Peace no war

 *Salam sejahtera*

Selamat pagi....morning....sobahal khair.. :)

Syukur kerana celik mata pagi ini masih dapat menikmati kedamaian dan keamanan di negara tercinta. Tiada bunyi bom, tiada bunyi minta tolong, tiada tangisan minta sesuap nasi, tiada bunyi bedilan berbalas serangan.....dll. Syukur padaNYA atas nikmat ini...

Dari jendela rumah keadaan Highway DUKE ke MRR2 dan laluan MRR2 Ampang-Ulu Kelang sangat lancar tanpa sebarang kesesakan trafik pada pagi ini. Semoga pagi-pagi ini semua orang dah gosok gigi, mandi, makan pagi dan ceria untuk tampil bersih luar dan bersih di dalam hati untuk memulakan perjalanan hari ini..

Eh ada burung bertenggek di jendela rumah. 1, 2, 3....mereka menyanyi...Lagu kedamaian kot :) *macam burung kat header blog ni..nyanyi senang hati

Sekatan Sepenuhnya Dikuatkuasakan Di Kuala Lumpur
BERIKUT merupakan laporan terkini di Kuala Lumpur:

BERIKUT merupakan laporan terkini di Kuala Lumpur:
10.00 pagi: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media. 
9.50 pagi: Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni. Mereka berkata, ia akan dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi tetapi mereka akan mengawalnya. Polis meronda di sekitar Pasar Seni sebelum ia dibuka.
9.45 pagi: Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis. 
9.28 pagi: 12 peguam berjaket dan bertali leher berada di luar stesen LRT Masjid Jamek. Kehadiran ramai anggota polis. Aktiviti normal. Stesen masih dibuka. 
9.15 pagi: Satu kumpulan dengan lebih 100 orang berada di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara. Polis sedang memantau mereka. 
9.10 pagi: Polis menahan satu kumpulan yang berkumpul berdekatan masjid Kampung Baru. 
9.07 pagi: Sekatan jalan raya di lebuh-lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan trafik bergerak perlahan. Satu sekatan berdekatan Batu Tiga menyebabkan kesesakan teruk. Pemandu terpaksa menggunakan lebih sejam untuk bergerak dari Shah Alam ke plaza tol menghala ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, trafik berjalan lancar selepas plaza tol itu. 
9.05 pagi: Tiga peguam, berjaket hitam dan bertali leher, berjalan di Jalan TAR. Mereka memberitahu wartawan bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk memberikan bantuan guaman. 
8.50 pagi: Kira-kira 15 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di luar Istana Negara. Sekatan jalan dibuat 500 meter dari pinta utama ke istana. 
8.45 pagi: Enam ambulans memasuki Jalan TAR dipercayai bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. 
8.40 pagi: 12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR. 
8.15 pagi: Polis menutup laluan ke Jalan Stadium dengan dawai berduri. 20 Black Maria diletakkan di depan tempat letak kereta. 
8.10 pagi: Kehadiran ramai anggota polis, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak kelihatan kumpulan besar di kawasan sekitar Chow Kit dan Kampung Baru. 
8.05 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup dengan kehadiran ramai anggota polis di luar Sogo. 
8.00 pagi: Kuala Lumpur hampir lengang. Di Jalan Raja Laut, hanya kelihatan anggota polis bertugas. Di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kira-kira 200 anggota polis kelihatan bersarapan pagi. Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara. 
7.55 pagi: Lebih ramai anggota tiba dengan menggunakan monorel dan mereka turun di stesen Maharajalela bertentangan dengan Stadium Merdeka. 
7.30 pagi: Sejumlah besar trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk yang dilengkapi dengan meriam air, melalui Jalan Maharajalela dan menghala ke Masjid Negara serta Masjid Jamek.
[SUMBER] - Berita terkini sepanjang masa dan bergambar di Mstar online.Klik jangan tak klik

0 comments: