Nak potong rambut !!!!!

Arghhh selesa nye.....cool :)
  

Tak keruan rasanya, bila hajat nak potong rambut dari minggu lepas belum tercapai.....Kali terakhir potong rambut selepas habis pantang Alfatih. 
Sekarang sudah banyak kedai untuk muslimah memotong rambut mereka. Kalau dulu salon kebanyakannya unisex dan yang spoilnya bila tengah potong tu ada lelaki masuk. Aduyaiii... sabar jelah. 

Nak pergi kedai mana satu yer?? kali akhir tu sangat tak berkenan dengan hasilnya. Pertama kali potong rambut di KL ni, buat kat 1 kedai ni, tapi tak ingat pula mana satu letaknya. Hasil potongan kat situ sangat memuaskan.

Menurut satu tips, kalau kita berbadan besar tak berapa sesuai berambut pendek. Sebab nanti akan terserlah debabnya...huhu. Ermm tak kisahlah sebab saya pakai tudung dan hanya nakkan keselesaan bila mencuci rambut ia cepat kering. Tambahan sekarang rambut kerap gugur dengan banyak...

Dulu saya ada seorang kawan yang berambut panjang sampai tumit. Kalau waktu malam dia berjalan mesti semua orang terkejut sebab dia suka lepas kan rambutnya...Rambut dia lurus oklah. Tapi itupun orang dah keseraman. Entah apa khabar rambut dia sekarang. Dulu dia pernah cakap nak simpan rambut tu sampai mati. Katanya boleh dibuat 'bantal' dalam liang lahad...

Bukan tak sayang rambut yang sudah panjang tapi berambut pendek pon ok jugak. Senang nak menjaganya, jimat syampu dan boleh sikat dengan jari. Hahaha... blues:P

2 comments:

Anonymous said...

pakai tudung rambut pendek senang nak urus kan ain, kalau panjang alahai nak tunggu kering lg, tapi tina pun tak potong pendek lg rambut, masih tercari salon yg sesuai hehe takboleh dah nak main redah je mcm dulu =)

Aina said...

betul tu tina. tapi boleh je kalau nak simpan rambut panjang pakai tudung tp mcm tina cakap la kena tunggu dulu...kena rajin lebih sikit.kalau nak cepat kejar ms je alamatnya jarang ler basuh rambut tu..ain bukan ape.rambut gugur teruk.kalau pendek senang nak menjaga:)