Bercinta pun perlu bajet?

*Salam sejahtera*
Siapa kata cinta tidak perlukan duit??? Memang cinta itu FOC, tapi ada orang perlu berusaha dengan duit untuk mendapatkan cinta hatinya...eg. beli bunga, hadiah, bersms, telefon dsb.

Bila dah bercinta mesti nak bergayut kat phone. Dulu-dulu nak telefon mesti kena ada banyak syiling dan juga kad telefon untuk 'suap' pada telefon awam. Sekarang duit perlu untuk beli topup henfon.

Bila dah puas bergayut kat phone, nak pergi dating pulak. Ada orang dating tepi tasik atau kat dalam semak yang FOC, tapi itu ingat tak kena duit ker? Minyak motor, minyak keta atau tambang bas/teksi nak ke mana-mana siapa nak tanggung? Dah sampai kat mana-mana port, perot mesti naik kembong 'makan angin' jer atau 'makan asap'...Korang mesti nak cari something untuk makan-makan pulak kan? Duitttttt jugakkkkk :P

Lelaki atau perempuan nak kena bayar? 50-50? atau lelaki sahaja (baru macho dan gentleman)? Kalau 'anak ikan' mungkin sugar mummy/dady boleh support kot?hehe jangan jangan jangan monyet cari dosa !

Ok ok ok..apapun, tak baik berdating ni (ye ke?), jika anda belum berkahwin(lah). Nanti nak pegang-pegang, tak pegang pun nanti mesti nak pandang-pandang, dan puas pandang balik nanti berangan sampai mandi tak basah dan makan tak kenyang. Aduhai kesian, malam pun tak tidur lena..kalau berjaya tidur pun, tak cukup tidur...Itulah karenah orang bercinta kan? Jadi elok bercinta sakan selepas kawin dik oiii. Balik rumah tetap bersama....hehe

Kesimpulannya, bercinta kena ada duit. Jadi kena pandai buat bajet kalau tidak, mesti end of the day sengkek korang! Kalau tak nak pening kepala, better jangan dating kat luar. Dating kat rumah awek, nanti suruh awek tu sediakan kuih muih atau lunch menu yang dia masak sendiri...Eh boleh ker? Bolehhhhh..asalkan ada parents dalam rumah. Jangan berduaan yang menimbulkan syak...Kalau dating kat luar, tapi awek bawak bodyguard(adik atau kawan) mesti boypren nak kena support jugakkan.....kempis poket :(

Bagitulah alkisahnya dengan 'boypren' akak ni...Kesian kena pau 2 hari berturut-turut. Hehe, dah lama tak dating, jadi saja nak puaskan hati jalan-jalan kat Wangsa Walk, tengok movie dan makan-makan yang mengenyangkan :D

Aktiviti hari Sabtu dimulakan dengan window shopping (jerrrr) :P




Lepas makan kat Subway, saya my boypren nak makan lagi jadi masuk kedai ini pulak. 


Tapi tak jadi makan kerana tetiba hilang selera selepas nampak sesuatu dari tingkap dapur mereka...hahahha kalau tak kerana dapat meja dekat tingkap dapur ni mesti kami dah makan kenyang siut...hihi 

Balik rumah, lepas Maghrib, outing ke JJ pulak. Shopping baju untuk anak-anak(jer) dan makan-makan (lagi..?) 

Hari Ahad, ke Wangsa Walk lagi. Ada misi yang belum selesai....Ini dia. Thanx to TGV and Nuffnang for the birthday gift.



 
Karak - siapa kata Karak tak best??? citer hantu memang mengarut jadi, part tu jangan komplen banyak3. Pada hemat saya, Karak 'kreatif'....

Lepak sini kejap sebelum masuk panggung

Spaghetti Arabiata

  Dah kenyang baru masuk tengok movie..layan!!!


Aik, kejap dah habis...my 'boypren' seb baik tak terlena sebab terlampau menghayati citer ni :P

Thanx hubby for this great moment. Love you...Kan manis bercinta dan dating selepas kawen...Tapi sama ada dah kawen atau belom, nak berdating kena bajet betul-betul. Nanti tak sampai separuh bulan, duit gaji dah abes!terpaksa menunggak hutang pulak. Huhu :( Bercinta biarlah bahagia, jangan sampai menderita (hutang, berlapar, dll). Buatlah pilihan yang terbaik :D Kisah ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai panduan dan pedoman kepada couples yang sedang hangat bercinta tu...

Selamat pengantin baru kepada couples yang baru berkahwin minggu ini. Tahniah adik-adikku! :) 

0 comments: