Kalaulah, tiba-tiba Aku.....(sambung ayat)

*Salam sejahtera*

Hari Jumaat tiba lagi...Alhamdulillah syukur pada-NYA kerana dapat menyambung lagi 'kontrak' sebagai salah satu pemegang watak dalam pentas (alam) ini...

Ayat di atas dirujuk. 

Apa jawapan anda?? Dengan perkataan 'tiba-tiba' ia bermaksud sesuatu yang kita tak jangka akan berlaku dan mungkin tak nak ia berlaku kepada kita. 


"Kalaulah, tiba-tiba Aku...." tanya pada diri kita sendiri. 


Jawapan yang indah dan menarik itu banyak...Seandainya yang kita angankan tercapai alangkah indahnya dunia ini...Bagaikan berada di syurga? Namun cuba tukar yang indah itu ke gambaran sebaliknya..


"Kalaulah, tiba-tiba Aku hilang orang tersayang"


"Kalaulah, tiba-tiba Aku mati"


Wordless. Speechless. Sebab itu kena check balik memo kat bawah ni....


Pic from Google Image (coretansss.blogspot.com)

Hargai apa yang kita ada di depan mata hari ini sebelum Tuhan mengambil balik ke sisiNYA. Tak kiralah sama ada insan yang kita sayang, harta yang kita miliki, kesihatan yang baik, dan masa terluang. itu semua pinjaman daripada-NYA...


"Kalaulah, tiba-tiba Aku mati"

Di manakah kita ditempatkan kelak. Rumah yang panaskah? Atau rumah yang sejukkah? sejuk yang nyamankah? atau sejuk yang membekukan malah lebih beku dari tahap -ve di kutub. Nauzubillah.

Teman
Ampun maaf dipinta
Tak perlu tunggu hari raya
Tolong ingatkan aku padaNYA 
Ingat padaNYA selalu, bersama-sama

Cepat atau lambat
Baik atau tidak, harap-harap baik penghujung kita
Bicara nasihat kadang-kadang tak serupa bikin
Hati kata nak tapi buat lain
Bila sampai waktu, tak sempat mengucap baru tahu
Amal sedikit tapi syurga hendak juga
Mungkin perlu singgah di neraka biarpun hanya seketika
1 hari di neraka = 1000 tahun dunia
Persamaan matematik semua orang tahu kira
Sekarang kira pahala kau berapa dapat?

Jangan asyik kira dosa orang yang kau nampak
Tengok dalam cermin rupa sendiri
Sekali pandang sendiri sudah boleh tahu
Kenapa susah hendak mengubah diri
Mungkin sebab sudah lama dan jadi sebati 
Kata orang hendak seribu daya
Pada DIA mohon selalu
Insan terpilih jua beroleh hidayahNYA
Dengan hidayahNYA hidup kita kan selamat
Dekat dunia sampai akhirat
Kalau rasa takut tak sempat
Sama-sama kita tobat

Aina
Julai 8, 2011

4 comments:

Anonymous said...

kalaulah, tiba tiba mati, ayoyo banyak lagi dosa yg tak terampun, klu boleh mintak dipanjangkan lg umur, nak lipat ganda lg amalan, org yg tak takut mati ni sebab dia dah bersedia nak jumpa dgn Penciptanya

Aina said...

betul tu tina.

tiap kali nak berubah, banyak je halangannya.betapa tipisnya imanku..huhu

tolonglah peringatkan saya selalu yer sahabat:)

Unknown said...

sentiasa mengingati mati adalah baik :)

Unknown said...

tiba-tiba mati? takot bila pikir, tapi masih berusaha utk berubah ke lbh baik. jom sama-sama kita tobat. :)