Kunci tertinggal di dalam rumah, macam mana nak masuk???

google image
Alkisah kecuaian akibat terlupa tadi......

Disebabkan nak cepat, terus meluru keluar rumah untuk menjemput anak balik dari sekolah tadika. Bila nak  masuk rumah, alamak terkunci!

Memandangkan keluar rumah sehelai sepinggang, tak de duit dan phone juga tertinggal di dalam rumah, makanya kepala ligat berfikir sendiri untuk cari jalan macam mana nak masuk ke rumah tanpa guna kunci.

Oklah, ini bukan tutorial nak mengajar anda bagaimana nak pecah rumah ye...sebab kalau rumah di kampung ada macam-macam cara boleh difikirkan. Jiran sebelah pun dekat nak meminta tolong. Memandangkan rumah kami ni flat, tegak semacam je dan tiada pula pintu belakang atau tingkap kiri kanan untuk dikopakkan. Hehe...Jiran sebelah pun bekerja. Mmmm fikir..fikir..fikir.

Kad phone.


Masa zaman duduk hostel dahulu, ada seorang sahabat yang sangat pandai membuka pintu guna kad phone. Kalau ada masalah kunci tertinggal di dalam bilik, pasti akan panggil dia tolong bukakan. Zaman dulu, femeslah kad phone ni untuk bergayut di public phone. Zaman sekarang mana ada dah. Kalau ada pun kad bank dan kad member mana-mana pasar raya atau insurans.

Caranya ialah selitkan kad tersebut di celah pintu betul-betul dekat kekunci. Mmm cara ni pun kena orang yang pakar. Silap-silap, kad kemek tapi pintu tak terbuka.

So, menyambung ceritanya, sebarang kad pun takde di tangan sebab wallet pun ada di dalam rumah. Maka, fikir..fikir...fikir lagi cara lain!

Tendang

Waduhh!! Kalau sesiapa tahu kung fu dan karate memang senang lah. Sekali tendang aje pintu dah terbuka (KOT). Kalau tak pun, habis kopak pintu tu....alahai, kalau ade bajet lebih, suka hati koranglah kalau nak try. Kalau tidak, jangan buat!


Chieku oh Chieku!

Chieku, my best fren masa kat U. Ya teringat dia pernah tolong bukakan pintu guna cara lain. Bukan cara-cara yang tersebut di atas. Caranya ialah dia buka gunakan tapak kasut yang keras (dan masa tu dia gunakan kasut sukannya) dan hentakkan pada tombol pintu.

Cara menghentak memang menyebabkan kebisingan dan rosak tombol pintu. Bagaimanapun jika anda pakar, hanya sekali hentak sudah pastinya pintu akan terus terbuka. So, mulakan dengan bismillah terus cuba.

Beberapa kali jugalah menghentak tombol. Akhirnya.....Alhamdulillah terbuka!

Terima kasih Chieku, atas ilmu yang tak seberapa tu.....hhihi...

p/s

Gunakan perkongsian ilmu ini untuk kebaikan ye. Jangan gunakan untuk jalan yang sesat okeh :)

TAK SESUAI
SANGAT SESUAI...haha tapak ni komfem keras. Baling kat musang pun mampuih;D

0 comments: