Dia dah meninggal dunia

*Salam Sejahtera*

Umum sudah tahu kejadian di Tadika Serikids hari ini. Bak aksi dalam drama dan babak di dalam filem, kejadian tersebut berakhir dengan tembakan dilepaskan terhadap suspek.  Tembakan yang dilepaskan hanya sekali itu tepat mengenai kepalanya.

Malam tadi lelaki tersebut disahkan telah meninggal dunia.
Drama Tebusan: Lelaki Amuk Meninggal Dunia
MUAR: Seorang lelaki, yang cedera ditembak polis semasa menjadikan 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan di Taman Asuhan Serikids, Taman Cemerlang Sungai Abong, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 9.15 malam ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. 
- BERNAMA 
[sumber]
Difahamkan Unit Tindakan Khas dari Bukit Aman terbabit dalam misi ini. Lelaki tersebut telah cuba ditenangkan oleh doktor dan ahli keluarganya, namun cara lembut itu menemui jalan buntu. Kanak-kanak tadika dikatakan kedengaran menyanyi dari dalam banglo 2 tingkat itu mungkin bertujuan untuk menenangkan lelaki yang menawan mereka. 

Lelaki itu dikatakan mengugut untuk membunuh. Mungkin dia nekad dan hanya itu cara terakhir yang dapat dilalukan. Apapun, tahniah kepada semua pihak yang terbabit membebaskan tebusan tanpa ada kecederaan. Walaupun sebelum ini ada laporan mengatakan berlaku kecederaan, namun sebaik 'drama' ini berkahir semuanya selamat. Alhamdulillah. 

Namun siapa tahu. Memang tiada kecederaan luaran tapi cedera di 'dalam' bagaimana pula?? Adakah mungkin dalam diri anak-anak kecil itu merasa trauma untuk ke sekolah ataupun bertemu lelaki tidak dikenali kelak?? Adakah patut jika ada mana-mana stesen tv mahu mewawancara mangsa selepas ni?? Itulah yang biasa berlaku. Alasan untuk berkongsi pengalaman. Bahkan kita juga sibuk untuk tahu....


Rentetan peristiwa 0707

Berikut video 'drama' tebusan Tadika Serikids, Muar


Video yang telah diuploadkan di youtube. Saya ambil dari dapur kak jee :D

0 comments: