Tak nampak bumbung rumah, nampak simpang pun jadilah

*Salam sejahtera*

Lama betul saya tak balik Dong...Ya, sejak hari raya tahun lepas. Rindu! Macam mana agaknya 'rupa' kampungku sekarang...Kekadang dalam beberapa bulan sahaja macam-macam pembangunan diadakan. Kalau tanya orang kampung mesti jawab, sama je semuanya....Namun, walaupun tak balik ke Raub, saya selalu berjumpa mak, abah dan adik-beradik kerana mereka rajin berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur. 

Pemandangan banjaran Titiwangsa yang merentas Highway


Terowong genting sempah


Sudah sampai area Bukit Tinggi




Sudah sampai Bentong


Tu dia signboard tunjuk arah ke Raub!


Tu dia, tu dia ..simpang/exit ke Raub !


Tol Karak


Pemandangan sepanjang LPT mesti ada sawit sebab merentas ladang sawit felda-felda

Selain itu merentas bukit bukau berbatu yang telah di'cantas' dan di'potong'


Cantikkan pemandangan? Perjalanan di siang hari nampaklah segala keindahan ini tetapi kalau malam layan keindahan mimpi ajelah. Semua gambar ni diambil dari dalam bas. Seronok gak naik bas berdua. Terkenang zaman baru kahwin dulu. Masa tu kami tiada kereta. Nak balik kampung, berebut naik bas. Penat tapi seronok juga. Sebelum saya bersalin anak sulung baru kami memiliki kereta. Betul-betul sehari sebelum bersalin. Nasib baik sebab Luqman 'keluar' awal 2 minggu dari due date.

0 comments: