Pemindahan rahim: Harapan baru untuk wanita mengandung

Salam sejahtera
 
Dilahirkan tanpa rahim membuatkan seorang wanita berasa tidak sempurna. Kerana, tanpa rahim dia tidak boleh mengandung. Juga amat menyedihkan, jika seorang yang mempunyai rahim tetapi terpaksa dibuang akibat penyakit dsb.
 
Suatu keajaiban dan bukti kekusaan Allah jika manusia mampu memindahkan rahim dari seorang manusia kepada manusia lain. Umpama pemindahan organ lain juga. Alhamdulillah! Dahulu tidak pernah menyangka bahawa pemindahan seumpama ini boleh dilakukan.
 

Kandungan ibu tanpa rahim




PASUKAN pakar perubatan yang terlibat dalam pemindahan rahim di Sweden minggu lalu. Dari kiri, Andreas G. Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler, Mats Brannstrom, Michael Olausson dan Liza Johannesson.



HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu.
Lebih menarik, mereka menerima rahim tersebut daripada ibu kandung masing-masing sekali gus mencipta sejarah sebagai pemindahan rahim daripada ibu kepada anak yang pertama di dunia.
Menurut ketua pasukan bedah berkenaan, Prof. Dr. Mats Brannstorm, lebih 10 orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar tersebut.
Menurutnya yang juga Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg, rahim wanita pertama telah dibuang beberapa tahun lalu akibat kanser pangkal rahim manakala wanita kedua dilahirkan tanpa rahim.
“Keadaan dua-dua pesakit yang enggan identiti sebenar mereka didedahkan ini berada dalam keadaan baik walaupun sedikit penat selepas menjalani pembedahan.
“Sementara itu, kedua-dua ibu mereka sudah boleh berjalan dan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari lagi,” ujar Bransstorm.