Ramadhan: Pelik tapi benar

*Salam Sejahtera*

5 Perkara pelik tapi benar bila tiba Ramadhan:

1 - Orang yang TIDAK BERSOLAT mampu berPUASA penuh 30 hari.

Solat itu hanya 5-10 minit dan 5 kali sehari. 

Puasa pula dari imsak - masuk waktu Maghrib. Lama tu...Tapi camner yang lama boleh dilaksanakan tapi yang sekejap payah dilakukan? Memang pelik...

2 - Ibu bapa sibuk ajar anak puasa. Itu bagus, tapi umur baru 4/5 tahun dah disuruh puasa. Siap reward sehari dapat singgit/2 hinggit atau lebih (ikut kemampuanlah). Di suruh atau diajar, lain maknanya tu...

Puasa didahulukan, solat dikemudiankan....betul kita disuruh ajar anak bersolat , pada umurnya 7 tahun tapi soal penekanan tu....First come, fist served.

3 - Masa untuk bersedekah kepada anak-anak yatim/fakir miskin. 

Umpama 'durian runtuh', mereka diajak bersama berbuka puasa bersama-sama. Dermawan juga memberikan sponsor berbuka puasa untuk orang-orang tertentu di hotel-hotel dll. Alhamdulillah....pelik jugak ke? Apa salahnya kan.


Betul, bersedekah pada bulan Ramadhan pahalanya berganda-ganda! Ya, memang tak salah, asalkan bulan-bulan lain tu janganlah 'kemut' pulak yer....Beramal sepanjang tahun kan lebih baik...

4 - Dapat kurma free, kuih raya free, makan free....yelah dah rezeki. Bulan lain tak boleh dapat free jugak ke??? Heeee (dah diberi betis nak peha pulak)

ok ok kene bersyukur banyak banyak banyak kan...Jangan banyak merungut bila orang dah memberi. Yang penting yang memberi tu bukan kerana nama...yang menerima pulak menghargai dan bersyukur atas rezeki.

5 - Nafsu makan terlebih...dari nak kurangan berat badan, terus jadi menternak lemak pulak. Masuk pula Syawal terus badan dabel triple tembam. Hehe...pelik tak?

Oklah ini hanya akak yang kepelikan. Etceli tak pelik sebab sebagai manusia kita ada banyak nafsu dan banyak kelemahan. Yang penting masanya sudah tiba untuk menambah amal dan membaiki kelemahan sementera masih diberikan Ramadhan. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir?

Selamat menyambut Ramadhan buat semua....Bersama kita menambah amal dan mengejar malam Lailatul Qadr. Insha Allah.

4 comments:

ZIPPO MILLER said...

ha ah...ramai yang tak perasaan Hal ni kak, Suruh anak Puasa tapi tak ajar samyang..Zippo pun terpikir gak..

Tq Info uhuhu

Aina said...

bukan nak kata org lain, akak ckp based on experience sendiri tp bila suami akak tegur, baru akak tersedar silap akak.etceli ramai yg mcm tu....

Blogger said...

Benar tu.

Aina said...

Benrauf,

Alhamdulillah kalau awak pun nampak kebenarannya:)