Live your passion in 4x4 adventure

"Di China pacat-pacatnya agak luar biasa, kalau kita turun tu ada dalam 30 ekor menunggu...Tak boleh guna Bygon kena letak garam baru pacat tak datang. Pacat dia adalah besar jari kelengkeng. Kalau dah kenyang tu besar-besarlah.."
Itulah pengalaman seorang peserta wanita yang diceritakan dalam MHI pagi ini. Seriau tak???Beliau bakal mewakili negara dalam rainforest challenge kot. Saya bukak tv pon dah tengok sekerat jalan jadi tak tau the whole story. Tapi website yang diorang letak kat skrin tv boleh terjah kat sini.

Tagline: Live your passion in 4x4 adventure :D



Anda berani???? Thanx google image :) tapi pic kanan tu macam lintah jek

Antara pacat vs lintah, mana korang paling takut????

Saya paling gelikan lintah. Pacat kalau dah biasa boleh jadi 'geng'. Lintah no way! mungkin saya banyak terpengaruh dengan kisah-kisah dalam tv, majalah dan gossip mulut ke mulut. Alaaa....gossip tu yang tu (perempuan preggy lintah)

Mungkin tahyul, mungkin propa dan mungkin juga kisah benar. Kisah yang lintah suka masuk dalam mana-mana lubang badan kita bila dah melekat kat badan. Huhu serammmm! Kisah benar yang pernah saya baca, lintah masuk dalam telinga dan kat b**t*t. Masa budak tu buang air besar habis selambak darah keluar..Gemuk jer lintahnya.......yakk :(

2 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

bapak besau! :)

Aina said...

dah kenyang besaulah dia...tapi pacat oklah sikit dari lintah. kan