*Salam sejahtera*
Semalam saya turut terjebak mencari siapa blogger 14 tahun yang mengaku tiada dara. Nauzubillah. Pendek akalnya. Sementelah isunya sudah bikin riuh dunia blogging, page di blognya sudah dibuang tetapi dapat juga saya baca di blog lain yang quote entrinya. Mmmmm.. Bukan blog adik tersebut sahaja, saya terjebak membaca sebuah blog remaja lain yang tiada pengakuan kontroversi namun, tulisannya yang sangat bagus di situ tercemar dengan penggunaan bahasa yang 'kurang ajar' dan 'kurang manis'. Penuh dengan kisah dia dengan boyfren-boyfrennya...
Inilah yang terjadi kepada kebanyakan remaja hari ini. Saya mempunya 4 anak lelaki yang masih kecil tetapi kepala otak saya duk memikir dan dalam hati penuh kerisauan. Besarnya cabaran menjadi ibu bapa pada masa sekarang!!
Pendidikan anak-anak.
1) akhlak
sejak dari kecik, akhlak anak-anak harus dibentuk dengan akhlak yang baik, ajari mana yang betul dan salah, ajar cara menghormati orang yang lebih tua, dsb. Sebagai ibubapa kita tunjuk pula tauladan yang positif untuk mereka contohi.
2) akademik
Hantar anak-anak ke sekolah kerana dengan itu mereka akan menjadi manusia yang ada ilmu, supaya berguna kepada mereka di masa depan. Anak-anak bakal menjadi generasi akan datang yang menyambung tamadun bangsa, negara dan tunjang kepada agama.
3) agama
Berikan pendidikan agama juga, sehala dengan akademik mereka. Keseimbangan antara dunia dan akhirat akan menjadi pelindung dan petunjuk kepada mereka dalam ujian kehidupan.
Anak-anak yang salah boleh dihukum dan dipukul mengikut tatacara yang dibenarkan. Sebagai contoh jika tidak bersolat. Tapi umur berapakah harus dipukul? 2 tahun? atau 20 tahun?
5P
1- Pukul
Tujuan utama mestilah untuk tujuan menghukum (bahagian bawah badan dan tapak tangan sahaja).
2- Pujuk
Selepas marah dan pukul anak, pujuk mereka supaya mereka 'sejuk hati' dan tidak menyimpan dendam dengan ibu bapa.
3- Peluk
Pelukan merupakan hadiah dan cara memujuk yang terbaik di samping ciuman kepada anak-anak. Memeluk anak-anak mesti dilakukan oleh para ibu bapa sebelum anak-anak merasa terasing dan mencari bahagia di dalam pelukan orang lain di luar sana...
4- Penghargaan
Setiap kebaikan atau perkara yang elok yang dilakukan oleh anak-anak sebaik-baiknya diberikan penghargaan oleh ibu bapa. Banyak cara untuk menghargai anak-anak kita. Contohnya memberi hadiah.
Hadiah pula ada pelbagai jenis. Sebaik-baik hadiah biarlah yang bermanfaat dan boleh memberikan kesan positif baik dalam jangka masa pendek ataupun panjang.
Contoh yang diberikan (ustaz dalam tv) memberi anak gadis pokok bunga. Lebih elok dengan pasunya sekali. Ajar mereka bagaimana menjaga tanaman bunga mereka.
Berilah anak lelaki kucing atau binatang peliharaan yang boleh ia belajar menjaga dan menternak. Kenapa bunga dan binatang? Kerana keduanya satu cara untuk mendidik sifat tanggungjawab dalam diri anak-anak.
5- Periksa
Jangan lupa untuk memeriksa beg sekolah, almari, handphone, fesbuk, blog, dll kepunyaan anak-anak bagi meneliti sama ada mereka menyimpan sesuatu yang terlarang.
Selain itu periksa juga dengan siapa anak-anak kita berkawan. Mungkin dengan cara ini ibu bapa dapat mencegah sesuatu yang buruk terjadi.
Apa berlaku jika anak sudah tidak mahu mendengar cakap, nasihat dan melawan ibu bapa?
Pakar motivasi Ustaz Hanapiah (lupa lak info dia masa keluar Alhidayah tadi), ketika melihat ibu bapa yang menangisi anak-anak yang terjebak dengan dadah, hamil luar nikah dsb dia memberitahu bersyukurlah dengan apa yang terjadi dan telah berlaku. Kenapa harus bersyukur terhadap musibah dan bukannya kena bersabar ke?????
Menurut beliau, sabar itu akan membuat seseorang dalam situasi bertahan dan akan menahan segala kesakitan yang diterima akibat musibah. Akhirnya mereka akan berada dalam tekanan dan berasa tidak bahagia.....tetapi, kalau bersyukur manusia akan sentiasa berlapang dada (dengan apa jua yang berlaku) dan meningkatkan keyakinannya terhadap Allah. Bahawa Allah akan membantu menyedarkan anak-anak dan lembutkan hati mereka kepada kesedaran dan insaf dari melakukan maksiat. Akhirnya nanti mereka akan mencapai bahagia yang dicari-cari....*adalah dia keluarkan hadis tapi sori tak hafal pulak*
Semoga suatu hari 'adinda-adinda' di luar sana akan bertaubat dan insaf semuanya...Insha Allah.
*Perkongsian dari tajuk 'Mencari bahagia'
Alhidayah 1pm TV3 - Penyampai, Ustaz Hanapiah Abdul Malek*
Gugel info: Hanafiah Abdul Malek , Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), motivator
1 comments:
tak tau apa tujuan adik tu menulis mcm tu, nak carik glamour atau apa, sedih baca blog dia smlm
Post a Comment