Aku dengan diri Aku, Korang dan Diorang

*Salam Sejahter*

WW - wordless wednesday

Syukur hari Rabu sudah berlalu....nampaknya sudah boleh ber'suara' kembali setelah membisu 1000 bahasa. Itu perumpamaan, walaupun sebenarnya hanya 2 bahasa yang saya faham. Entri yang hanya meletakkan gambar tanpa sebarang cerita membolehkan pembaca menafsirkan sendiri atau menghayati apa yang gambar tersebut ingin sampaikan...

Bolasepak Oh sepak bola. GOL!

Alhamdulillah pasukan bola kita menang lagi! Sayang...perlawanan malam tadi kalau sampai akhir 2-0 atau lebih mata, alangkah bangusnya dan tampak lebih selesa untuk ke pusingan ke 2. Kejayaan demi kejayaan akhir ini menampakkan sinar dan harapan besar untuk melihat Malaysia tersenarai di dalam kancah bolasepak antarabangsa seperti Olimpik dan Piala Dunia...Insha Allah! Tahniah buat semua pemain, jurulatih, pengurus dan seluruh pihak yang terlibat.


Semanjak dua menjak ini juga baru saya kembali berminat dengan sukan ini setelah bertahun-tahun lamanya 'merajuk hati' ...Ya, terutama dengan pasukan Pahang yang asyik kalah..kalah...dan kalah...kalah lagi:( Dahulu saya sangat benci pada orang yang hanya menyokong ketika menang sahaja. Namun sekarang saya pulak jadi cam tu. Apa boleh buat masa boleh mengubah seseorang.


Hati biar bersih

Malam tadi abah saya telefon. Dia minta buat 'sesuatu' sebagai persediaan menjelang tanggal 09072011. Masa mula-mula dia cakap, saya ingat abah nak join sekali perhimpunan tu. Rupa-rupanya dia nak nasihat supaya berhati-hati dengan apa yang bakal terjadi pada hari tersebut. Katanya lagi,  beringat berdasarkan 'pengalaman lalu'....Bagi kami generasi baru yang tak melalui perit getir sejarah silam, dia harap kami berwaspada terutama di segi keselamatan. Lebih kurang cenggitulah nasihat dia....

Bila mendengar pesanan abah yang sebegitu membuat hati saya jadi sedikit gusar..walaupun perhimpunan tersebut berniat baik, namun ketegangan yang telah wujud pada masa sekarang dikhuatiri akan menyebabkan ketegangan lebih teruk pada hari jadi nanti terutama jika ada yang berani membuat provokasi terhadap lawan. Jika keadaan bertukar menjadi huru hara, dalam keadaan bersesak tersebut, kawan boleh menjadi lawan dan juga sebaliknya dengan ber'topeng'kan topeng yang sama kononnya. 

Apapun, saya doakan semua pihak akan berhati bersih dalam melalui hari tersebut dan pihak berkuasa juga berhati bersih untuk menjaga keamanan. Elakkan kemusnahan harta benda, kerosakan harta awam dan paling penting saling menjaga keselamatan dan nyawa satu sama lain walaupun pada pihak yang bertentangan idealisme. Sejarah telah membuktikan.


Bila pandang ke belakang, mungkin saya juga akan bersetuju supaya perhimpunan ini dibatalkan. Bukan kerana takut, pengecut atau apa sekalipun. Cuma saya terasa sangat rugi dan sia-sia jika keamanan hari ini bakal tercemar dengan sikap terburu-buru segelintir orang yang  sanggup menggadaikan 'nikmat' hari ini demi misi peribadi masing-masing. Jangan cakap atas nama rakyat jika tindakan tak seperti yang diharapkan majoriti rakyat!


Secara asasnya BERSIH 2.0 itu BERSIH! Tapi tak selamanya ia kekal BERSIH sebagaimana niat sucinya kerana ia boleh bertukar menjadi BERSIH V3. Masakan tidak, ketika perhimpunan kelak, pasti pasti tidak terkawal ratusan dan mungkin ribuan manusia dari mencetuskan kemarahan, bertindak tidak bijaksana dan hilang sabar bila diprovokasikan. Pada masa kinipun sudah nampak 'api kemarahan' segelintir penyokong kesemua pihak...menakutkan, bila difikir mendalam. 
Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa......[Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin]
Mood vs masa

Kebalakangan ini, yakni dalam sebulan dua ni mood sedikit toink toink kejap ke atas, kejap ke bawah untuk blogging. Kalau dulu punyalah rajin blog walking dan join segmen kawan-kawan...tambah masa yang ada pula terpaksa dibahagiakan dengan anak-anak dan menguruskan kerja rumah yang tak pernah putus! Kagum betul saya pada sesetengah orang yang dapat handle semua benda ditangannya macam makan kuaci. Mudah! Mungkin tak saya patut buat satu cabaran untuk mencabar diri sendiri supaya lebih rajin dan kembali bersemangat dalam dunia blogging ini??? errrmmmmm idea yang baik juga kan. Tengok beberapa blogger yang buat entri tentang cabaran masing-masing dalam suatu tempoh tertentu macam best jer....Korang dah cuba?


Tahniah buat beberapa blogger yang berjaya mencabar diri dengan cabaran masing-masing. Antaranya, Anum, Mas dan Puan Stoberi.

Lari dan bersembunyi

Buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya.....saya telah lari dan bersembunyi! Kekadang saya keluar, kemudia kembali berlari dan bila jumpa port baik saya bersembunyi...berlari dan bersembunyi semula! Macam tulah kan betapa seronoknya bermain 'sorok-sorok' atau hide-and-seek kata omputih. Mungkin kerana komitmen saya terpaksa memilih 1/2 lapangan sahaja. Hehe ingatkan masa jadi budak je boleh main sorok sorok tapi main sorok sorok orang dewasa ni lebih pening kepala. *tak paham sila skip*

Orang bosan dan menyampah

Amat payah kan untuk menempatkan diri di kalangan orang yang terkenal dan dikenali....Kalau tak betul caranya, orang akan menyampah dengan kita dan akhirnya kita terasing walaupun berada di tengah-tengah orang yang sangat ramai....Akhirnya kita terkapai-kapai tanpa haluan dan lemas di daratan. Siapa tahu cara nak 'berenang' di atas darat? *tak paham sila skip*

Trauma

Saya takut dengan kemalangan jalan raya. Saya ngeri nak tengok orang eksiden dengan macam-macam gaya kecederaan. Disebabkan itu saya takut hendak memandu kereta. Mungkin ini hanya alasan semata. Sedangkan menjadi penumpang pun habis kecut perot menahan 'seram' apatah lagi jika memandu di jalanraya sebenar??? Kata orang alah bisa tegal biasa. Tapi malang itu tidak berbau. Kalau kita tak tersilap, orang lain yang membuat silapnya. Entah bila saya akan belajar memandu sekali lagi. Mungkin disebabkan trauma itu, saya jadi begitu bebal sekali ketika memegang stereng kereta dan akhirnya melanggar pagar. Tolonggg!!!!!

2 comments:

puanbee said...

http://puanbee.com/aktiviti-kelab-ksrs-pertama/

hai aina , nk join KSRS boleh je .. buat bidata pastu submit kat link yg sy beri ni yer :)

ZIPPO MILLER said...

kak..Dairy yg best Utk dibace kak...terasa mcm sedang menonton Movie cm intro movie..ha,,

Keep on wake kak..sy sokong akak dlm dunia Blog ok? sebb anda Follower sy yang paling Setie.. Dari dulu sampai skng masih tetap suke hanta komen dan dtg ke Blog Zippo