Beautiful blogger award


Terima kasih banyak banyak buat Dr. Nonie di atas award ni. Dengan malu-malu ni akak terima tau dan tepek kat blog yang tak cantik ni. 

Tak tau la siapa beginner dan pengasas award ni....bila dijejak ianya berangkai-rangkai yakni pass dari sorang blogger ke blogger lain. 

Apapun selepas menerima award ni, blogger tersebut kena senaraikan 7 perkara tentang dirinya yang orang tak tahu sebelum ini...Wow, payah gak ni.....hehe nak mengelat bolih tak?

Oklah sebab Nonie punya pasal ni dia 10 things I hate about you...Opp jangan marah, hehe ok ok 7 things about Kak Aina yer..
  1.  Akak seorang suri rumah sepenuh masa. kerja 7 hari seminggu pagi (celik mata) - malam (tidur)...ok ok ni semua orang dah tau. Tapi sebelum jadi housewife akak penah kerja dalam  bidang IT dan kemudian jadi cikgu sekolah (GSTT)
  2. Soalan yang sering ditanya orang...."tak rasa rugi ke belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja?". Malas nak jawab soalan ni. Tapi kena hormat juga orang yang bertanya kan...akak senyum jer. Bagi jawapan ala kadar tapi jawapan sebenar ada dalam hati. Ahaks....(cgpa rendah ler)
  3. Akak berasal dari Raub Pahang. Ya, akak pernah mention dalam entri sebelum ni. Tapi nama kampung akak ialah DONG. Bila sebut Dong semua orang mesti akan kaitkan dengan tempat berlakunya kejadian bunuh oleh Mona Fendy. Ya, ia berlaku tidak jauh dari kampung akak...agak-agak 40 minit perjalanan. Sebab ia kat Ulu Dong. Jemputlah datang sana sebab situ ada air terjun yang cantik namanya Lata Jarum.
  4. Dah berkahwin selama hampir 9 tahun dan dikurniakan 4 orang anak jantan. Hehe tu pun semua orang tahu. Yang orang tak tahu ialah perkahwinan akak adalah family arrangement. Alhamdulillah selepas berkawan hampir setahun baru kami decide untuk bertunang. Hope we will live happily ever after. Insha Allah. Amin.
  5. Akak tak pandai memandu. Pernah ada lesen L tapi dah expired. Belajar sekerat jalan dan stop masa nak beranakkan Almustofa. Bayangkan dia pun dah berumur 6 tahun. Now, rasanya tak mau dah pegang stereng kereta coz since my hubby eccident last year, akak trauma dengan jalanraya lebih lebih lagi! Haritu mengada-ngada masuk blog 'kari' tapi tapi sampai page 2 jer...
  6. Akak menyewa di sebuah apartment yang mengadap Highway DUKE dan MRR2 Ampang-Ulu Klang. View di tingkat 10 sangat cantik. Kekadang ada kemalangan berlaku pun boleh nampak jelas. Hari-hari juga mengadap jem. Bezanya akak mengadap jem dari jendela rumah jerrrr:D
  7. Minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Sebab itu jadi blogger. Ada someone asked me to write a story book for kids. Kelakar....dan sampai sekarang akak masih berangan tentang hal tersebut. Blog pun ada 2-3 orang yang baca dan tulisan pun tak bagus caner nak jadi writer kan? Hanya mampu berangan dan berangan terussssss....ZZzzzzzzZzz
Oklah kena pass pada orang lain pulak. Akak senaraikan 5 blogger cantik dan cute miut (not mute tau). Blogger handsome don't be upset okey..:P. They are..



Eny 

3 comments:

chuy4 said...

aiyooo haha tetiba dapat award ni..
heheh thanx kak aina.. :-*

anumuchan said...

baru perasan ni..huhu..aaa tenkiu2 k.aina..aa dari list yg akak tulis ni.makin nyk dapat tau pasal akak :)

Aina said...

Chuya, Anum

Same-same...nak tahu pasal u olls jugak:)