Persediaan berSAHUR

*Salam Sejahtera*

Hanya beberapa jam sahaja lagi pengumuman keputusan melihat anak bulan oleh penyimpan mohor besar raja-raja akan keudara di tv. Ahha, selok amat kan. Hari pun belum senja nak melihat anak bulan. Insha Allah kita bersabar ye, kalau dah tahu nanti cepat-cepatlah bergegas ke masjid untuk bersolat terawih....

Lepas terawih, mmmm nak kena pikir apa nak dimakan bersahur. Penting ke nak pikir? Puasa pun tak mula lagi?

Pada akak permulaan berpuasa, menu untuk bersahur amat penting. Ini dapat menggalakkan seisi rumah bangun bersahur walaupun minum air seteguk. Nabi s.a.w bersabda tentang kelebihannya:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).  
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).  
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Dapat hadiah spentot seluar dalam

Tajuk di atas adalah dirujuk.

Opp betul ke propa nih? Sapelah nak khianat kat Kak Aina ni kan? Haih tak de kuasa orang nak buat keje tak pekdah tu kat aku. Ni cerita menarik berlaku kat Penang. Negeri tercinta seseorang. Negeri di mana terletaknya Bukit Bendera. Negeri yang dipimpin oleh seseorang. Seseorang yang amat di'sayangi' rakyat. Siapalah agaknya pemimpin yang disayangi rakyat jelata tu ek?? 

Sayang sangat-sangat ke atau sayang ketat-ketat???? Ketat-ketat tu istilah blogger kita. Ketat-ketat punya sayang sampai dia dapat hadiah terbaek dari ladang taw..heeeeeeee:P

Meninggal dunia 2 hari sebelum Ramadhan

*Salam Sejahtera*


Begitulah kehendak dan takdir Ilahi. Tiada siapa dapat menghalang dan menyekat kemaraan Izrail apabila sudah tiba tugasnya mencabut nyawa hamba Allah dimuka bumi. 


Izrail, makhluk yang sangat patuh kepada penciptanya tidak sesaat pun ia lewat dari melaksanakan perintah Yang Maha Esa...


Tinggallah dunia,
Tinggallah bonda ayahanda
Tinggallah saudara
Tinggallah sahabat dan musuh yang ada
Selamat tinggal semua
Doakan pemergian
Seorang anak adam yang telah pergi
Sebagaimana yang dijanjikan

Ramadhan: Pelik tapi benar

*Salam Sejahtera*

5 Perkara pelik tapi benar bila tiba Ramadhan:

1 - Orang yang TIDAK BERSOLAT mampu berPUASA penuh 30 hari.

Solat itu hanya 5-10 minit dan 5 kali sehari. 

Puasa pula dari imsak - masuk waktu Maghrib. Lama tu...Tapi camner yang lama boleh dilaksanakan tapi yang sekejap payah dilakukan? Memang pelik...

2 - Ibu bapa sibuk ajar anak puasa. Itu bagus, tapi umur baru 4/5 tahun dah disuruh puasa. Siap reward sehari dapat singgit/2 hinggit atau lebih (ikut kemampuanlah). Di suruh atau diajar, lain maknanya tu...

Puasa didahulukan, solat dikemudiankan....betul kita disuruh ajar anak bersolat , pada umurnya 7 tahun tapi soal penekanan tu....First come, fist served.

3 - Masa untuk bersedekah kepada anak-anak yatim/fakir miskin. 

Umpama 'durian runtuh', mereka diajak bersama berbuka puasa bersama-sama. Dermawan juga memberikan sponsor berbuka puasa untuk orang-orang tertentu di hotel-hotel dll. Alhamdulillah....pelik jugak ke? Apa salahnya kan.

Bit Bit....

*Salam sejahtera*

Semalam pergi JJ, selalu naik teksi, tapi kebetulan sampai dekat tangga jalan short cut belakang rumah-rumah orang tu, ternampak ada bas dah nak hampir sampai kat bas steng. Apa lagi teruslah akak meluncur laju kat tangga tu....

Haha jangan tak percaya seb baik tak tersungkur....

Pentingnya laporan tak berat sebelah

*Salam sejahtera*

Petikan berita:

PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.
Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik. 
“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar. [sambung baca...]
Lagi..Suhaila VS Jimmy Shanley

Izinkan aku poyo sekejap

*Salam Sejahtera*


Akhirnya dapat jugak. Terima kasih Encik Nuff di atas pemberian tak seberapa seketul BE yang comel. Hehe...tak boleh tahan nak poyo citer kat orang kampung. Hahaha...jangan muntah key

Tapi kan....kan...

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom korang cepat join segmen ni sebab BA nak bagi hadiah kalau sesiapa menang contest. Tapi nak join contest kenalah buat entri permohonan cenggini dan jawab 5 soklan yang akan dikemukankan selama 5 hari berturut....Ayyakkkk kena jadi blogger cekal dan tabahlah. Kalau terlepas pandang rugi beb. Info lanjut check kat sini. Hadiah boleh tahan gempak babe...heeeeee:) Pukul 3 close ye.

Wordless Wednesday: SpongeBob in d'house

Wordless Wednesday: Flying in the sky



Hello..hello..hello...


Ni nak bagitahu kepada semua yang join Wordless Wednesday Fiesta, hari ni Eyriqazz mengadakan lagi Wordless Wednesday Contest. Kepada sesiapa yang berminat sila hantarkan permohonan anda ke sini.


Oppp sebelum tu sila patuhi syarat berikut.
Tema bebas tapi pastikan gambar yang dipilih adalah gambar diambil sendiri or diambil oleh orang terdekat (Suami, Isteri, rakan-rakan.Or lebih mudah, bukan diambil dari google or other website)
Ada lagi syarat-syarat lain. Tapi sila dapatkan info lanjut di permalink di atas.

Senarai keperluan WAJIB ADA di bulan Ramadhan

*Salam sejahtera*

Dah fikir-fikir tadi, kena buat senarai barang perlu dibeli menjelang nak puasa minggu depan. So, hujung minggu ni bolehlah jalan-jalan cari barang.

1. Paling penting

5 perkara tak berdosa tapi orang mengata macam kita dah buat dosa besar - pt2

sambungan dari episod 1


3. Bersosial/bermasyarakat

Bersosial dan bercampur dengan orang menjadikan masyarakat bersatu dalam kumpulan. Kalau anda susah, ada orang boleh membantu. Kalau orang lain susah kita pun turut membantu. Kalau hidup di bawah tempurung masing-masing seperti katak, kelak ada kesusahan malu pulak nak terhegeh-hegeh jumpa orang nak mintak bantuan. Silap-silap kita mati sorang-sorang dimakan ulat, dah berbau baru orang sedar....Nauzubillah.

Bila bermasyarakat...kenalah ambil berat satu sama lain kan:)

"Apsal mak cik sibuk nak jaga tepi kain saya ni?mak saya pun tak heran saya lepak kat sini sampai lewat malam tau"

"Aku tak pernah amik tahu hal rumahtangga ko, ko jangan sibuk nak masuk campur hal rumahtangga aku"

Kekadang bukan nak ambil tahu, tapi dalam bermasyarakat kalau ada kepincangan depan mata apa salahnya kita saling tegur menegur, dan menasihati. Tegur secara baik tapi tetap disalahertikan. Berdosakah kalau masuk campur? Kalau jadi kes dera, mati dll di rumah jiran, kita jugak disoal siasat polis kan.


Betul kita mati kubur lain-lain, tapi jika kita pejam mata melihat kemungkaran depan mata akhirnya nanti seluruh masyarakat juga yang akan turut sama terpalit masalahnya. Contoh, kalau 'bala' datang, agak-agak 'bala' tu jatuh atas kepala individu tu je ker???

Bila tak bercampur orang...gelaran untuk orang macam ni ialah kera sumbang. Ke pemalu???heeeeee..

"kau meh lah join grup aku....nanti banyak aktiviti jalan-jalan, tapi sponsor sendiri maa"

"janganlah geng dengan dia tu. Dia tu kan...bla bla bla"


"usrah kami minggu ni dekat rumah Ustazah A, marilah join sekali"

Dalam masyarakat juga ada berpuak-puak. Kekadang puak-puak ni wujud mengikut parti politik, darjat seseorang, atau ajk mesyuarat tingkap yang berkumpul semata untuk mengumpat, bergossip dan menjaja cerita dan gossip jiran lain. 


Salah ke kalau tak follow grup tertentu yang matlamatnya untuk memecah belah sesama sendiri? Silap haribulan, hari ni kita bercakap dengan A, esok si B mula tak nak tegur kita dah.....Ada kumpulan yang elok seperti kelas mengaji, usrah dll tak nak pulak ikut serta.

5 perkara tak berdosa tapi orang mengata macam kita dah buat dosa besar - pt1

1. Duit/harta

Rezeki Allah beri kepada setiap orang tidak sama. Apa yang penting ialah bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup. Namun ada yang menyalahkan takdir dan Tuhan mereka bahawa tidak adil dalam pemberian rezeki dan taraf hidup.

Bila lihat orang berharta, kita kata

"pergh harta banyak tapi hidup tak bahagia buat apa" 


"Huh orang kaya tu berlagak nak mampos!!" - kes tak senyum

- bagaimana kita tahu dia tak bahagia. Kalau dia tak bahagia sekalipun adakah dia mengacau hidup kita? Kalau dia menganggu sekalipun tak bolehkah kita bimbing dan nasihat elok-elok. 

- bukan salah dan berdosa jika lahirnya berduit banyak dan berharta. Tak perlulah kita dengki sampai nak jatuhkan dan buruk-burukkan member hanya kerana ada orang kaya yang suka berpoya-poya dan kerek untuk bercampur gaul dengan orang tak kaya.

Bila orang tu miskin/sederhana dan tak sekaya kita, kita kata pula

Masalah tumit kaki pecah

*Salam sejahtera*

Mesti semua orang pernah dan ada mengalami masalah ini. Lelaki atau perempuan rasanya ada mengalami masalah ni. Sebab apa yer??

Tumit kaki akan pecah dan merekah bila bergesel dengan lantai dan menyebabkan ia menjadi keras, kering dan akhirnya merekah.

Untuk mengatasi masalah ini, kita disuruh supaya kerap menyapu krim pelembap sekurang-kurang 2 kali sehari. Kemudian, jika kaki kita kerap memijak lantai semasa di rumah, dinasihatkan supaya memakai selipar untuk mencegah masalah tumit pecah.


BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

*Salam sejahtera*

Ada jugak segmen pada hari Isnin. Segmen dari BA ni memang sudah lama akak tak join. Mana taknya selalu tak sempat dan terlepas pandang. Segmen kali menarik sebab memberi peluang blogger lain kutuk blog kita yang tak semegah mana ni.

Ni arahannya.
Tujuan segmen ni adalah untuk memberi ruang pada rakan rakan blogger menegur secara terbuka dan bijaksana mengenai blog blog rakan yang lain .. Tak perlu menyorok punya arr.. 
Ok.. peringatan .. Mereka yang join segmen ni perlu bersikap terbuka.. Kena terima sebarang kritikan .. Mereka yang mengkritik TIDAK SAMA SEKALI DIBENARKAN untuk menggunakan bahasa kesat atau kasar ! 
Berminat ? Jom mulakan .. Ingat , hanya mereka yang join segmen ini saja dibenarkan mengkritik ! Yang tak join , korang rejek jer kritikan mereka tu , okeh ? 
Buat satu entri baru .. letak header Ben Ashaari Blog 
Tajuk : BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ? dan linkkan ke entri ini ..
Tuliskan sepatah dua untuk mereka yang bakal kritik blog korang .. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
Bagi mereka yang masuk ke blog lain untuk mengkritik , sila kritik dengan ikhlas.. Tamo PUJIAN ! Cari kekurangan blog itu dan bagitau pada pemiliknya.. 
Selepas kritik , sertakan url entri penyertaan korang ni di ruangan blog mereka .. Kemudian , blogger yang dikritik tu , sila balas kunjungan dan kembalik kritik blog mereka ! Adil la kan ? 
Tolong ikhlas .. jangan tipu .. Blogger yang mana rasakan komen tersebut tidak membina , dibenarkan untuk tidak membalas kunjungan mereka .. Hehehe.. kejam kan ? 
Citer banyak takde .. jom ON ! OFF kul 10 malam ... copek ... Senarai url di SINI

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...

*Salam Sejahtera*

Lagi lagi segmen. Ya, jom hangatkan malam minggu kita dengan bersegmen. Kali ni saya join segmen Lulu Caldina. 

Dipersembahkan banner pihak penganjur.


Segmen Cuci Mata

*Salam Sejahtera*

Dalam ke'blur'an ini habiskan masa blogwalking, jump blog to blog follow orang, baca entri dan join segmen. Ni jumpa satu lagi segmen yang best untuk menambah kenalan.

Test drive

"Tepi , ke tepi.. saya mahu lalu...Sila beri hormat" kata Aman

SMILEY SUNDAY #2

"Tak de idea nak buat entri.."

"Pecah kepala ku nak pikir. Adoooi"
"Blogwalking dan join segmen pun best. Hai kawan-kawan"

Dah terasa bahang raya

*Salam sejahtera*

Bila raya ek?? dah check tak tarikh dalam kalendar? entah akak pun tak check lagi ni. Belum pun masuk ramadhan dan berpuasa, dah sibuk dengan hal raya kan. Mana taknya, kalau pegi shopping complex, seratanya dah start sales sempena raya, plus dah dekat nak masuk bulan merdeka kan... 

Hari ni pergi JJ, dah bersusun kuih raya. Sebenarnya dah awal bulan lagi diorang start menjual. Semakin lama, semakin banyak jenisnya. Adui tak boleh tahan, tangkap lah jugak sekotak tart nenas feveret Encik Mat P. Kalau makan sekali hadap je. Anak-anak pun semuanya gemar. Jadi kene guna kuasa veto ibu bagitahu makan 2 aje, then sambung esok pulak. Kalau tak masing-masing makan mengeyang betul...
Google Image

Bila blur dan tiada idea

*Salam sejahtera*

Nak jadi blogger yang baik harus ada topik yang menarik. Kalau asyik menulis benda yang sama orang akan bosan. Kalau blogger emak-emak asyik nak citer pasal anak-anak, suami dan aktiviti keluarga. Kalau anak dara citer pasal bf, make up dan rewang. Kalau anak jantan citer pasal seo..ye ke macam tu??


Jangan marah ek. Sekadar meneka.....
Google image

Akhirnya...

Puas hati...duk melepakkan diri menonton citer Princess hour kat youtube beberapa hari ni...tak sabar nak tunggu next episod kat tv punya pasallah ni. Sampai 1entri hempeh tak updet arini. Now dekat NTV7 baru jer masuk episod 3/4 gitu. Emmm banyak lagi suka duka akan terjadi. Apapun dah selesai kutengok sampai habis. Jatuh hati kat minah ni..

Perlu tak mengawal selera makan?

*Salam sejahtera*

Tajuk di atas dirujuk. Merujuk kepada kanak-kanak dan bukannya orang dewasa yer :)

Alkisahnya....
Addin: Ibu nak makan lagi. 
Ibu: Weh tadi baru kejap awak makan nasi. Dah 2 kali tambah kan? 
Addin: Alaaa ibu, saya lapar lagi....
Ibu: Awak nak jadi gemuk ke? Dah la awak tu 'lebih sikit' dari orang lain... 
Addin: Ala ibu ni.....cita-cita Addin kan nak jadi kuat....
Ibu: ???????cita-cita tu (gelak dalam hati)

Mengejar CINTA

*Salam Sejahtera*

Lewat petang kelmarin menonton satu drama cinta di televisyen. Si gadis yang sangat naif sanggup masuk kelab tenis semata untuk bersama lelaki yang diminatinya. Walaupun tidak pandai bermain tenis, dia tetap ikut bermain dan akhirnya bola tenis mencederakan hidungnya. Cinta dan perhatian lelaki tidak dia dapatkan malah sakit yang dia perolehi. Memang sakit juga hati ini melihat perempuan yang terhegeh hegeh mengejar lelaki sedangkan ada insan lain yang menyukai dan boleh menghargai dirinya lebih baik.

Bukan tentang cerita tersebut yang hendak saya kisahkan. Namun, tidak mustahil ia berlaku di dalam dunia realiti. Wanita sanggup mengejar cinta hingga menjadi bodoh. Biarpun tidak bodoh dalam erti kata yang sebenar, berlaku bodoh semata mengejar cinta seseorang yang tidak pernah memandang walau sedikitpun pada diri kita adakah betul caranya? Mungkin di dalam cerita ia diakhiri dengan si gadis bodoh akhirnya berkahwin dengan lelaki idaman. Namun, berapa banyak kisah juga yang akhirnya wanita membunuh diri kerana cinta dan disakiti kerana cinta? Malah, lebih dasyat ramai yang sanggup mencemar maruah diri kerana cinta.

Wordless Wednesday: Tahniah Jepang



Wordless Wednesday: "Marry me HOPE I'am SOLO"

MOENCHENGLADBACH, GERMANY - JULY 13:  A USA fan holds a banner for Hope Solo during the FIFA Women's World Cup 2011 Semi Final match between France and USA at Borussia Park on July 13, 2011 in Moenchengladbach, Germany.  (Photo by Scott Heavey/Getty Image

Wordless Wednesday: Athlete of the year

Tua tapi beranak kecik

*Salam Sejahtera*

Kisah 1
Masa mak saya lahirkan adik bongsu umurnya 38 tahun. Selepas tu mak dah tak beranak. Katanya dia memang dah tak mengandung selepas itu dan bukan sebab ambil apa-apa ubat atau pakai injet atau implan untuk elak mengandung. Nak jadi cerita, abah saya pergilah mendaftar surat beranak dan kononya pendaftar  terkejut sebab abah saya dah tua masih beranak kecik.

"Nak daftar cucu ke pak cik" tanya pendaftar.

"tak lah, anak" jawab abah. Pendaftar tu senyum. Dia tengok ic mak dan tengok umur baru 38. Oooo katanya. Maksudnya bini pak cik ni muda lagi.

Abah dan mak gap umur 10 tahun Abah saya cepat beruban dan simpan janggut serta jambang yang dah beruban juga.Jadi masa umur 48 tahun tersebut, dia kenampakan agak lebih berusia dari umur sebenarnya.

Salah ke orang tua nak beranak kecik???

Guess, what's that green?

Green-Bubble-Coral.jpg

Sampai hati kau mainkan aku

*Salam sejahtera*

Huk huk sedey...tadi marahkan si dia ni sebab...begini ceritanya.
IBU: Addin tolong ibu ambilkan adik Alfatih air kosong.

Untung orang nampak, untung sendiri kita selalu tak sedar

Menyaksikan kebahagiaan orang lain kadang-kadang membuat hati kita berasa betapa beruntungnya orang itu berbanding diri kita. 

"Untung lah awak, suami pandai jaga anak, buat susu, basuh berak anak...bla..bla..bla.."

"Awak untunglah anak semua masuk U, anak aku hemmm...tak seorang pun berjaya!"


"untunglah kau mak mertua sayang...mak mertua aku, pandang pun tidak"

"Bini ko layan ko macam raja? huhu bertuahnya badan...."

"best lah kau. Asal cuti sekolah family semua pegi makan angin. Aku duk lepak tido je kat rumah..."

"Asyik asyik dia je dapat no1...bila tah nak bagi orang pulak merasa!"

Dan macam-macam lagi dialog yang boleh keluar di kalangan kita....Pernah tak kita berfikir semula yang kita juga bertuah, malah mungkin lagi bertuah? 

Google image

Membebel di pagi hari

*Salam Sejahtera*

Kalau baca tajuk di atas semua orang yang dibebel mesti jadi tension kan?Almaklumlah pagi Isnin harus dimulai dengan suasana yang ceria dan bersemangat. Barulah hari pertama minggu yang baru dapat dimulai dengan senyuman dan senyuman..dan senyuman..dan senyuman...(tak perlu kata apa-apa)

Dalam pada menyiapkan anak-anak ke sekolah, baru teringat kuku mereka tak berpotong hari Jumaat lalu. Appada! saya ni memang selalu terlupa nak potong kuku anak. Dah pesan dah pada diorang supaya tolonglah ingatkan ibu ni supaya potong kuku. Tapi diorang pun duk sibuk ke bermain, buat dek aje kuku tu panjang.

Maka, apa lagi membebellah mulut ibu ni macam bertih jagung.
pic paste from godcenteredmom.com

Harper Seven Beckham's photo revealed

*Salam Sejahtera*

Mesti ramai yang berkenan nak tengok rupa anak daranya si Beckham dan Posh. Emm...artis barat ni biasanya sanggup letak bayaran ribu riban untuk bagi hak eksklusif untuk majalan yang nak siarkan gambar anak mereka. Namun tidak rupanya bagi Beckham yang sudi berkongsi gambar anak perempuannya dengan peminat di laman sosial fb.

Alamak dia kencing!

*Salam Sejahtera*

Cantik benar cuaca pagi ni kan? Lena tak tidur korang malam tadi? Agaknya mimpi indah semua kan? Alhamdulillah.....Dan harapnya anak-anak tu, tiadalah yang terkencing di tempat tidur. Kesian maknya nak cuci tilam...Ke ada yang tak cuci?

Oppss, apa cer ayat di atas tu?

Haaa...tulah pasal. Siapa ada masalah dengan anak-anak yang suka kencing malam? Kalau usianya setahun jagung oklah, tapi kalau sudah masuk sekolah rendah itu teruk. Dan kalau sampai ke sekolah menengah, itu penyakit namanya!

188 to 135. Ok tak?

**NOTA MELEKAT**

Daripada 7 orang yang vote...4 kata lambat loading. So, saya dah pun buangkan mana-mana yang patut, berat terkini dalam 135 KB.

Menang wordless wednessday contest

*Salam Sejahtera*

Ingat tak hari rabu lepas akak letak pic Alfatih merajuk untuk Wordless Wednesday? Tengok kat sini. Kemudian akak letakkan pic tersebut masuk pertandingan WW contest yang dianjurkan oleh GTO a.k.a Eyriqazz. Mula-mula masuk shortlisted dalam 10 finalist. Mana tahu, semua finalist diumumkan sebagai pemenang!
Tahniah buat semua pemenang. Saya janjikan 5 pemenang, namun saya tambahkan lagi 5  . Alhamdulillah, dimurahkan rezeki, baru dapat "new job" dan juga sempena besok birthday Isteri. Umm, tak salahkan hadiah ditambah lagipun kesemua gambar2 ini memang saya suka, susah nak shortlisted kepada 5.
Terima kasih banyak-banyak. Syukur lillah:)

Nak tahu siapa lagi pemenangnya? ok klik header pihak penganjur kontest di bawah.

Great Teacher Onizuka

Tahu tak apa hadiahnya? 

BLOGGER CEKAL : RAYA

*Salam Sejahtera*


Lama tak join segmen BA. Sesiapa ada masa, jom join. Tengah on.



Segmen hari ni... BLOGGER CEKAL : RAYA la pulak ! heheheh.. Bila disebut raya , 1 PERKATAAN yang anda terfikir selepas itu ialah ???  1 perkataan je yer .. HEHEHEH.. Jgn buat ayat lak ... ok ?  
 jawapan mesti berbeza dari peserta lain .. COntoh , kalau aku dah jawab RAYA HAJI , Mat gebu pon buat RAYA HAJI dan dia adalah last , dikira tidak sah .. OK ? 

Nak join klik SINI.


Apa nak kata ek. 1 perkataan je....


SAKAN


*huhu tahun ni nak raya sakan sebab tahun lepas hubby tak sehat. hopefully tahun ni dia sehat sepenuhnya. Insha Allah.



Kalau dah peminum tegar

*Salam sejahtera*

Masa memula berkawan dengan Encik Mat P, dia memang peminum nescaffe tegar.Katanya satu hari kalau tak minum memang tak sedap hati. Kepala pun boleh jadi sakit. Maka, sebagai teman tapi mesra masa tu, saya sibuk lah menasihati bahawa nescafee tu tak elok, ada kafein lah dsb...Tapi, nescafee itu cinta pertamanya, masakan dia nak dengar cakap saya...

Selepas kawen, dalam sibuk buatkan dia nescafe, mesti saya akan teguk sedikit untuk tekak ni. Letak 2 sudu dalam cawan lain untuk merasa sedap tak air tu, kurang manis ke tak...dan akhirnya membawa saya jadi peminat nescafe juga. Selepas melahirkan anak sulung hingga mengandung anak ke2, memang nescafe tak boleh tidak 2 hari sekali mesti minum. Jadi ketagihan. Kalau kat ofis, nescafe + milo dibuat untuk menghilangkan mengantuk. Sampai sekarang. Tapi, dah boleh kurangkan sedikit jadi sekali je sehari....

Apsal dapat penampar ni??

*Salam sejahtera*

Sebenarnya entry ni dah basi..saje naikkan balik sebagai sticky post sebab ...... sebab adelah satu isu panas tu...panas sangat...lebih panas dari isu hutang...isu pekida ayahanda, adinda..dll. Isu menipu ! Kenapa ek ada orang macam ni...Mungkin ramai yang tak tahu kalau tak terlibat dengannya. Tak perlu menyebut namanya sebab dia pun masih wujud dalam bloglist saya.Saja tak buangnya lagi sebab nak tengok update dia sama ada akan membalas surat permohonan maaf oleh blogger IR...

Sesiapa yang tak paham boleh baca kat sini. Penipuan IFRAME. Berhati-hatilah sesiapa yang belum terkena dan sesiapa yang ada hati nak buat, baik ubah niat jahat korang tu. Nanti kena serang terang-terangan malu nak keluar dari rumah pulak nanti. Huhu..

Sakit kan kalau dapat sedebik kat pipi cam ni???

An evening in Vientiane pt3 -final

*Salam Sejahtera*

Entry before:



This is the final part of picture in Laos. Before the sunset ...


K-Drama: Princess Hours(Goong)

New K-drama at NTV7, Monday to Friday 12pm. 


Wordless Wednesday: Merajuk (lihat matanya)


*Pic ni masuk bertanding WW di blog GTO. Sesiapa nak follow klik link kat bawah.

Fun learning science

4M Flying Science Kit

Cicak tokek HARAM

*Salam Sejahtera*

Lagi lagi pasal cicak. Kepada penggemar cicak tokek, sila ambil perhatian.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun. 
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. 
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.