Roti canai hindustan

*Salam sejahtera*

Rutin pagi mesti memasak sarapan. Adakala pecah kepala memikirkan apa lah yang nak di masak. Arrgghhh rasa nak guling-guling sambung tidur semula.

"Ibu lapar lah" Adoi....anak-anak celik mata jer dah minta makan. 

"Ibu nak 100 plus" Haih...tu mana boleh minum pagi buta. Dah la perut tak isi apa pun lagi...

"Nak nasik" Ini permintaan yang malas nak layan. Nasi untuk luch, kalau nak masak nasi goreng semua tak layan, kalau nasi lemak oklah. Masalahnya semalam sudah bedal nasi lemak. Cemana tu??

"Pergi beli kat kedai jelah" Encik Mat P bagi cadangan. 

Mmmmm sarapan 'tunjuk' yerrrr. Hehe...keputusan paling saya suka! 


Sebab semua orang dah lapar, saya pun pergilah ke gerai Nasi Lemak Daun Pisang depan Kelumpuk Cemperling. Order 8 keping roti canai biasa. Sambil menunggu,saya didendangkan dengan lagu hinddustan oleh  si penebar roti canai. 

"*O^&%%^#$%@$&(*" hehe lagu yang Shammi Kapoor nyanyi dalam 1 filem hindi. Tak ingat filem apa tapi tu memang lagu dia. Korang mesti tak baper kenal kan dengan hero Bollywood yang ini. Datuk SRK je korang kenal kan. 

Ni Shammi kapoor. Legend Bollywood. daripada legasi keluarga Kapoor. Pak sedare Karisma Kapoor (kot)

Uncle Shammi ni legend macam P Ramlee lah. Saya suka sangat dengan dia. Lebih suka dia dari SRK dll. Teringat zaman kanak-kanak dulu selalu menonton filem-filem dia bersama mak sedara dan arwah aki. Aki suka citer yang ada lawan-lawan. Lepas tu dia akan jadi pengulas...haha rindu kat arwah aki...

"*(&*^%&^" kata penebar roti canai kepada pembantunya. Oppp mamat ni memang hindustan ker? Dah la muka pun iras-iras pakistani gitu. Ya, baru saya perasan, sebelum ini penebar roti adalah melayu! Teringat filem Senario. Kedai Melayu tapi penebar roti canai import punya! :P

"Ok kak, roti canai akak siap" Selepas mengucapkan terima kasih saya pun balik.

Nama je roti canai hindustan (nama yang saya beri) tapi rupa dan rasa sama je dengan roti canai yang lain tu....


Ihsan Google Image

Ya ampun sedap roti canai hindustan tu...Nak makan 2 keping, tapi teringat lemak terkumpul pun belum habis dibakar lagi, terus kensel! 

2 comments:

Unknown said...

saya suka roti canai melayu kuah dia lagi sedap dan manis dari kari mamak punya heheheh...

Aina said...

Eny,
ni bukan roti canai kedai mamak.tp kedai melayu tepi jalan jer.cuma pembuat roti tu import punya.jd kuahnya melayu punya style.

tp akak lebih suka mamak punya.kari dia ada umpph!hehe