Mengambil sesuatu di jalanan

*Salam sejahtera*

Entri seperti ini sudah acap ditulis.[kisah kemalangan],[cerita faiz],[Blog MKriza]. Namun, susah rupanya hendak meningkatkan kesedaran awam apatah lagi menyedarkan mereka jika hal sebegini dipandang sebagai hal remeh temeh. Buktinya ramai yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Malah sanggup pula bergadai nyawa mengambil hak orang di tengah jalan raya. Apekah???? [baca sini]


Ihsan google image


Apa yang akan korang lakukan jika...

1) jumpa duit RM 10 di tepi jalan? Kalau RM 100? kalau seringgit atau 20 sen macam mana pulak? Kalau jumpa duit sebeg (macam duit tebusan gitu) bolehlah hantar ke bank-in balai polis kan... [jumpa duit tepi jalan]

2) Kalau jumpa makanan. Yakni makanan yang memang elok dan bukan makanan basi atau yang haram..contohnya KFC ker..pizza panas ker..roti ker..air tin/botol ke (masih berseal dan belom luput tarikh).

3) beg pakaian - mengandungi baju-baju yang masih bertag harga yakni belom dipakai. Mungkin orang tercicir masa balik shopping. Wow untung yang jumpa tu kan? ye ke untung?  [guna barang yang dijumpa]

Sebenarnya tadi tengok berita kat tv lori beras terbalik di highway....ada ke patut orang yang lalu lalang berhenti untuk ambil beras yang pecah dan tersadai kat tepi dan tengah jalan. Nasib baik pihak PROPEL bertindak pantas mengalihkan kampit beras dan beras pecah yang bertaburan supaya tidak diambil oleh orang ramai yang lalu di situ...

Sebenarnya, boleh ke kita amik? Membuang sesuatu yang menghalang perjalanan yakni mengalih benda/sesuatu/barang/batu/kayu dll yang merbahaya kepada orang yang lalu lalang adalah mendapat pahala, tapi situasi-situasi di atas bagaimana? Kalau tak ambil rugikan? Kalau kita tak ambil, nanti orang lain yang ambil dan orang lain lah yang untung? *negative thinking*

Mengambil untuk diselamatkan dan mengambil untuk diri sendiri adalah 2 perkara berbeza...Mengambil tanpa izin tetap berdosa dan macam 'mencuri' pula. Jika tidak dapat diserahkan kembali kepada tuan empunya (yang berhak) mungkin kita boleh serahkan untuk amal jariah kot?duit masuk tabung, makanan dan pakaian beri kepada orang miskin. Kemudian, niatkan pahala untuk 'tuan punya'. Insha Allah ganjaran di sisiNYA itu lebih besar maknanya.  Tapi betulkan ini cara penyelesaian terbaik? Matlamat tidak menghalalkan cara kan? [dosa berganda]

Hadis nabi:
Nabi menyatakan :من وجد لقطة فليشهد ذا عدل أو ذوي عدل ولا يكتم ولا يغيب فإن وجد صاحبها فليردها عليه وإلا فهو مال الله عز وجل يؤتيه من يشاء 
Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )

Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma’bud, hlm 101).

2 comments:

Anonymous said...

haram mengambil hak org lain...its simple....:D

burnkelana said...

setuju..