Meninggal dunia 2 hari sebelum Ramadhan

*Salam Sejahtera*


Begitulah kehendak dan takdir Ilahi. Tiada siapa dapat menghalang dan menyekat kemaraan Izrail apabila sudah tiba tugasnya mencabut nyawa hamba Allah dimuka bumi. 


Izrail, makhluk yang sangat patuh kepada penciptanya tidak sesaat pun ia lewat dari melaksanakan perintah Yang Maha Esa...


Tinggallah dunia,
Tinggallah bonda ayahanda
Tinggallah saudara
Tinggallah sahabat dan musuh yang ada
Selamat tinggal semua
Doakan pemergian
Seorang anak adam yang telah pergi
Sebagaimana yang dijanjikan
Sama-samalah  kita memanjatkan doa dan menyedekahkan Alfatihah buat saudara kita  Mohd. Ashraf Hafiz Bin Abdul Aziz yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5 pagi tadi.....


Tutuplah
Tutuplah aib saudaramu yang telah pergi itu
Maafkan segala salah silapnya pada kamu
Dan jangan diungkit tiap dosa dan pahala tika hidupnya
Kita bukan Tuhan untuk menghukum
Kita tak layak menghina kerana kita juga punya dosa bertimbun
Tutuplah
Tutuplah kisah duka 
Moga Ramadhan ni memberikan sinar hidayah 
Buat kita yang masih bernyawa
Moga Allah kurnia limpah rahmat
Buat yang menyayangi dirinya
Amin
Petikan berita di Mstar Online:
Lelaki Tukar Jantina Meninggal
KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi Sabtu. 
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. 
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. 
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. 
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. BERNAMA

3 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Semoga semua ini menjadi iktibar bagi kita yang masih hidup....

ZIPPO MILLER said...

Segala yang berlalu harus di ambil sebagai pengajaran dan kita sedekahkan Al-fatihah kepada Beliau yang telah pergi meninggalkan kite

Unknown said...

wahh..menyentuhla k.ainaa (-_-,)