Shaheizy Sam ikut jejak langkah Rain



Rain artis popular Korea juga masuk askar di negaranya. Di negara kita sesiapa yang nak jadi askar yang bukan sebagai profesion tetap boleh mendaftar menjadi askar wataniah. Lelaki atau perempuan boleh masuk asalkan anda tidak mengandung dan sihat tubuh badan. [rujuk syarat memohon askar wataniah]

Berita semalam melaporkan Shaheizy Sam dan beberapa artis lain termasuk Ana Raffali dan Datuk Siti Nurhaliza telah mendaftarkan diri sebagai anggota rejimen. Ya, mereka nak jadi askar wataniah! Sam nekad mendaftar diri sebagai askar wataniah demi meneruskan hasrat arwah ayahnya.

KUALA LUMPUR:
 Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat. 
Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.

Ahmad Zahid berkata, enam selebriti tersebut akan memulakan latihan mereka secepat mungkin selepas lulus ujian pemeriksaan kesihatan.
"Sebagai permulaan, mereka perlu menamatkan latihan selama 39 jam. Mereka akan dilatih untuk menguatkan mental dan fizikal selain meningkatkan sahsiah dan jati diri," tambahnya. [baca selanjutnya..]
Moga penglibatan sama penerbit David Teo menjadi titik tolak kepada menarik minat kaum lain untuk turut serta dalam askar wataniah.


Dari kiri: Mohd Noor, Shahiezy Sam, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah segak memakai pakaian tentera ketika menghadiri Majlis Penyertaan Selebriti sebagai Askar Wataniah di Kementerian Pertahanan, Khamis. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairi Jamaluddin (KJ) juga telah menamatkan latihannya sebagai askar wataniah termasuk ditauliahkan sebagai askar payung terjun. Tabik spring lah dekat KJ kerana bukan calang-calang anak muda yang punya semangat kental begini untuk negara. Hatta niat artis-artis dan selebriti ni nak jadi askar wataniah amatlah disokong. 


Syabas! Moga akan semakin ramai anak muda mencontohi mereka dan berminat juga untuk menjadi askar wataniah juga selepas ini. Teringat masa zaman kolej saya dahulu. Ada sahabat masuk askar wataniah dan menjadi penembak terbaik semasa latihannya. Orangnya kecil aje, tetapi semangat kental dan berjiwa besar! Sahabat saya ni perempuan yer.... :)


Demi menarik minat lebih ramai orang awam menjadi askar wataniah, pihak kerajaan sebenarnya telah menyediakan pelbagai insentif kepada setiap anggota askar wataniah.[rujuk sini]


Baru-baru ni pula anak saya Salahuddin cakap dia mahu jadi askar. Pak ciknya yang merupakan seorang anggota TDM suruh tanya saya sama ada ibu izin atau tak...Apa saya jawab?


"nak jadi askar darat? oooo tak boleh....... kecuali masuk KAGAT bolehlah" pak ciknya yang merupakan seorang ustaz di dalam KAGAT tersenyum. Mungkin dia faham sangat-sangat maksud tersirat saya. Dia menjadi kebanggaan ibunya kerana merupakan salah seorang imam di dalam pasukannya dan kini berkhidmat di pedalaman Sabah.

Macam manalah rupa Datuk CT kelak dengan contengan macam ni..Hebat kan?

Happy family [sumber]

Kerajaan Sasar 1 Wataniah, 1 Anggota Tentera menjelang 2020
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini kementeriannya hanya memiliki nisbah 1:3 bagi Wataniah berbanding anggota tetap.
"Kita mahu anak muda dan lebih ramai pengamal media menyahut cabaran untuk merasai sendiri latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keamanan negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di Wisma Kementah di sini, Khamis.
"Saya dapati aksar wataniah amat signifikan bagi merealisasikan impian negara dalam memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan muda-mudi dan menyediakan angota sukarela terlatih bagi menghadapi sebarang ancaman," ujarnya.  [baca selanjutnya..]
Amacam, ada blogger yang berminat?????? 

2 comments:

iPai said...

mak ai .. wataniah tuh ..

Aina said...

Ipai tak berminat? ada elaun tau..