Senarai keperluan WAJIB ADA di bulan Ramadhan

*Salam sejahtera*

Dah fikir-fikir tadi, kena buat senarai barang perlu dibeli menjelang nak puasa minggu depan. So, hujung minggu ni bolehlah jalan-jalan cari barang.

1. Paling penting

Ada pelbagai jenis dan jenama....timbang kati dan kilo pun ader.....


2.  Tepung - bukan nak buat kuih raya tapi nak buat kuih bagi berbuka puasa. Jadi, jimat tenaga nak menapak ke bazar  jualan dan jimat duit jugak..heeee
Ni seme penting ni. Kena ada juga sagu, santan kotak(boleh simpan lama), daun pandan, gula..

3. Jam loceng


Takut terbabas waktu sahur....tapi selalu suruh mak kat kampung kejutkan. kalau tak pesan pun abah memang selalu suruh mak kejutkan anak-anak bangun sahur. Even yang dah kahwin ni pun. Nampak sangat anak-anak dia susah nak bangun sahur....hehe

4. Kalau zaman blaja dulu, dari 1- 3, paling wajib ialah ...

Haha...bocor rahsia kan. Almaklumlah kafetaria semua tutup, kalau dah dibenarkan tak berpuasa tu, takkan nak berlapar kan. Jadinya kenalah beli stok makanan buat hari-hari yang bercuti. Tapi, ada je yang malas tu, stok maggie ni berguna juga buat bersahur. Adehh..mana tak kurus zaman dulu. Makan tak berkhasiat....

Paling happening, geng tak puasa ni kumpul sesama depa makan berkongsi. Yang tak best pula, ada yang nak minta stok kita sebungkus jer dan janji nak ganti balik tapi tak ganti sampai sudah. Nak balik cuti raya mintak ampun, mintak maap halalkan makan minum...hewwwwww

Sekarang ni, ada juga makan maggie. Anak-anak pun gemarkannya. Berhantu betul kan maggie. Tapi tak selalulah makan. Makan di kala malas nak masak bekfast je..hiiiii (bocor rahsia lagi)




5. Umpan anak-anak supaya bangun bersahur...


Hopefully Ramadhan tahun ni Aman dan Almustofa sehat dan mampu berpuasa penuh/lebih separuh bulan. Ibu dan abah pun sama gak....Insha Allah


Apa lagi ek????

6 comments:

Lelord said...

hehehe 1-4 ada dh dlm kabinet..tinggal santan je..kat sini sy guna santan dlm tin, tp yg slalu guna tu xde la pulak ni..yg ada santan tin dr sri lanka huhuhu

ZIPPO MILLER said...

adui ai..rase mcm dah tak sabar nak pse dah ha....

Sya_Merpati Putih 88 said...

kurma pling penting sekali...:)
kat tempat sy nie kalau bulan puase jer kedai jual santan kelapa pling ramai org..

Aina said...

Lelord,
hehe agak2nya seme org sama cam kita gak kot.kihkih..

sri lanka?asal ada halal sign oklah tu...sana pun ada muslim society kan

Aina said...

zippo,

mmg tak sabar.sbb bulan nak tambah pahala berganda ganda kan...hopefully sempat masuk ramadhan ni dan harapnya ia bukan ramadhan yg terakhir:)

persiapan ni penting sbb dah masuk bulan puasa nnt harap semuanya bjalan lancar.kalau tak spoil mood je nnt.heeee..

Aina said...

terbang bersamaku,

awak menetap kat ner yer?yup kurma #1...tp anak2 akak x suka mkn kurma

kat Au3 ni ada santan fresh jual kat JJ dan pasar tani tp kalau yg kotak tu boleh simpan lama sikit , plus ia dah proses jd less kolestrol/0 kolesterol.rasa mmg lain tp yg penting nak sehat jugak la...certain msakan jer akak guna santan ori utk dptkan rasa terbaik..:D