*Salam sejahtera*
Cuaca indah hari ini. Di luar mentari mula menebarkan sinarannya ke seluruh alam maya. Sungguh agung ciptaan Yang Maha Esa. Subhanallah! Syukur kerana kita masih bernafas dan dipanjangkan umur untuk menapak di bumi Tuhan ini dan hidup dengan aman dan sejahtera bersama keluarga.
Di rumahku amat sunyi....Sambil menanti suamiku bersiap-siap untuk ke hospital, papan kekunci dan tetikus menjadi permainan untuk bergurau senda dengan pc kesayangan....Huwahhhaha, rindu pada anak-anak. Suara gelak tawa, gurauan manja, jerit tangis dan riuh rendah bunyi bising tatkala mereka berempat bermain. Semuanya telah di bawa pergi pulang ke kampung. Walaupun seketika, namun lama sungguh rasanya perpisahan ini. Walaupun ini peluangnya ibu dan abah kembali bercinta, namun terasa ada banya ruang kosong di antara 2 jiwa kami.
Kesunyian inilah mungkin menyebabkan lahirnya entri sunyi sepi dan rindu dendam ini yang didedikasikan buat anak-anak yang kini mengikut rombongan pengantin sepupu ke Kelantan. Selamat Pengantin Baru Faizal(Ijan) yang akan mengangkat akad nikah bersama Siti Nor Ain pagi ini. Semoga perjalanan majlis berjalan lancar dan rombongan pengantin selamat pergi dan selamat juga pulang ke Maran Pahang. Insha Allah.
Wordless Wednesday fiesta ?
Ramai yang turut berada in silent mode pagi ini. Mari kita sharing kesunyian ini bersama-sama :) Sebelum tu sila singgah baca kat blog ini dulu.
Blog Sepi #1: Scarlett's Petals
Blog Sepi #3 Md Hafiz.net
Blog Sepi #8 I am Qimmie
2 comments:
byk betul blog buat entry wordless wednesday, tapi tina pelik lah, kenapa rabu yea??
kenapa rabu? sebab definition asal memang kata wordless wednesday~ hehehe
wow~ memang fiesta! hehe
Post a Comment