"Lu jangan kerek sama gua"

 Lirik lagu Kerek - Bandi Amuk (OST Karak)

Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik

Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula bertapa di sini


Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi


Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah


Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai bikin kerek sama gua


Lagu Kerek ini ciptaan Edry KRU untuk filem Karak. Minggu lepas saya dah menonton dengan 'boypren' saya dan pada pendapat saya citernya best dan kreatif. Mungkin sebab saya dah membaca analisis dan review ramai bloggers sebelum menonton jadi, ia sangat membantu dalam memahami jalan cerita yang penuh mesej tersirat.. Ini berbeza dengan pandangan boypren saya yang menonton sambil menahan mengantuk. Katanya takde lah best sangat - sama dengan pendapat kebanyakan bloggers dalam review mereka. Mungkin sebab dia nak menonton Kung Fu Panda tapi bini dia ni amik tiket citer melayu. Hehe...:)



Sebenarnya target saya ialan nak nonton Jack Sparrow, tapi seat yang tinggal kat paling bawah sekali. Maka pilihan ke-2 jatuh kepada KARAK. Pesan saya pada boypren kat sebelah sebelum muvie start, "lepas ni kita jangan balik kampung waktu malam yer". Ini sebenarnya tujuan bila menonton Karak. Almaklumlah kampung kami ni kat Pahang sana. Jadi highway Karak memang pasti lalu tetapi tak pernahlah setakat ni bertemu kejadian ngeri seperti ini. Nauzubillahu min zalik. Masa kecik-kecik dulu pernahlah juga lalu jalan lama yang dikatakan berpuaka tu. Lalauan bengkang bengkok yang setiap kali lalu mesti fening kepala...Muntah weh..Tu citer zaman kecik-kecik dululah bila abah dan mak bawak kami adik beradik jalan-jalan ke KL.




Rasanya kalau Ucop Wilcha pemes dengan "kita bako" atau "ce cite ce cite" muvie ni boleh kot bagi kat dialog akak berkebaya yang mengacau Jack tu. 

"Encikkkk boleh tolong saya encikkkk..." haha seram siot. Tapi mana ada orang nak cakap macam tu kan? Pengalaman adik saya menjaga kaunter bank, ada ja pelanggan yang menggunakan ayat "ce cite ce cite" bila memintanya memberikan penerangan sesuatu permohonan.

Korang tahu maksud 'kerek" ??? menurut kajian tak rasmi blogger ini....
"Masa aku kecik2 dulu, orang dewasa yang aku kenal telah guna perkataan "kerek" untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus. Masa di sekolah asrama pulak, perkataan kerek tu jarang digunakan, tapi bila digunakan, maksudnya tetap sama, iaitu untuk gambarkan sifat eksyen / berlagak / macam bagus. 

Masa aku banyak berkawan dengan budak2 dari sekolah2 lain pulak, aku mula sedar bahawa penggunaan perkataan kerek tu ada masanya tak membawa maksud yang sama. Ada orang guna perkataan "kerek" untuk gambarkan sifat cool / terror / hebat. Aku tau lah, di sebelah selatan tanahair, memang ada orang guna perkataan "gerek" (dengan huruf "g") untuk gambarkan sifat cool / terror / hebat.." [baca penuh di wira budiman.blogspot.com]
Lagu Kerek ini muncul di ending cerita. Masa tu 2 mat metal dalam van, dan 'bercakap besar'. Mungkin 'hantu-hantu' di Karak tu nak bagi pengajaran bahawa "Lu jangan kerek sama gua, nanti gua kacau lu semua!!" ...ooooo ni rupanya maksud tersirat dalam lagu Kerek dan filem Karak kot? Sebab tu hantu-hantu metal join mamat 2 orang yang kerek head-banging kat seat belakang sambil layan lagu heavy metal. Perasan tak, hantu-hantu 3 ekor tu dengan mat metal tu cam kembar seiras je kan? heheh jangan marah ek :P


*MORAL: jangan simpan rambut cam hantu,sikat bagi kemas dan terurus 
           *lalu kat tempat keras jangan kerek (cakap besar/sombong)

2 comments:

ZIPPO MILLER said...

ala....nak pg tgk nak pegiii

Aina said...

tengok jangan tak tengok zippo. tapi jangan kerek kerek tau. hehe :P