untuk pesanan khidmat masyarakat....



Wordless Wednesday: Kelapa muda untuk chicken pox

Wordless Wednesday: Oooooo kat situ kau menyorok yerrrrrr

'Rezeki' jangan ditolak


Ibu Bapa Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Bantuan RM100
GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas. [baca selanjutnya di sini...]



Situasi 1:


Perbualan Ani dan Kiah pegawai kerajaan gaji atas RM 3000.


"kau nak ambil ke tak?" tanya Ani kepada Kiah.


"kenapa pulak tak nak ambil?" Kiah tanya Ani pulak.


"yelah kita kan bukannya tak mampu" cewah mentang-mentang gaji tinggi!


"haih...orang dah bagi takkan kita tak nak ambil kan.." jawab Kiah.


"emm yelah kan, rezeki jangan ditolak!" kata Ani.


Keputusan: Gaji tinggi tetap nak ambil sebab dah rezeki...

Tulang belakang Animonsta

*Salam sejahtera*


TUNJANG belakang Animonsta Studios (dari kiri) Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd. Nizam, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Kee Yong Pin.


Sebelum ini mereka bersama Les Copaque. Kini mereka membina empayar sendiri, Animonsta Studios yang membangunkan animasi BoboiBoy. Walaupun bukan niatnya untuk menyaingi Upin dan Ipin, tetapi umum sentiasa membandingkan 2 animasi tersebut yang  sangat berjaya menambat hati anak-anak kecil mahupun golongan yang dewasa. 

Nizam dan Anas telah memenangi skrip animasi terbaik bagi animasi BoboiBoy di dalam Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011. Nizam selain bertindak sebagai  pengarah, beliau turut menyumbangkan suaranya untuk watak Papazola. Sempena Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia 2011, Nizam telah dianugerahkan sebagai salah seorang Tokoh Negara. Tahniah...

Bagi saya, BoboiBoy vs Upin dan Ipin berbeza plot dan jalan ceritanya. Walaupun ada BoboiBoy, kita tidak akan  melupakan Upin dan Ipin. Walaupun BoboiBoy masih baru, animasi tersebut telah berjaya mencuit hati peminat kartun seluruh Malaysia. Syabas Animonsta!