Dari mana dapat nombor telefon saya????

*Salam sejahtera*

Pernah tak seseorang yang tidak dikenali menefon dan mengajak berbual? Tambahan pula ia menelefon untuk membisikkan ayat-ayat cinta dan ingin berkenalan. Ermmm seandainya pemanggil orang yang dikenali atau secret admire korang yang menelefon buat pertama kali, mesti sukalah tuh kan....hehe


Sudah banyak kali saya mengelak menerima panggilan telefon daripada 'nombor yang tidak dikenali'. Biasanya saya membiarkan panggilan tersebut tidak berjawab. Kelmarin saya terdetik menerima panggilan dari nombor 0129****** dengan fikiran mungkin seseorang yang dikenali memandangkan pangkalnya '9' yang menurut saya nombor dari negeri sebelah pantai timur. Saudara dan kawan-kawan saya kebetulan ramai dari sebelah sana.

Ternyata telahan saya meleset kerana ia panggilan dari hospital. Pemanggil ingin mengambil masa saya untuk mempromosikan kampen Jantung sihat dan mencegah kanser. Ya sangat bagus kampen itu. Masalahnya, dari mana nombor saya diperolehi. Menurut beliau mungkin seseorang yang pernah mengikuti sesi kaunseling dengan pihak hospital atau kampen kesihatan mereka sebelum ini meninggalkan nombor telefon saya. Ya ke???

Terasa sedikit privasi saya terganggu. Ini bukan pertama kali. Kadang-kadang ada panggilan berupa sesi soal selidik dan promosi produk dsb...Korang pernah kena tak?? teringat dahulu pernah saya ditawarkan hadiah penginapan percuma bermalam di hotel. Kalau nak dapat hadiah tersebut kena datang ke hotel mereka. Selidik punya selidik kawan ofis saya yang memberikan nombor telefon kepada pihak berkenaan. Sakit hati betol masa tuh. Alasan beliau, dia masih bujang dan saya sudah berkahwin, jadi lebih sesuai katanya...pandai-pandai sungguh dia main pass pass nombor tanpa kebenaran..

Ada seorang kawan yang pernah terkena hal yang sama. Katanya bagi membuktikan kesahihan tawaran tersebut, dia pergi ke hotel dan rupa-rupanya ada udang di sebalik mee... Sebelum  mendapatkan 'hadiah' yang ditawarkan, pihak berkenaan mengambil masa kawan saya itu untuk mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan mereka. Susah payah akhirnya kawan saya dapat melepaskan diri dan mendapat hadiah yang dijanjikan tanpa terjebak di dalam taktik mereka. Bayangkan dia terpaksa bertegang leher dan diikut sampai parking kereta untuk didesak mengambil perkhidmatan yang ditawarkan. Sampai begitu sekali terdesaknya mereka. Kawan saya itu kebetulan ingin berbulan madu jadi dia 'lawan' habis-habisan sampai berjaya. Kagum saya kejap pada dia...

Mana ye pihak-pihak macam ni dapat nombor? Kalau saya sendiri tak sampai hati kot nak bagi suka suki nombor kawan pada mana-mana pihak. Bukan ke mengacau privasi seseorang walaupun niat korang baik. Aduhai...fikir-fikirkan sebelum bertindak :)


Maaf jika selepas ini saya tak angkat phone. Tak mahu terkena lagi. Sms dulu dan perkenalkan diri jika awak kawan saya :)

8 comments:

Unknown said...

ieda tak suka angkat tepon yg tak kenal, rasa cam takut je. :)

iPai said...

wah .. dasat juga tuh ..

ZIPPO MILLER said...

same la...zippo number tak kenal memang x angkat punye...bia la sampai diorg anta msg bg tau siape diorg...baru zippo angkat

honey amour said...

dasat! memang takkan layan org yg tak kenal ni..:))

salam kenal..

btw..need ur idea babe... klik je---> : sini

Aina said...

Ieda,
mulanya tak nak angkat tp duk fikir kot kot member kan.sbb baru2 ni tukar phone, jadi takut nombor kawan2 lama hilang.bila diorang calling back nama derang x appear..

Aina said...

Ipai,

x delah dasat sangat.x pernah kena yg dasat dasat setakat ni.Alhamdulillah...cuma terjebak melayan panggilan hangit jer

zippo,

tulah pasal next time akak tgu derang sms dulu kan...

Aina said...

honey,

salam kenal juga.thanx singgah kemari.dah follow awak :)

Anonymous said...

kami pun risau juga kalaw unknown number call nie ... takut maxis call suruh bayar bill .. hahaha