Cicak tokek HARAM

*Salam Sejahtera*

Lagi lagi pasal cicak. Kepada penggemar cicak tokek, sila ambil perhatian.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun. 
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. 
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu. 
Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual. 
Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya. 
“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam. 
“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya. [Baca selanjutnya...]

Kesimpulannya, HARAM dimaksudkan hanya di dalam aspek pemakanan dan perubatan. Kalau sesiapa nak bela cicak tokek memang boleh. Memelihara tidak diharamkan. Ramai peminat haiwan eksotik ini di luar sana. Jika terbukti kelak keberkesanannya dalam perubatan, maka hukum haram barulah boleh jadi HARUS.

Google Image...Betul ke regenya ribu riban RM???

0 comments: