Apa yang senang di dunia ini?

Apa yang senang untuk dimiliki di dunia ini?

Apa yang senang?

Semua benda nak dapat harus bersusah dahulu barulah dapat bersenang lenang di akhirnya. Ada juga yang terus-terusan bersusah payah sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya bukan senang nak senang tetapi sangat senang untuk menjadi orang yang susah...

Jadi, apa benda yang senang di dunia ini? 

Makan tido...makan tido..makan tido....senang je kan? pejam mata atau sorongkan bantal terus tidur. Hulur makanan, suap ke mulut, telan dan kenyang. Semudah 123 dan ABC. Kacang sungguh kan?


Tidak juga....Ada yang susah tidur sampai insomnia jadinya. Alangkah bertuahnya orang yang disorongkan bantal terus lena bukan? Tapi malang sungguh pula bila yang dapat anugerah senang tidur, kerjanya tiada lain melainkan tidur sepanjang malam dan bersambung ke sepanjang siang hari...makan tidak, kerja tidak, sembahyang bang entah kemana dan kencing / berak pun boleh ditahan-tahan agaknya....Aduyaiiiiii ada ke manusia macam ni? Bila masa untuk dia bersosial? Tak bercampur manusia agaknya ek?

Pengemis terpaksa meminta-minta supaya mendapat 'rezeki' setiap hari. Senang ke mengemis? Ada masa terpaksa dicaci dan menerima hinaan. Ada masa rezeki masyuk dan mungkin juga ada harinya tidak mendapat belas ihsan orang lain. Nampaknya dia juga terpaksa bersusah dahulu sebelum menjadi senang. Ada yang tidak mengemis tetapi kerjanya 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Untungnya yang lahir-lahir sahaja sudah merasa minum susu formula harga lebih RM 50 bersamaan gaji si pengutip sampah dan tin kosong. Malah ada yang kurang dari itu gajinya sehari :(

Apa yang senang sebenarnya?

Apa yang senang bagi kamu. Nak senyum pun susah, nak menangis pun susah. Nak bahagia pun susah, nak dapat duit banyak susah, nak cari jodoh susah, nak online susah, nak dapat pointer 3.6 - 4 susah, nak dapat BE susah, nak nak...Nak mati senang kot?

Nak mati senang ke? 

Terjun bangunan habis cerita kan? - STATEMENT TAK BOLEH PAKAI -

Ajal maut ditangan Tuhan. Kata orang berpantang maut sebelum ajal....Jika Allah mengatakan ajalnya sudah tiba, dalam tidur pun boleh meninggal dunia. Senang kan? Jika belum ajal, jatuh bangunan tinggat 100 pun tetap hidup sampai usia cecah 100 tahun lagi. Untung kan? Sesungguhnya semua ini Allah yang mengaturnya...siapa kita untuk mendakwa dakwi itu senang dan itu mudah, dia beruntung dan bertuah atau dia malang dan kasihan...Ada kisah yang hanya tamat di dunia, tetapi bersambung di alam barzakh bersama kala jengking, ular dan ulat..

Mahu senang atau susah?????

Sudah pasti jawapan yang paling senang tanpa perlu fikir panjang atau lempar dadu ialah semua orang mesti nak senang. Hidup senang, kerja senang, jawab exam senang, murah rezeki, jodoh senang dan macam-macam lagi asalkan jawabnya SENANG....

Berangan senang kot? :P

Andai sahaja masa bisa dihentikan, mesti semua orang mahu tekan remote control dan pause pada waktu-waktu yang senang dan mengembirakan. Kenapa perlu susah? Susah dan payah itu cabaran hidup. Tanpa ujian dan rintangan hidup kita mungkin lalai dan alpa dengan kesenangan. Berusaha untuk senang menjadikan kita manusia yang lebih berfikir dan bijak dalam mengatur kehidupan. Kita juga bisa jadi manusia yang lebih bahagia dan sabar dalam apa jua dugaan. Susah atau senang kita yang boleh menentukannya. Output yang diberikan Tuhan kita terima dengan ikhlas dan redha...

Kenapa bukan senang nak senang dan senang senang jer nak jadi susah?

Usaha itu tangga kejayaan. Dengan usaha keras, setiap yang dimiliki akan lebih dihargai berbanding memiliki sesuatu sejak azali atau sejak lahir. Kecuali jika kita benar-benar seorang yang tahu bersyukur dan tidak pernah lupa sedetikpun untuk bersyukur! 

Kenapa sudah bersyukur, kemudian menjadi orang susah juga diakhirnya? 

Persoalan susah senang itu adalah takdir. Takdir yang ditentukan-NYA yang wajib kita sebagai orang Islam meyakini dalam hati bahawa ketentuan itu adalah qada' dan qadar Allah. Tapi terima selepas berusaha! 

Bukan senang hendak menerima takdir yang menyusahkan. Tapi, macam senang je pulak melihat orang yang bersenang lenang berserah pada takdir dan redha dengan kesusahan ke atas dirinya. Senang ke nak berserah pada takdir? 

Ya senang betul nak menjadi seorang yang MALAS....malas berfikir, malas kerja..malas makan...malas berak...malas bercinta...malas kahwin dll. Asalkan hidup berpaksikan KEMALASAN sudah pasti amat senang untuk susah sepanjang kehidupan. Andai memiliki segunung duit yang tidak habis digunapakai sepanjang hidup sekalipun, kehidupan seumpama ini adalah amat sia-sia dan tidak bermakna! 

Kau bertanya;

"Aku hidup tidak menyusahkan orang" 

"nanti mati aku tak ditanam sekubur dengan kau" 

"tak payah susah susah untuk aku, jaga tepi kain kau sendiri"

Aku menjawab;
  • Siapa kata tak susah? Kalau kau mati, kelak kami yang akan menguburkan kamu. Kita beruntung kerana tidak perlu membayar harga liang lahad. Jadi aku harus memastikan kelak kematian kau atau aku berakhir dalam keadaan yang baik dan tidak tercela. Tahukah kamu ada yang mati dalam keadaan dihinakan jasadnya di dunia sebagai azab daripada Tuhan?
  • Walaupun kita tidak sekubur, kelak di padang masyar kita sama sama akan ditanya pasal tangungjawab terhadap saudara kita yang lain. Walaupun hubungan darah tidak wujud sesama kita, sebagai saudara seagama kita wajib menyayangi muslim yang lain
  • Ya, aku sedang berusaha untuk menjaga diriku selamat dari api neraka dengan sama-sama menjaga tepi kain kau!
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

0 comments: