*Salam Sejahtera*
Kalau baca tajuk di atas semua orang yang dibebel mesti jadi tension kan?Almaklumlah pagi Isnin harus dimulai dengan suasana yang ceria dan bersemangat. Barulah hari pertama minggu yang baru dapat dimulai dengan senyuman dan senyuman..dan senyuman..dan senyuman...(tak perlu kata apa-apa)
Dalam pada menyiapkan anak-anak ke sekolah, baru teringat kuku mereka tak berpotong hari Jumaat lalu. Appada! saya ni memang selalu terlupa nak potong kuku anak. Dah pesan dah pada diorang supaya tolonglah ingatkan ibu ni supaya potong kuku. Tapi diorang pun duk sibuk ke bermain, buat dek aje kuku tu panjang.
Maka, apa lagi membebellah mulut ibu ni macam bertih jagung.

pic paste from godcenteredmom.com
