"Wah banyaknyer keje aku arini.."

*Salam Sejahtera*


Dah makan pagi? ke ada yang masih meretuh meninggi hari ? Kalau ada yang sibuk berjogging  mengeluarkan peluh di luar sana Alhamdulillah. Moga kesihatan makin terjamin.

Akak kat umah macam biasa juga. Yelah suri rumah hari-hari juga biasa. Kalau gantung kuali baru ada kelainan dalam rutin tu. Ahaks...mana bole selalu kan. Kopak poket Incik Mat P tu...lebih-lebih lagi semalam dah tolong kopak sikit di 'keepsi'...huhu dalam kontroversi tu akak pejam je mata beli tau:) tawakal jelah.
Best ke pan racks cam ni. Gantung piyuk belanga atas kepala. Huhu..
*gugel imej


Sebelum 'silat bermula lincah', mesti 'jogging' kat blog ni dulu. Kejap lagi bila heroes tu dah pegang mouse ...mmmmm dah tak leh nak mintak tukar user. Derang pon dah pandai bising. Pot pet kat ibu kalau mengadap pc lama. Sebab apa? sebab derang nak guna main games jugak. Once homework sekolah dah settle, ibu no problem. Result exam pon baik dan selepas meneliti kad laporan masing-masing boleh lah ibu senyum sikit. Sikit jelah sebab 'komentar' dari guru kelas memasing tu buat jauh di sudut hati ibu tersangatlah gundah gulana memikir cemana nak 'tolong' improve yang lemah dan kurang itu...

Banyak benda nak update harini. Baju-baju, dapur, dll oppp hehe banyak rupenya kerja rumah yang menunggu untuk dikerjakan. Alangkah best kalau ada mesin lipat baju dan tolong iron baju kan??? haha kalau ada mesti mahal. Tak mampu pulak kami...Apa susah, jom heroes semua bersila sama-sama buat sikit sorang. Harap-harap cuti begini kita sekeluarga buat aktiviti dalam rumah yang boleh mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang.  Yang lelaki tebas rumput di laman dan yang anak dara memasak untuk luch nanti....jimat RM :P

So, adik kakak abe semua plan ape arini? 
Selamat 'bekerja'...

2 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

ye lah kalau hari-hari makan luar rabak poket. kalau periuk gantung cam tu senang nak gapai, itu mahu hari-hari masak.

Aina said...

saya berangan nak dapur cam tu cik ina.tp apakan daya...