Kelab Suri Rumah Sedunia (KSRS)

*Salam Sejahtera*

Sewaktu blog walking terjumpalah 1 blog untuk kelab suri rumah. Chek chek rupanya ia dikendalikan oleh blogger Puan Bee. Errmm..mesti ramai yang kenal Puan Bee kan? Rajin bebenor dia tubuhkan kelab ni untuk blogger-blogger suri macam saya ni. Walaupun namanya suri rumah, suri yang bekerja juga boleh join. Ini kerana tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim antara blogger. Kata Bee banyak perancangan yang bakal diaturkan untuk semua ahli kelab. Macam best kan?

Aku dengan diri Aku, Korang dan Diorang

*Salam Sejahter*

WW - wordless wednesday

Syukur hari Rabu sudah berlalu....nampaknya sudah boleh ber'suara' kembali setelah membisu 1000 bahasa. Itu perumpamaan, walaupun sebenarnya hanya 2 bahasa yang saya faham. Entri yang hanya meletakkan gambar tanpa sebarang cerita membolehkan pembaca menafsirkan sendiri atau menghayati apa yang gambar tersebut ingin sampaikan...

Bolasepak Oh sepak bola. GOL!

Alhamdulillah pasukan bola kita menang lagi! Sayang...perlawanan malam tadi kalau sampai akhir 2-0 atau lebih mata, alangkah bangusnya dan tampak lebih selesa untuk ke pusingan ke 2. Kejayaan demi kejayaan akhir ini menampakkan sinar dan harapan besar untuk melihat Malaysia tersenarai di dalam kancah bolasepak antarabangsa seperti Olimpik dan Piala Dunia...Insha Allah! Tahniah buat semua pemain, jurulatih, pengurus dan seluruh pihak yang terlibat.


Semanjak dua menjak ini juga baru saya kembali berminat dengan sukan ini setelah bertahun-tahun lamanya 'merajuk hati' ...Ya, terutama dengan pasukan Pahang yang asyik kalah..kalah...dan kalah...kalah lagi:( Dahulu saya sangat benci pada orang yang hanya menyokong ketika menang sahaja. Namun sekarang saya pulak jadi cam tu. Apa boleh buat masa boleh mengubah seseorang.

SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA

*Salam Sejahtera*

Lagi lagi segmen. Ada yang bosan? Rasa menyampah? ok tunggu dulu sebelum judge apa-apa. Segmen kali ni senang amat dan amat senang. Cuma paste / upload gambar senyum dan jangan kata apa-apa asalkan ada maksud senyum padanya. Check it out kat rumah Zippo sebab dialah pengendali rancangan ini. Segala macam syarat dan cara penyertaan boleh belek kat situ. Tamat 1 Julai. Ada banyak masa nak carik pic senyum yang sesuai :)

Go go Malaysia!



Pic dari Google image

Wordless Wednesday Fiesta, part2

Gambar bisu saya di sini [Flying in the sky]dan [Patuxai Arch]. Ini pula dari belog kawan-kawan. Silalah terjah rumah diorang sama ok. Kita sama-sama hangatkan hari Rabu dengan fiesta gambar bisu :)

Ini gambar yang buat AjikHahaha tak berkata-kata

Day and Night @Vientiane Monument (Patuxai Arch)


Tahajjud Cinta @Zehra TV3

*Salam Sejahtera*

Mungkin sudah ramai perasan promo drama terbaru di Slot Zehra TV3 berjudul Tahajjud Cinta. Drama yang memaparkan perempuan memakai hijab dan berpurdah hitam (tutup muka kecuali mata). Katanya ia bakal menjadi fenomena sebagaimana Nur Kasih. Eeeerrmmmm.....Ye ke?? Mesti tonton ni!

Jumaat ini merupakan episod akhir drama Keranamu Laila. Jumaat minggu depan drama Tahajjud Cinta akan mula bersiaran tepat 9 malam di TV3. Dengan barisan pelakon popular seperti hero Nora Elana - Aaron Aziz, Encik Asmara - Shahz Jaszle, hero dan heroin Nur Kasih - Remy dan Tiz, pengacara baru Melodi - Dira, model LUX - Fazura (zippo mesti suker lah tu....hihi), Puan pengarah - Erma Fatima, pelakon vateren mantop (Eman Manan, Tan Sri Jins, Azizah Mahzan, dll) dan dan dan ramai lagi...

Sambal bacang meletops!

*Salam Sejahtera*

'Ada bau-bau bacang' merujuk kepada hubungan persaudaraan yang mungkin wujud secara jauh. Kenapa bacang? Ia disebabkan baunya yang menusuk hidung walaupun dari jauh. Sesiapa yang tak kenal buah bacang boleh lihat dalam pic di bawah.


Tapi bukan kedua-duanya ialah buah bacang tau...Ce ce teka mana satu???

Go go green!

*Salam Sejahtera*


Koleksi 'dapur berasap'

*Salam  Sejahtera*

Lama tak share pic dari dapur akak kan. Kali ni, saje nak menunjuk-nunjuk hasil yang tak seberapa ni kat korang. Almaklum skrang sudah terasa bahang bulan puasa. Ramai yang sedang berpuasa sunat dan puasa ganti. Elok sangatlah tu....ganti cepat-cepat jangan sampai masuk Ramadhan yang baru pulak yer...

Ajal di tangan Allah

*Salam sejahtera*


Gembiranya dapat balik kampung

*Salam sejahtera*

Alhamdulillah...gembira rasanya dapat balik kampung berjumpa keluarga dan sanak saudara. 2 hari sekejap je, tapi syukur sebab dapat balik setelah sekian lama...ye lama, sejak raya tahun lepas.

Balik ni pun sempena aqiqah anak-anak saudara. Abah dan adik ipar yang jemput kami. Tengs banyak-banyak kat diorang sebab dalam penat lelah sanggup menjemput kami sekeluarga di KL petang hari Jumaat lepas. Sebaik ambil Luqman di sekolah, kami terus blah balik Raub.

Alhamdulillah inilah kali ke2 mak dan abah buat kenduri aqiqah sekaligus cukur kepala cucunya. Kali pertama ialah cukur kepala Salahuddin, anak saya nombor 3. Kenduri kali ni 4 orang sekaligus diaqiqahkan. 2 lelaki, 2 perempuan dan 5 ekor kambing disembelih. Majlis berlangsung sederhana tetapi meriah bak kenduri kahwin pun ada. Orang datang pagi - petang. Alhamdulillah mana rezeki yang ada tinggal tu dapat jugalah kami hidangkan.

Aku benci dadah!

*Salam sejahtera*

Perjalanan hidup kita tidak lurus. Banyak cabaran dan ujian merentangi setiap jalan. Bila tersekat, kita terpaksa mencari jalan alternatif untuk masuk ke tempat yang kita hendak tuju. Ada jalan jangan betul dan ada jalan yang sesat. Antara betul dan sesat tidak susah untuk memilih. Jalan yang sesat kita sudah tahu di mana salahnya. Namun, ada juga yang suka-suka untuk mencuba dan akhirnya terjebak dalam perangkap masa dan tersesat di situ.

Mencari jalan keluar setelah sesat amatlah senang. Namun bukan senang nak senang. Ia terlalu susah bila hati kita kata 'TAK NAK' atau 'BELUM TERBUKA HATI', 'TAK SAMPAI SERU LAGI' dll tagline bagi diri yang malas berubah. Banyak macam perkara boleh kita cerita, tapi kat sini saya nak cakap pasal benda HARAM jadah yang namanya DADAH!

Sesungguhnya menatang perosak ini sudah banyak menghancurkan manusia. Ia menjadikan manusia hancur, bangsa lemah, dan jiwa rosak! Pengalaman saya melihat kehancuran anak muda di kalangan ahli keluarga sendiri membuatkan rasa sakit hati, sedih dan benci pada dadah terlebih lagi! kerana dadah mereka terasing dalam dunia mereka sendiri dan kerana dadah masa depan mereka hancur begitu sahaja. Dadah juga menyebabkan perasaan ibu bapa, adik beradik, saudara mara dll direbek dengan kejam sekali. Keluar masuk pusat serenti banyak kali dan akhirnya kembali ke jalan yang sesat itu. 

Alhamdulillah tak tahu nak cakap apa bila membaca pengalaman Radhi OAG di dalam Mstar Online hari ini. Tumpang gembira melihat perubahan beliau walaupun tidak ada kaitan persaudaraan pun dengannya.


Tukar lagi?

*Salam sejahtera*

Selamat pagi semua....beberapa hari ni sibuk jadi hacker kat blog Cik Misi. Haha sorilah ye, kalau hasilnya  tak memuaskan. Tunggu ai sampai ke Raub kita sama-sama sental lantai kotor, cuci longkang tersumbat dll ok.

Hanya bunyi paluan ombak memecah sunyi...@Tonga


Selamat pagi semua

*Salam sejhatera*

Alhamdulillah berselera betul akak makan breakfast dengan spaghetti pagi-pagi ni. Haha jangan marah ye jangan annoy sebab ini orang malas punya kes. Kalau rajin sudah mesti masak-masak yang berat sikit. Spaghetti ni senang je rupanya nak masak, rebus spaghetti pilihan kita, masakkan sosnya, campakkan segala macam lauk dan sayur pilihan anda dan tuang atas spaghetti tersebut. Baca bismillah dan melantaklah korang sebanyak mana korang nak. Sebaik-baiknya ialah makan itu berhenti sebelum kenyang...
pinjam pic orang.tak sempat nak snap yang akak punya dah masuk perot sihh..

Tuesday Green :)

Monday blues?


Header yang kebudak-budakan sedikit. Hasil discussion dengan hero-hero :D

Lagu untuk ayahanda tercinta 1 - 5

Berita sedih di hari bapa

*Salam sejahtera*

....dan juga salam takziah buat seluruh keluarga pelakon Zami Ismail. Arwah telah kembali ke pangkuan Ilahi pada jam 10.30am sebagaimana yang dilapor dalam media hari ini. 
PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online. [sumber]
Kini Pak Zami dalam kenangan.....saya salah seorang peminat arwah. Sejak kecil menonton lakonannya yang kebanyakkan komedi memang mengusik hati. Kalau dia bawa watak jahat mesti tak suka! Dari drama siri 'Opah' di RTM hinggalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu dll termasuk filem Hantu Kak Limah wataknya akan terus segar di kalangan peminat beliau.

Entri copy menusuk hati

*Salam sejahtera*

Sempena hari bapa tahun ini saya nak tempelkan entri copy paling menusuk hatiku...tulisan Cik Misi Fatimah, adindaku yang dikasihi :) Kata hatinya juga sama yang dikata-katakan di 'hati-hati' kami adik beradik. 
Ini kisah tentang buah hati saya. dari kecik, sampai besar, dia sentiasa ade masa saya susah dan senang. dia HEBAT. dia ialah ABAH!
Masa kecik2 dulu, bila nk buat menda jahat, jarang la nk ingat Allah memandang, malaikat mencatat amalan... tp, 1st sekali terdetik kat otak ni, -----> nanti abah marah!abah garang!
tak tipu, abah memang garang! tengok muka pun tau kan? memang slalu nangis sebab kena marah dgn abah. kecik hati dgn abah pun pernah. tp, nak melawan ckp abah memang takut la.serius!
Banyak benda yg abah sekat, kadang2 rase abah mengongkong. rase diri tu dah besa sangat, padahal, akal tu dangkal sangat nak di bandingkan dengan abah yang dah makan garam lebih dari diri ni.
Abah suka cakap serius. jarang nak nampak abah senyum, sbb tu 1st impression org bila jumpa abah, mesti ckp , "weh, abah kau garang." tapi korang tak tau, abah tu sweet orgnye. baik hati dan hensem. ;)orait, mari buktikan.
Abah semasa minggu exam
- tiap2 kali balik exam, abah akan tanye,
Abah : "Boleh buat tak exam?"
saya : Susah la bah...
Abah : Ape yg senang?

Ini baru betul 'terbaik dari ladang'

*Salam sejahtera*

Ada sesiapa yang ketinggalan mengikuti perkembangan SUKMA 14 yang lalu tak??? Emmm nak bagi tahu, lagi 2 tahun SUKMA 15 akan diadakan di Pahang Darul Makmur pulak yer....mesti best. Masa diadakan di Pahang pada tahun 1996 dahulu saya sempat mengikuti upacara perasmian dan menyaksikan aksi para atlet di stadium Darul Makmur Kuantan.

Hehe macam biasa, sebelum cerita intro mesti pot pet pot pet dulu kan. Ni citer yang terbaik bukan dari ladang Kak Aina sebab saya tak de ladang. Ini cerita pasal olahragawati SUKMA iaitu Ju Pha Som Net. Dia memang terbaek dari ladang. Ini cerita tentang beliau yang ditulis oleh wartawan Kosmo. 

Inilah Ju Pha...comel kan orangnyaaa.. :)

BLOG WALKING BESAR-BESARAN !!

*Salam sejahatera*

Lama benar tak join segmen bersama blogger. Kalau dulu rajin follow BA tapi lately tak sempat nak kejar entri kat blog dia. Kalau free saya lebih suka jalan-jalan blog kawan dan follow sahabat baru...

Ini ada segmen baru dari blogger Zippo Miller. Tajuk segmen diberi judul "BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! ". Tahniah Zippo sebab dah maju ke depan dengan mengadakan segmen untuk blogger. Akak ni teringin jugak nak mencuba tapi sebab kurang dikenali nanti sedihlah akak seumpama 'buka kedai tapi tiada pengunjung'. Kata orang 'dare to fail' tapi mungkin akak ni belum ada cukup keberanian mencuba sesuatu yang baru. Bukan pengecut cuma kurang berani jer..haha

Apa hal pulak akak ni membebelkan? - Haaa inilah kekuatan akak. Mulut suka pot pet pot pet, jadi kata-kata tu turun ke jari menaip bait-bait perkataan yang kalau ia berbunyi sah sah semua orang tutup telinga dan larikkk. Sebab apa?? sebab tak nak dengar Kak Aina membebel ler. Sama ada penulisan akak bermesej baik atau sekadar mengarut, pembaca boleh tentukan sendiri. Sesungguhnya yang tidak elok itu datang dari kelemahan akak sendiri. Jika baik ambillah buat pedoman.

Back to December lyrics



I'm so glad you made time to see me
How's life? Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while

You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why

Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time

These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call

Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall

And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time

I miss your tan skin, your sweet smile
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night
The first time you ever saw me cry

Maybe this is wishful thinking
Probably mindless dreaming
But if we loved again, I swear I'd love you right

I'd go back in time and change it, but I can't
So if the chain is on your door, I understand

This is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time, all the time

'Dunia baru' mereka


Apek (Khairul Fahmi) berlakon video klip [sumber]

Shaheizy Sam ikut jejak langkah Rain



Rain artis popular Korea juga masuk askar di negaranya. Di negara kita sesiapa yang nak jadi askar yang bukan sebagai profesion tetap boleh mendaftar menjadi askar wataniah. Lelaki atau perempuan boleh masuk asalkan anda tidak mengandung dan sihat tubuh badan. [rujuk syarat memohon askar wataniah]

Berita semalam melaporkan Shaheizy Sam dan beberapa artis lain termasuk Ana Raffali dan Datuk Siti Nurhaliza telah mendaftarkan diri sebagai anggota rejimen. Ya, mereka nak jadi askar wataniah! Sam nekad mendaftar diri sebagai askar wataniah demi meneruskan hasrat arwah ayahnya.

Dari mana dapat nombor telefon saya????

*Salam sejahtera*

Pernah tak seseorang yang tidak dikenali menefon dan mengajak berbual? Tambahan pula ia menelefon untuk membisikkan ayat-ayat cinta dan ingin berkenalan. Ermmm seandainya pemanggil orang yang dikenali atau secret admire korang yang menelefon buat pertama kali, mesti sukalah tuh kan....hehe

Apa yang senang di dunia ini?

Apa yang senang untuk dimiliki di dunia ini?

Apa yang senang?

Semua benda nak dapat harus bersusah dahulu barulah dapat bersenang lenang di akhirnya. Ada juga yang terus-terusan bersusah payah sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya bukan senang nak senang tetapi sangat senang untuk menjadi orang yang susah...

Jadi, apa benda yang senang di dunia ini? 

Makan tido...makan tido..makan tido....senang je kan? pejam mata atau sorongkan bantal terus tidur. Hulur makanan, suap ke mulut, telan dan kenyang. Semudah 123 dan ABC. Kacang sungguh kan?


Tak nampak bumbung rumah, nampak simpang pun jadilah

*Salam sejahtera*

Lama betul saya tak balik Dong...Ya, sejak hari raya tahun lepas. Rindu! Macam mana agaknya 'rupa' kampungku sekarang...Kekadang dalam beberapa bulan sahaja macam-macam pembangunan diadakan. Kalau tanya orang kampung mesti jawab, sama je semuanya....Namun, walaupun tak balik ke Raub, saya selalu berjumpa mak, abah dan adik-beradik kerana mereka rajin berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur. 

Pemandangan banjaran Titiwangsa yang merentas Highway

Makin positif

*Salam sejahtera*


Ini entry tertunda...sebab minggu lepas tak sempat nak transfer pic dari kamera ke pc. Lepas tu balik kampung. Baru hari ni boleh upload. Banyak pic masa kenduri nak share kat sini.
EPG @Hospital Selayang

Tempohari hari hubby checkup di bahagian oral. Doktor bagi tahu lepas ni dah tak perlu datang. Ini bermakna tinggal 1 lagi temujanji di Hospital Selayang iaitu bahagian mata. Rasanya matapun dah semakin ok. Kalau tidur, kelopak mata sudah boleh tutup hampir 95% rapat. Alhamdulillah syukur dan lega sesangat :)

Aku burung di dalam sangkar

Aku burung di dalam sangkar

Aku burung di dalam sangkar
Hidup terkurung hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Berkawan-kawan tinggi di awan

* Rasanya saya belajar lagu ni masa darjah 4 dalam kelas muzik. Hari ni buka buku muzik Luqman masa kemas beg sekolah dia. Ada lagu ni dan bila saya nyanyi dia cakap "eh macam mana ibu tau?" hehe...


Terkenang zaman persekolahan. The good old days.... :)

Monday blues....

Credit:[link] 

Catatan akhir Akademi Fantasia



2 hari off: Balik kampung

*Salam sejahtera*
Perjalanan pun belum mula, kaki belum pun melangkah keluar rumah, tapi dalam kepala duk pikir nak balik KL hari Ahad nanti mesti jem giler sebab ramai orang balik bandar semula sesudah cuti sekolah tamat! Highway Karak selepas tol bentong selalu jem. Tak tau apsal sokmo sokmo jadi gitu setiap kali cuti panjang sikit dan paling teruk masa raya.


Mungkin sebab banyak kereta buat 'lorong tambahan' sendiri atau ada construction lebuh raya. Aduss pelik dan geram betul. Time bz tulah diorang baik baiki jalan. Tapi dalam setahun 2 ni dah improve sikit dah. Kalau tak...sabar jelah. Emmm apapun hopefully Ahad nanti balik jalan ok macam biasa. Paling saya harapkan tiada kemalangan jiwa yang terjadi. Sesungguhnya diri saya sangat sangat TAKUT dan masih dalam keadaan TRAUMA :( baru ni masa naik teksi ke hospital hampir hampir je saya menangis kerana teksi dipandu sangat laju.

Perlawanan akhir Piala FA 2011

vs 

Yang bermain penuh semangat
Yang dibangku bersorak nyaring
Dalam suka sama beringat
Kalah dan menang adat bertanding

Dari jauh memburu juara
Bersatu hati kibarkan bendera 
Kita sahabat kita bersaudara
Elakkan diri timbul sengketa

Siapa jaguh siapa pemenang
Sabtu ini kita tentukan
Paling utama semangat juang
Permainan bersih kita harapkan

Piala FA jadi rebutan
Bukit Jalil saksi kejohanan
Penyokong Terengganu Penyokong Kelantan
Jaga diri jaga kelakuan
Kita angkat semangat kesukanan
Kita tolak jiwa permusuhan
Apa terjadi tetap berkawan
Bolasepak negara maju ke depan

Gomo kelate gomo!

Peteh ganu peteh!

Chaiyokkkk belake!!!!!

Mengandung atau buncit?

*Salam sejahtera*


Masa jalan-jalan kat blog BA tadi baca entri beliau yang bertajuk 'Bila perempuan prihatin'. Saya quote sedikit:
Dalam lrt tadi , aku berdiri .. cam biasa .. ramai orang .. aku dengan beg penuh dengan barang .. sah sah terpaksa makan ruang untuk berdiri .. hehe .. Berat tuu.. tak pe la..
Pastu aku perasan depan aku ni , sorang akak berbangsa melayu sedang sarat mengandung .. Hurm.... sian... aku pandang depan dia... sorang perempuan berbangsa india duduk manakala sebelah dia , perempuan berumur berbangsa cina , sedang baca suratkhabar .
Yang perempuan berbangsa india ni tidur .. tah betul tidur pon aku tak pasti la .. takkan nak g check mata dia kan ? Kang , aku lak tidur dalam lokap ...  Yang perempuan bangsa cina ni , dok asyik baca suratkhabar dia .. 
Bila dah abis.. dia terperasan akan akak yang berdiri ni .. Terus dia berdiri tanpa rasa ragu ragu.. Yang paling bagusnya , dia siap mintak maaf lagi , okeh ! Terharu aku weh.. [sambung baca kat sini]
Suatu ketika dulu, masa saya masih bekerja dan menjadi pengguna setia LRT, belum pernah lagi saya ketika mengandung tidak diberikan tempat duduk kecuali jika saya memang malas nak duduk dan memilih untuk berdiri di sebelah pintu masuk atau dekat tiang tengah. Bukan apa, supaya senang nak keluar. Jika duduk takut susah nak keluar dan ditambah pula dengan perot yang besar nanti nak kena 'langgar' orang pulak. Malu aii..:) 

K-Drama : Coffee Prince

K-Drama terbaru di NTV7 menggantikan Hotelier ialah Coffee Prince. Kisah cinta antara lelaki gay dengan tomboy. Hari ini baru episod pertama. Sangat nice citer dia. Heroin tu punyalah kuat sebab boleh dukung lelaki dalam citer ni.


Scene hero dukung heroin atau adengan mendukung orang memang wajib dalam mana-mana k-drama. Ada k-drama yang tak de adengan dukung mendukung? At least 1 scene mesti ada. Tak kisahlah siapa dukung siapa pun kan? Ok kalau nak nonton, lepak depan tv di chanel NTV7, 12pm setiap Isnin - Jumaat.

Hero dan heroin

Live your passion in 4x4 adventure

"Di China pacat-pacatnya agak luar biasa, kalau kita turun tu ada dalam 30 ekor menunggu...Tak boleh guna Bygon kena letak garam baru pacat tak datang. Pacat dia adalah besar jari kelengkeng. Kalau dah kenyang tu besar-besarlah.."
Itulah pengalaman seorang peserta wanita yang diceritakan dalam MHI pagi ini. Seriau tak???Beliau bakal mewakili negara dalam rainforest challenge kot. Saya bukak tv pon dah tengok sekerat jalan jadi tak tau the whole story. Tapi website yang diorang letak kat skrin tv boleh terjah kat sini.

Tagline: Live your passion in 4x4 adventure :D

Whats ur favvy B-Boys crew?


Dah start ...dah start...stop blogging dan blogwalking jap untuk tengok B-Boys kat Showdown. Malam ni tema ialah rock dan juri jemputan Noh Hujan... :D

So, mana satu krew pilihan anda? 
8tv 930pm, Khamis


My rank:


Elecoldxhot


HMC Plow


Panic
*krew pompuan ni siyes bagus

Tabik spring Pak Harun :)

Susulan isu video panas dan kontroversi pengarah video berkenaan, hari ini Presiden Seniman buka mulut untuk menyatakan pandangan beliau....
"Jangan dia (*G*) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.

Wordless Wednesday fiesta ?

*Salam sejahtera*

Cuaca indah hari ini. Di luar mentari mula menebarkan sinarannya ke seluruh alam maya. Sungguh agung ciptaan Yang Maha Esa. Subhanallah! Syukur kerana kita masih bernafas dan dipanjangkan umur untuk menapak di bumi Tuhan ini dan hidup dengan aman dan sejahtera bersama keluarga.

Di rumahku amat sunyi....Sambil menanti suamiku bersiap-siap untuk ke hospital, papan kekunci dan tetikus menjadi permainan untuk bergurau senda dengan pc kesayangan....Huwahhhaha, rindu pada anak-anak. Suara gelak tawa, gurauan manja, jerit tangis dan riuh rendah bunyi bising tatkala mereka berempat bermain. Semuanya telah di bawa pergi pulang ke kampung. Walaupun seketika, namun lama sungguh rasanya perpisahan ini. Walaupun ini peluangnya ibu dan abah kembali bercinta, namun terasa ada banya ruang kosong di antara 2 jiwa kami.

Kesunyian inilah mungkin menyebabkan lahirnya entri sunyi sepi dan rindu dendam ini yang didedikasikan buat anak-anak yang kini mengikut rombongan pengantin sepupu ke Kelantan. Selamat Pengantin Baru Faizal(Ijan) yang akan mengangkat akad nikah bersama Siti Nor Ain pagi ini. Semoga perjalanan majlis berjalan lancar dan rombongan pengantin selamat pergi dan selamat juga pulang ke Maran Pahang. Insha Allah.

Wordless Wednesday fiesta ?

Ramai yang turut berada in silent mode pagi ini. Mari kita sharing kesunyian ini bersama-sama :) Sebelum tu sila singgah baca kat blog ini dulu.

Wordless Wednesday

Midnite Blogwalking

Urggghhhhh mengantuk gak ni. Baru habis terjah my bloglist VIP dan Hang Bertuah. Ada lagi 2 (Intan Payung dan Si Buntat) dan kalau sempat nak terjah kejap lagik.

Malam ni teman berteman menemankan boypren ku yang kerja overtime. Bukan bekerja kat ofis pun, keje di rumah ni je. Dia mengadap lappy dia, saya dengan pc kesayangan ini. Wah hahaha...