Murid tadika dijadikan tebusan di Muar

 
Pic MStar & The Star Online [klik untuk lebih gambar]


Final Update

Tebusan tadika: Tembakan dilepaskan, suspek cedera parah
07/07/2011 4:19pm
MUAR 7 Julai - Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.
Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.
Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.
Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. - Utusan


Alhamdulillah....Akhirnya 'drama' ni berakhir juga. 


Dibawah ialah berita sebelum ini....


Update Utusan Online.
Ahli keluarga pujuk suspek supaya bebas tebusan
07/07/2011 3:36pm
MUAR 7 Julai - Selepas polis memujuk lelaki yang menjadi kanak-kanak taska di sini sebagai tebusan, ahli keluarga suspek pula tampil petang ini merayu suspek yang bersenjatakan parang itu.
Ahli keluarga suspek berada di Taska Serikids pada pukul 3 petang ini memujuk suspek melepaskan tebusan namun usaha masih gagal.
Pihak polis telah menempatkan anggota Unit Tindakan Khas bagi mengepung premis berkenaan sejak pukul 1.18 petang.
Dipercayai juga lelaki berusia 30-an itu antara lain menuntut supaya diberikan sepucuk pistol automatik. - Utusan
Sukar untuk menyelami hati orang yang bertindak menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa tebusan. Mungkin kurang waras orang itu, kerana tak mungkin orang normal nak bertindak sedemikian. Tugas 'negotiator' sangat mencabar dalam kes-kes macam ni kan. Teringat filem The Negotiator. 


Maaflah atas entri kopi pes macam ni. Bukanlah akak berlagak nak menjadi wartawan ke pemberita ke melainkan ia seo semata. Huhu tu ayat berterus terang kan? Apa pun teruskan berdoa untuk mereka...Please....

UTK kepung taska kanak-kanak dijadikan tebusan
07/07/2011 3:23pm

MUAR 7 Julai — Seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan tukul dan parang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan dalam kejadian yang bermula pukul 9.30 pagi tadi.
Bernama difahamkan sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedang mengepung pusat asuhan kanak-kanak Serikids, di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh itu.
Seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee difahamkan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut kelihatan di perkarangan pusat asuhan tersebut. - Bernama
Lelaki masih belum bebaskan 30 kanak-kanak tadika
07/07/2011 3:47pm
MUAR 7 Julai - Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman masih berunding untuk membebaskan empat orang guru dan kira-kira 30 kanak-kanak yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, di sini hari ini.
Sehingga pukul 3 petang, suspek masih berdegil dan enggan melepaskan tebusan. - Utusan

update 3.20pm
Lelaki Bertukul Besi Jadikan 30 Kanak-Kanak Tadika Tebusan
MUAR: Seorang lelaki bersenjatakan tukul besi menahan 30 kanak-kanak tadika sebagai tebusan di Sungai Abong di sini.
Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh.
Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspel dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.
“Dia sekarang lapar dan mahukan makanan," katanya pada Khamis sambil menambah bahawa mereka berada di aras atas banglo berkenaan.
Semasa makanan diambil, dua trak Unit Tindakan Khas (UTK) memasuki kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad memberitahu kaum keluarga dan media supaya menunggu di luar kawasan banglo.
Katanya, suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan. [sumber]
* Buat masa sekarang mungkin ada perbezaan info antara media-media yang melaporkan. Di harapkan semua akan segera berakhir dan selepas itu masalah sebenar dapat dihuraikan. 

@1pm...
Muar 7 Julai - Seorang lelaki bersenjatakan parang menjadikan kira-kira 30 orang kanak-kanak dan tiga guru sebagai tebusan dalam kejadian di pusat penjagaan kanak-kanak Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan sakeh di sini hari ini. 
Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan. 
Buat ketika ini, pihak polis telah mengepung premis berkenaan dan rundingan sedang dilakukan untuk tebusan dibebaskan. - Utusan
Tadi dengar dalam berita ada seorang murid cedera. Lelaki berkenaan ugut nak cederakan yang lain juga. Ya Allah selamatkan semua anak-anak kecil itu dengan guru-guru mereka. Amin.

Mari kita sama-sama mendoakan mereka. Untuk ibubapa kepada anak-anak yang terlibat sabar ye...