Dari mana datangnya jerebu

*Salam sejahtera*

Keadaan berjerebu disebabkan kebakaran di Sumatera dan Borneo menyebabkan jaarak penglihatan merosot.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 5 petang Isnin, 83 peratus atau 43 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana manakala sembilan kawasan lagi mencatat indeks udara baik.
Imej satelit menunjukkan 217 titik panas di Sumatera dan lebih 300 titik panas di Borneo sementara di Semenanjung ialah 13 sehingga pukul 6 pagi Isnin. [sumber]
Di atas ialah keratan berita dari MStar Online. Lagi-lagi penyebabnya ialah kebakaran. Pembakaran terbuka, tak sangaja terbakar atau terbakar sendiri, isu ini sudah kita alami saban tahun. Berkali-kali dalam setahun sejak bertahun-tahun. Tiada jalan penyelesaian ke?

Menurut kamus wiki, jerebu membawa maksud:
fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarahpencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:


Nilai IPUKualiti udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak sihat
201 - 300Sangat tidak sihat
301 - 400Berbahaya
401 - 500Sangat berbahaya
Lebih 501Darurat
[sumber]

Menurut lama web JAS, IPU yang dicatatkan pada pukul 7.am hari ini di kawasan sekitar KL masih ditahap sederhana iaitu dalam lingkungan 51-100.






























[sumber]


0 comments: