1. Duit/harta
Rezeki Allah beri kepada setiap orang tidak sama. Apa yang penting ialah bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup. Namun ada yang menyalahkan takdir dan Tuhan mereka bahawa tidak adil dalam pemberian rezeki dan taraf hidup.
Bila lihat orang berharta, kita kata
"pergh harta banyak tapi hidup tak bahagia buat apa"
"Huh orang kaya tu berlagak nak mampos!!" - kes tak senyum
"Huh orang kaya tu berlagak nak mampos!!" - kes tak senyum
- bagaimana kita tahu dia tak bahagia. Kalau dia tak bahagia sekalipun adakah dia mengacau hidup kita? Kalau dia menganggu sekalipun tak bolehkah kita bimbing dan nasihat elok-elok.
- bukan salah dan berdosa jika lahirnya berduit banyak dan berharta. Tak perlulah kita dengki sampai nak jatuhkan dan buruk-burukkan member hanya kerana ada orang kaya yang suka berpoya-poya dan kerek untuk bercampur gaul dengan orang tak kaya.
"huh nak kawan dengan aku sebab nak pau aku ler tu"
- Napa judge orang dengan duit dan jumlah harta dimilikinya? Kalau yepun seseorang tu ada niat mengikis harta kekayaan kau miliki just berhati-hati jelah. Berkawan biar beribu, musuh jangan dicari!
Selain tu kita juga selalu mengata orang kaya menderma semata untuk mendapat nama dan menunjuk-nunjuk. Orang miskin yang mengemis pula pemalas berusaha dan bla bla bla....Kita judge macam mereka dah buat dosa besar terhadap kita. Pada hal, ia terpulang kepada individu sama ada nak menerima atau memberi. Tak perlu susah-susah buang air liur berhujan benda yang belum tentu sahih tekaannnya.
Ada duit pun susah, tak berduit lagi susah...Walaupun ada yang miskin hidup sampai tinggal dalam rumah usang tapi ce lihat betapa ramai juga keluarga yang tak kaya tapi beranak sampai 16 orang dapat hidup bahagia, cukup makan, selesa tempat tinggal dan tak menyusahkan orang.Anak-anak tu pula membesar sehat bagai johan. Hehe maksudnya berjaya dalam hidup masing-masing.
Tepuk dada tanya iman, di mana salah dan dosanya kita sebagai orang kaya dan sebagai orang miskin.
2. Kahwin
Kahwin salah tak kahwin pun salah.
Dia belum berkahwin.
"Eh ko bila nak kahwin?"
"Oooo duit tak cukup lagi ye....tulah ko malas nak kumpul duit dari muda kan sekarang dah terlajak!"
"Ni mesti tadek orang nak kat ko kan, tu pasal sampai sekarang tak kawin-kawin. Kesian ko kan"
Hehe tu contoh mulut laser. Oklah kita tak cakap macam tu pun kan. Kita cuma tanya kenapa tak kahwin lagi? Yelah kita tak sedar kekadang bab kahwin ni juga satu isu sensitif bagi sesetengah orang. Mereka ada 1001 alasan tersendiri dan bukan sebab tak nak kahwin. Diorang pun tahu kalau tak nak kahwin tu nanti Nabi tak nak mengaku ummat.
Tapi kalau tak tanya mana nak tahu kan. Kekadang niat baik tu disalah ertikan.
"Aku tak kacau hidup oranglah walaupun aku tak kahwin"
"Ada aku mengacau laki ko ke yang ko sibuk nak tahu bila aku nak kawin"
"Errr tanya ni sebab nak sponsor majlis kahwin aku ker?"
dan ada 1001 macam lagi soklan dan jawapan haru biru hati dibuatnya....Tanya salah, tak tanya pun salah. Akhirnya situasi menjadi macam dosa besar pula dengan bila bertanya bab kahwin.
Dia dah berkahwin.
"Bila nak dapat anak?"
"Dah berisi ke belum?"
"Ni mesti xx/xy tu mandul!"
dan macam-macam juga si laser berkata-kata........Dah kahwin pun salah jugak rupanya. Baru nak hidup dalam bulan madu orang dah sibuk tanya macam-macam. Alasannya nak tumpang gembira.
Selepas 10 tahun, keadaan pun masih sama juga. Masih berdua. Tapi salah pasangan tu jugak ke bila Tuhan belum kurniakan mereka anak? Mungkin ada salah di mana-mana tapi berdosa besarkah kalau tak beranak?
Hati menangis siapa yang tahu. Agak-agaklah bila nak bertanya...
"Laki ko kawin 2 mesti ko tak pandai jaga laki ko"
"Sanggup ye kau jadi isteri nombor 2. Ko ni betul-betul perampas suami orang!"
Berdosakah jadi isteri ke 2, 3 atau ke4 kepada seseorang? Islam menghalalkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Walaupun manusia tu ada berbuat kesilapan dalam mendirikan masjid mereka tanpa kelulusan CF contohnya, tapi bila perkahwinan itu SAH TARAF, mereka masih dicela macam sudah melakukan dosa besar melakukan poligami! Sedangkan mereka bukannya berzina.
3....bersambung yer
1 comments:
bak kate mathlutfi pon , we need more positive people. lau org tu +ve, dy x kan pkir macam2 kann.
p/s:tgh tggu sambungnnye :)
Post a Comment