*Salam sejahtera*
Nak jadi blogger yang baik harus ada topik yang menarik. Kalau asyik menulis benda yang sama orang akan bosan. Kalau blogger emak-emak asyik nak citer pasal anak-anak, suami dan aktiviti keluarga. Kalau anak dara citer pasal bf, make up dan rewang. Kalau anak jantan citer pasal seo..ye ke macam tu??
Jangan marah ek. Sekadar meneka.....
Jangan marah ek. Sekadar meneka.....
Google image
Saya ada baca di blog seorang blogger yang memberi tips, tak kisahlah citer benda yang sama, yang klise di kalangan blogger kelompok mereka tapi yang penting ialah persembahan. Maksud dia ialah cara penulisan dan gaya bahasa yang menarik dan tidak membosankan. Oooo patutlah walaupun cerita benda yang sama kita boleh nampak perbezaan di antara mereka. Lepas tu kena merajinkan diri ping dan pomot entri semasa blogwalking. Kalau malas blogwalking, tadek siapa nak datang blog kita nanti.
Begitulah lebih kurang tips blogger tu. Lupa pulak blog mana saya baca. Sorrylah tak dapat nak letak kredit. Tapi kalau korang rajin blogwalking, bolehlah menambah ilmu dan menambah kawan dan follower. Dok begitu?
Sebenarnya saya tak de idea nak menulis ni. Idea 0....Oklah nak keluar ke pasar malam sekejap. Hujan pun baru je berhenti. Harap selepas ni ada something yang menarik untuk dijadikan bahan cerita dan menarik untuk dikongsikan. Hehe...
So, korang kalau blur buat apa ye? Biarkan blog tanpa updet atau join segmen? Ya, entri segmen ok kan daripada tiada 1 benda pun ditulis. Sehari tak updet menjunam teruk ranking tu...Huhu...susahnya nak kejar balik. Sedangkan dalam sehari je ramai blogger baru muncul.
Korang buat apa ye petang Sabtu ni? Selamat bergumbira dan berjimba di hujung minggu. Ceria selalu ok.
0 comments:
Post a Comment