Showing posts with label MyDapur. Show all posts
Showing posts with label MyDapur. Show all posts

Pertama kali makan jambu botol





Terima kasih kepada Encik Khairul yang sudi memberikan sedikit kepada kami hasil dari pokok jambu botol dari kampungnya di Jeram. Rasanya kelat dan masam. Saya tak suka kalau dimakan begitu sahaja. Tapi kalau dicicah dengan kicap+lada+gula sedikit memang kecur air liur. Sedap.



Nasi ayam untuk menu sahur

Mengajak anak-anak kecil bersahur kekadang tidak mudah. Mereka juga baru belajar dan makan awal pagi memang payah jika tidak kena masakannya. So,kebanyakan hari-hari puasa kami dihadapkan dengan menu ayam. Kalau ada ayam mesti anak-anak suka dan nasi pun laju aje dihabiskan. Kalau menu ikan, sampai habis imsak pun masih menyuap.

Ada dua kali bersahur kami makan nasi ayam. Kali pertama tu nasi ayam biasa dan kali kedua tu modenkan sedikit dengan menggunakan ayam dari paket Ayamas Crispy dan acar nenas.



Nasi ayam moden. Guna ayamas crispy dan acar nenas
Resepi:

Untuk nasi, tanak macam biasa. Masukkan kiub ayam knorr, pewarna kuning atau serbuk kunyit serta daun pandan.

Goreng beberapa ketul ayam dari paket Ayamas Crispy. Potong sebelum dihidangkan.

Sambal - blender tomato dan bawang putih. Masakkan hingga pekat sekejap dengan campuran cuka, gula, garam dan cili sos/cili blend.

Biasa orang letak salad dan timun untuk ulaman. Saya tukarkan dengan acar nenas. Tumis bawang(putih+merah. Juga masukkan beberapa biji bawang kecil yang bulat), cengkih, pelaga dan serbuk kayu manis sampai naik bau.Masukkan biji sawi dan nenas yang dipotong kecil. Masukkan air sedikit dan biar pekat dan nenas layu. Masuk cuka, garam dan gula secukup rasa.

Cendol pulut yang menyegarkan

Salam

Sudah rancang menu berbuka puasa hari ini? Apa kata cuba cendol pulut? sangat best. Cuma tanak pulut macam biasa. Selepas masak, senduk pulut dalam mangkuk dan campurkan dengan cendol, jagung dalam tin dan lain-lain bahan yang anda suka. Contohnya, kacang merah, cincau, sagu dll. Ada juga yang suka ais, letak ais di dalamnya.Kalau tak suka ais hanya pastikan kuahnya sejuk di dalam peti ais sebelum dituang ke atas cendol pulut.

Untuk kuah boleh gunakan santan(+secubit garam). Untuk pemanis gunakan gula merah atau gula kabung yang dimasak terlebih dahulu hingga pekat.

Selamat mencuba!


Petang-petang ni jom menjala!

Bukan menjala ikan yer.....

Ni menjala kat dapur. Jom!

Jala-jala Roti Jala.

Pertama kali buat. Tak berapa cun. Hehe..tangan ketar weh....

jangan pandang rupanya, kena rasa baru tau....:)

Resepi check kat dapur ini. Kalau nak kelainan, CMG ada resepinya. Sini.

Aktiviti sushi mushi :XD

Starter kit for sushi maker

Bubur guli


Inilah guli-guli yang dibuat daripada campuran tepung ubi, tepung beras dan tepung pulut. Campuran tepung-tepung tersebut dijadikan doh dan dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna. Kemudian masak guli di dalam air panas dan tunggung hingga terapung/timbul. Selepas timbul boleh angkat ke tepi.

Beriyani Bario

Tempoh hari semasa adik Kak Aina balik ke Sarikei, dia bawa balik beras bario hasil tuaian ibu mertuanya. Beras bukit tersebut agak halus berbanding beras biasa. Memandangkan masih ada berbaki 2 pot yang belum dimasak, terfikir idea untuk membuat beriyani.



Rendang Kambing Derhaka. Haa 'derhaka' sebab tak letak rempah kari paket dan digantikan dengan pelbagai rempah ratus yang ditumbuk sendiri. Hemm oklah juga. Hubby ingat beli dari kedai yuuuu...Bagi mereka yang tak minat dan tak makan gulai kari boleh cuba ya...resepi sama je kalau google. Bezanya jangan letak rempah kari tapi buat sendiri (kisar) rempah ratus yang ada tu...
Sebab tak de stok timun dan nenas untuk buat acar, saya ganti dengan kerabu taugeh. Tak sesuai? Haha...hentam sajalah labooo... 
 p/s

Resepi sila google. Mana-mana sama aje...yang penting hasil. Rasa boleh diubah-ubah depends tekak masing-masing. Heeee...

Sarap paling best di donia

SajiMee Kari Special

Resepinya sangat ringkas dan mudah.

Mula-mula rebus air dan masukkan ayam. Campak serai dan bawang kisar.
Agak-agak dah menggelegak, masukkan perencah mee segera brand Saji Mee, 
mee dan sayur kobis.


p/s 
Boleh ubah suai ikut selesa masing-masing. TAPI, 
try lah SajiMee, produk Felda yang sangat ummmph!!
Lebih sedap dari mee sedap. Komfem. Hehe..

Diet, diet jugak, TAPI kalau sarap kene 
mabeles....hihikkk :D

Belimbing buluh rebus

Buah belimbing buluh 
Google image

Masa mengemas dapur bebaru ni, akak bukalah 1 tupperware tu. Memang tak ingat betul isi kandungannya. Bila buka, rupa-rupanya berisi belimbing buluh rebus. Kalau sesiapa tak kenal apa itu belimbing buluh, tengok gambar di atas...

 

Belimbing buluh rebus ini pemberian mak Kak Aina 2 tahun lepas. Bayangkan masih elok dan boleh dimakan lagi. Belimbing buluh direbus bersama garam sampai hitam. Jadi sebab itu ia tahan lama walaupun disimpan di luar. 

Bagi kebanyakkan orang Pahang, kami guna belimbing rebus ini untuk memasak sambal hitam. Sambal ikan bilis yang dicampurkan dengan belimbing rebus akan menukar kalernya menjadi warna hitam bukan sebab letak kicap.

Makanya, bila dah ada stok belimbing rebus, wajiblah masak masak kan.......tadaaaa, inilah rupanya.

 

 Selain dimakan bersama nasi putih, makan dengan roti putih pun sedap. Sapu sedikit susu dahulu.


 Lipat roti, dan sedia untuk mamam...:)

Malang...putus kepala!

Malang tak berbau...

Even dah berhati-hati...

...kekadang tersilap langkah jua...

Apa nak buat...dah nasib badan dialah....Tangan akak ni kekadang ok, tetapi kekadang tersasar juga memenggal kepala dia..

Haha..kesian ikan keli ni. Tak comel doh, tapi tetap sedap dimakan...kepala tak penting! Yang penting isinya menten mantop:)

Jangan marah nooo :P

Jantung pisang masak apa best?

Haaa...Kalau ada pokok pisang sendiri, kan boleh makan free. ..
Kalau pergi ke kedai makan, jantung pisang biasa orang buat masak rebus sebagai ulam dan dimakan cicah bersama sambal. Selain tu ada juga yang buat masak kerabu atau pincuk. Kak Aina suka juga makan tapi tak  berapa pandai masak kerabu. 

Teringat masa di kampung dulu, mak akak pernah masak jantung pisang berlada. Maksudnya tumis dengan segala bahan jadi macam sambal jantung pisang gitu. Syaratnya, mesti pedas dan gunalah cili api baru meletup-letup rasanya.


Inilah rupanya jantung pisang yang dah siap dimasak. Silalah cuba untuk kelainan dalam masakan jantung pisang.

Resepi Jantung Pisang Masak Pedas/Berlada:

Lada kecil/cili api
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Asam jawa

Cara:

1 - Tumbuk /blend semua bahan 
2 - Tumis di dalam kuali
3 - Masukkan jantung pisang yang siap dihiris nipis/sederhana tebal
4 - Masukkan air, tunggu sampai empuk 
5 - Masuk garam, gula, asam jawa secukup rasa
6 - Tunggu sedikit kering, boleh tutup api dan hidangkan.

Sarapan roti kepal

Tahu tak roti kepal?

Haaa, tak payah pelik, sebenarnya ia roti keping biasa tu dikepalkan sebelum di campak ke dalam secawan milo panas. Hehe....Terbaekkk!

Sebenarnya, tempoh hari masa sediakan bekal roti sapu jem dan marjerin( +sedikit gula) untuk anak-anak bawa ke sekolah, akak potongkan kerak roti tersebut supaya mereka senang nak kunyah dan tak ambil masa lama untuk habiskan bahagian keraknya.

Jadi, lebihan kerak yang dipotong itu akak simpan untuk kegunaan masa depan. Angan-angan nak buat puding roti. Tak dan (tak sempat), menunggu masa depan tiba, tatkala kelaparan boleh juga dijadikan sarap terbaik. Cara akak:

1) Mula-mula bancuh secawan milo kosong (+ 2 sudu susu tepung full cream Duth Lady anak yang dah 2 bulan tak habis-habis). Kacau sebati di dalam air panas tu hingga naik bau harumnya.

2) Keluarkan kerak roti (kalau korang nak guna bahagian lembut pun boleh). Kepal kan kecil-kecil ikut sesuai saiz mulut anda. Masukkan ke dalam air milo, tak perlu rendam lama-lama terus suap ke mulut. 

Yummy. Jangan lupa baca doa sebelum makan.

KAK AINA: Ini sarapan alas perut pagi-pagi selepas bangun Subuh dan sebelum buat kerja rumah. Lepas buat kerja mesti lapar lagi. Jadi, kena masak yang berat-berat pula, macam mee goreng ke, nasi goreng ke dll. Hurmmmm...(mana tak gummuck!) - Gambar roti Kepal kat sini.

Menu berbuka lagi pt 5

*Salam Sejahtera* 

Lagi inspirasi menu berbuka untuk tatapan....Alhamdulillah syukur atas rezeki.

Jemput2 /cucur / cekodok

Pisang goreng (tanpa tepung, ditabur gula sikit bila diangkat)

Pengat Pisang Ibu Mertuaku...Hehe mak dah buat dah:D

Wordless Wednesday: Rojak mi (lidi)


Menu berbuka semalam pt 4

*Salam sejahtera*

Semalam sebagai memperkenankan hajat ibu mertuaku yang telah mengirim macam-macam 'barang hantaran' untuk menyediakan masakan di bulan puasa ni maka ai pun  buatlah bubur lambuk. Alhamdulillah.

Bubur lambuk resepi ibu mertuaku....

Menu berbuka semalam pt 3

*Salam Sejahtera*


Acilah ye pagi-pagi lagi menayangkan gambar makanan. Sebenarnya ia sebahagian menu berbuka beberapa hari lepas. Ni baru berkesempatan nak tayang. Macam biasa harapan saya korang tak terliur dapat idea nak masak apa hari ini..:D

Bubur kacang mabeles...:D

Puding roti kukus berkuah (kastad+air gula merah)

Menu berbuka semalam pt 2

*Salam Sejahtera*

Bulan puasa nilah nak ambil kesempatan mengecikkan saiz perot pinggang kan? Tah kenapa teringin pulak nak makan nasi lemak. Hari sebelum masak nasi ayam. Luqman request. Tapi tak sempat nak snap gambar, sebab lepas berhidang dah nak masuk waktu. Apa lagi semua pon makan ler...Ye ye lepas baca doa bukak pose:D

Ni lah menu semalam....bukan nak suruh awak awak dan awak jamu mata terliur tapi kot lah boleh beri idea nak masak apa ari ni...

Menu berbuka semalam

*Salam Sejahtera*


Layan mata yer. Moga memberi ilham untuk korang yang pening fikir apa nak masak petang ni. Ke ada yang sudah jadualkan menu-menu untuk berbuka dan bersahur untuk selama 29/30 hari Ramadhan? memang bagus betul kalau macam tu...tapi ada ke?

Spaghetti 

Patin masak tempoyak, Pahang mali maa:)

Lompat tikam beli:D

Ni cendol yang duk teringin nak buat. Alhamdulillah jadi pun. Tapi cendol tu tak best lah pulak...Cendol tu saya beli kat JJ. Nampaknya lepas ni kena cari cendol home made pulak...heee nak buat sendiri tak reti. Penah try tapi failed:P

Sambal bacang meletops!

*Salam Sejahtera*

'Ada bau-bau bacang' merujuk kepada hubungan persaudaraan yang mungkin wujud secara jauh. Kenapa bacang? Ia disebabkan baunya yang menusuk hidung walaupun dari jauh. Sesiapa yang tak kenal buah bacang boleh lihat dalam pic di bawah.


Tapi bukan kedua-duanya ialah buah bacang tau...Ce ce teka mana satu???

Koleksi 'dapur berasap'

*Salam  Sejahtera*

Lama tak share pic dari dapur akak kan. Kali ni, saje nak menunjuk-nunjuk hasil yang tak seberapa ni kat korang. Almaklum skrang sudah terasa bahang bulan puasa. Ramai yang sedang berpuasa sunat dan puasa ganti. Elok sangatlah tu....ganti cepat-cepat jangan sampai masuk Ramadhan yang baru pulak yer...