3 atlet diminta segera serah sampel ujian anti-doping
04/06/2011 12:26pm
MELAKA 4 Jun — Tiga atlet pecut negara yang kini berada di Bulgaria selepas mengelak daripada menjalani ujian anti-doping bulan lepas, dinasihatkan segera menyerahkan sampel untuk ujian itu atau pulang ke Malaysia. [sumber]
Apakah doping?
Penggunaan ubat untuk meningkatkan prestasi atlit disebut dengan istilah "doping" dalam dunia sukan. Penggunaan ubat-ubatan (yang mengandungi bahan terlarang )dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi dianggap tidak beretika oleh sebahagian besar organisasi sukan antarabangsa.
Ujian anti-doping akan dilakukan bagi memastikan setiap temasya sukan tidak dicemari dengan penggunaan bahan terlarang terutama yang mengandungi dadah. Dadah yang terkandung di dalam ubat-ubatan biasanya akan memberikan kesan baik terhadap badan dan sekiranya mendatangkan kesan buruk ia dianggap racun.
Oleh itu setiap atlit diminta berhati-hati dalam mengambil sebarang pil tambahan dan pil tradisional untuk badan. Sebarang ubat harus berada di bawah seliaan pegawai perubatan kontijen atau doktor di majlis sukan negara. Ini dapat memastikan mereka tidak tersilap mengambil ubat yang mengandungi bahan terlarang. [sumber]
ATLET pecut wanita negara, Siti Fatimah Mohammad merayu agar hanya dikenakan hukuman ringan ekoran tindakannya melarikan diri ketika diminta menjalani ujian antidoping oleh Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil pada 24 Mei lalu.
Fatimah berkata, dia mewakili dua lagi rakan yang lain iaitu Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling yang turut terlibat dengan tindakan sama berharap hukuman yang bakal mereka hadapi tidak terlalu berat kerana mereka masih mahu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
[bacaan tambahan]
“Jika kami benar-benar didapati bersalah, kami terima segala keputusan tetapi jauh di sudut hati kami semua, kami sebenarnya masih mahu meneruskan karier kami sebagai atlet olahraga negara.“Diharapkan hukuman yang bakal kami terima itu nanti tidaklah terlalu berat sehingga boleh menjejaskan karier kami. [sumber]
Majulah sukan untuk negara !!! :)
0 comments:
Post a Comment