Dah terasa bahang raya

*Salam sejahtera*

Bila raya ek?? dah check tak tarikh dalam kalendar? entah akak pun tak check lagi ni. Belum pun masuk ramadhan dan berpuasa, dah sibuk dengan hal raya kan. Mana taknya, kalau pegi shopping complex, seratanya dah start sales sempena raya, plus dah dekat nak masuk bulan merdeka kan... 

Hari ni pergi JJ, dah bersusun kuih raya. Sebenarnya dah awal bulan lagi diorang start menjual. Semakin lama, semakin banyak jenisnya. Adui tak boleh tahan, tangkap lah jugak sekotak tart nenas feveret Encik Mat P. Kalau makan sekali hadap je. Anak-anak pun semuanya gemar. Jadi kene guna kuasa veto ibu bagitahu makan 2 aje, then sambung esok pulak. Kalau tak masing-masing makan mengeyang betul...
Google Image


Baju raya pon dah banyak yang baru. Mana yang stok lama tu gantunglah dengan promosi 50% dan 70%. Ready made sehari sebelum raya pun boleh beli tapi kalau nak hantar tempah haruslah lebih awal. Malah ada sesetengah kedai dah tak menerima tempahan pada masa sekarang. Wow, bizi lah nampaknya mereka menjahit nanti yer....Alhamdulillah rezeki. Cuma harapnya ada juga masa untuk diri sendiri menambah pahala di bulan mulia nanti.

Ada sesiapa menonton carekarama tv3 malam ni? Ya sambungan drama siri Ratu Anjasmoro di slot seram tv3 bulan lalu. Masa drama tersebut tamat, ramai gak yang kecoh sebab citernya tergantung di mana ending Ratu Anjasmoro tersebut 'menang' dan kalahkan ustaz. Mana tahu rupa-rupanya nak buat sambungan yakni penamatnya di dalam slot carekarama pulak dengan tajuk 'Sumpahan Anjasmoro'. Hopefully ramai yang gumbira dengan ending citer ni tadi.

Saya ada terbaca pendapat yang mengatakan bukan tugas ustaz untuk menghalau hantu, jin dan syaitan. Kalau makhluk halus tersebut tidak hapus di tangan seorang ustaz atau ustazah, janganlah sampai kita percaya makhluk itu lebih kuat. Jangan lupa bahawa segala yang terjadi ketentuan Allah. Ya memang Allah lebih berkuasa dan jika DIA tak berkenankan sesuatu terjadi maka ia tidak akan terjadi. Cuma kerisauan ini timbul kerana khuatir ada yang terpesong kepercayaan mereka terhadap klimaks yang lain dari biasa. 

1 comments:

chuy4 said...

tak sambut sangat pun raya..
bajet sudah kehabisan untuk pindah dan barang baby.. huaaaa...