*Salam sejahtera*
Petikan berita:
PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.
Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.
“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar. [sambung baca...]
Lagi..Suhaila VS Jimmy Shanley
PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
Jimmy kata..
Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang. [sambung baca...]
Lagi.....
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Rabu menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.
"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.
"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini Rabu.
Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, disini. [sambung baca..]
Ada macam-macam lagi laporan di luar sana. Sama ada hiburan, sukan, politik, jenayah dll adalah penting media melaporkan berita yang tidak berat sebelah. Kecuali ada bukti sahih janganlah menghukum dan meletakkan kesalahan di bahu satu pihak sahaja. Memberi peluang semua pihak terlibat bersuara dan memberikan pendapat adalah salah satu cara menyebarkan kebenaran.
Emosi kekadang susah dikawal lantaran fanatik dan obses dengan 1 pihak tersebut. Terutama bidang politik, terlalu jelas sehingga lahir media yang disebut pro kerajaan dan pro pembangkang.
Saya suka melihat di sudut sukan bola sepak. Dalam perlawanan negeri, setiap penyokong sangat fanatik dengan negeri masing-masing. Siap nak bakar-bakar bendera lagi.Pehal??? Apabila masuk ke peringkat negara/antarabangsa, semua penyokong negeri bergabung memberikan sokongan padu kepada pasukan negara dengan semangat patriotik. Boleh ajekan kalau mahu bersatu di bawah satu bumbung walaupun berlainan fahaman. Cuma bila ego dan sombong merajai hati semua tu akan merugikan sesama sendiri..
Selamat bertarung Harimau dan Singa. Berusahalah sampai ke wisel penamat ditiupkan. Buat penyokong, hindari provokasi dan jagalah kelakuan di bumi sendiri.
2 comments:
moga malaysia menang besar malam nih
tulah pasal.Hopefully, sama2 kita doakan..
Post a Comment