Tabik spring Pak Harun :)

Susulan isu video panas dan kontroversi pengarah video berkenaan, hari ini Presiden Seniman buka mulut untuk menyatakan pandangan beliau....
"Jangan dia (*G*) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.
"Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran,"  
"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. 
"Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat," jelasnya lagi. 
Katanya, banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya. [sumber..]
Hehe tabik spring kat Harun Salim Bachik. Lepas ni lebih baik si pengarah video tutup mulut dari membuat kenyataan menyerang balas lagi. Tiada guna menegakkan benang basah. Jangan sampai datok menteri masuk campur pulak nanti....
Presiden Persatuan Seniman Malaysia

0 comments: