Kalau dah peminum tegar

*Salam sejahtera*

Masa memula berkawan dengan Encik Mat P, dia memang peminum nescaffe tegar.Katanya satu hari kalau tak minum memang tak sedap hati. Kepala pun boleh jadi sakit. Maka, sebagai teman tapi mesra masa tu, saya sibuk lah menasihati bahawa nescafee tu tak elok, ada kafein lah dsb...Tapi, nescafee itu cinta pertamanya, masakan dia nak dengar cakap saya...

Selepas kawen, dalam sibuk buatkan dia nescafe, mesti saya akan teguk sedikit untuk tekak ni. Letak 2 sudu dalam cawan lain untuk merasa sedap tak air tu, kurang manis ke tak...dan akhirnya membawa saya jadi peminat nescafe juga. Selepas melahirkan anak sulung hingga mengandung anak ke2, memang nescafe tak boleh tidak 2 hari sekali mesti minum. Jadi ketagihan. Kalau kat ofis, nescafe + milo dibuat untuk menghilangkan mengantuk. Sampai sekarang. Tapi, dah boleh kurangkan sedikit jadi sekali je sehari....


2 tahun lepas, kami sengaja beralih nescafe kepada indo cafe. Rasanya pun boleh tahan sedap pada saya. Baru-baru ni saya kembali membeli nescafe tanpa pengetahuan Encik Mat P.

"Ni air indo cafe ker?" tanya dia setelah beberapa hari dihidangkan air nescafe. Aik baru sekarang nak tanya? Fikir saya dalam hati.

"Hehe taklah. Nescafe..."jawab saya. Dia diam je. 

"Kenapa tanya"

"Rasanya cofee nya lebih sikitlah"

"Oooo lagi bestlah yer..."

Emmm itulah dia kalau dah peminum nescafe tegar, tak citer pun lidahnya boleh detect kelainan. Haha kalau saya semua rasa sama jerk....hehe awesome:)
VS 

4 comments:

ZIPPO MILLER said...

yeahhh same la pulak kak ui...Zippo pon nescf gak, tapi 4 kali satu hari kak...zippo pun dah naik takut..tapi x leh benti dah hurmm

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy pun suke minium nescafe jugak..lagi suke alau campur milo..sedap..:)

Aina said...

zippo,
sehari 4 kali?huih biar betul ko dik...jangan diamalkan sangat.kalau kurang manis oklah...air kosong tu kena minum lagi banyak

Aina said...

terbang bersamaku,

hehe neslo kan? akak pun suka:D